Lepas tu, terus cari tandas. Saya masih belum pernah cuba guna tandas dalam pesawat, itu yang bila turun dari pesawat barulah sibuk nak ke tandas 😄
Kami pilih mod bas/tren. Terpapar pula beberapa cadangan laluan, lengkap dengan nombor bas dan di mana kita perlu naik bas tersebut. Kemudian klik laluan pilihan kita untuk paparan lengkap perjalanan yang akan dilalui
Klik screenshot di atas untuk paparan lebih jelas.Kami pilih ‘recommended route’. Beginilah paparan lengkap panduan perjalanan yang akan dilalui - naik bas kemudian naik tren dan berjalan kaki menuju ke hotel. Kami menuju ke ‘Entrance 6’ untuk naik bas. Dekat je, keluar pintu bangunan boleh terus nampak bas
Sedang elok sampai di luar, bas A2 yang kami perlu naik dah sedia menunggu. Tapi kami tak terus naik. Nak baca dan fahamkan dulu maklumat di papan info ni. Juga nak perhatikan cara penumpang naik dan membayar tambang. Di negara sendiri pun dah lama sangat tak naik bas berhenti-henti, tiba-tiba ke negara orang nak kena naik bas gini 😄. Harus ambil masa berfikir sebelum naik
Ada deretan bangku di tepi dinding, kami duduk di sini memerhati bas silih berganti dan penumpang naik. Sekejap je setiap bas berhenti menunggu penumpang. Kekerapan bas setiap 30 minit, jadinya tak begitu lama untuk kami menunggu bas A2 berikutnya
Tiket bas.Sekitar pukul 4.10 petang, kami menaiki bas A2 yang tiba 30 minit selepas bas A2 sebelumnya. Wow…tepat masa sungguh ya! Dalam bas tak penuh penumpang, dapatlah kami duduk dengan selesa. Konduktor bas, seorang perempuan berbaju putih datang menghampiri kami. Encik Suami membayar tambang sebanyak 60 Baht untuk dua orang. Tiket diambil dari bekas khas, nampak macam bekas tin panjang. Unik bekasnya. Dah sekian lama tak naik bas begini, jadi agak teruja pulak tengok itu ini 😄
Bas akan berhenti di hentian tertentu dan konduktor bas akan melaungkan nama hentian tersebut. Selain itu, ada skrin di bahagian depan bas tertera hentian seterusnya. Berdebar jugak saya kot silap turun, mata tak lepas memandang ke depan. Saya tengok skrin warna kuning tertera ‘Chatuchak Park’, bahagian biru pula ada tulisan kecil ‘BTS Mo Chit’ (tempat kami nak turun). Jadi keliru pulak. Mujur bila tiba di hentian tersebut, konduktor bas melaungkan “Chatucahak…Mo Chit…”. Alhamdulillah kami selamat turun di tempat yang betul
Kami jalan ke depan, nampak stesen tertera ‘Chatuchak Park’. Kami masuk sini. Bila nak beli tiket di mesin tiket, puas mencari mana ‘Phaya Thai’ (stesen akhir menuju destinasi kami). Bila tak jumpa, Encik Suami ke kaunter bertanya lanjut. Aduhai…rupanya salah stesen daaa 😆. Kena jalan ke depan lagi. Tadi dah sah-sah nampak tulisan ‘Chatuchak Park’, bukan ‘Mo Chit’ tapi yakin jugak masuk ya
Kami jalan ke depan lagi, barulah nampak stesen Mo Chit.
Kami beli tiket di kaunter sebab mesin tiket hanya terima duit syiling. Kaunter tukar syiling tak beroperasi pulak masa ni. Tapi okey je tak panjang pun beratur beli tiket di kaunter. Dah dapat tiket, terus ke platform menuju ke Phaya Thai. Platform mana nak dituju pun dah siap bagitau dalam panduan perjalanan Google Maps tadi. Syukur ada teknologi yang sangat membantu.
Sekejap je dalam tren, sampailah kami di stesen Phaya Thai. Nak keluar dari stesen ambil masa jugak sebab tercari-cari laluan mana satu nak dituju
Akhirnya jumpa juga jalan yang benar, fuh! Kami masuk ikut lorong kecil ni, melewati bangunan apartment juga celahan deretan rumah kecil penduduk di kanan dan kiri laluan
Di penghujung lorong kecil inilah letaknya lokasi hotel penginapan kami, belok ke kanan untuk ke Noursabah Boutique Bed Bangkok. Macam tak percaya pulak ada hotel di tempat yang tersorok begini kan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |