Beginilah suasana lorong lokasi hotel penginapan kami, iaitu di Lorong Phetchaburi 7 (Phetchaburi 7 Alley atau dalam bahasa Thai - Soi Phetchaburi 7). Semasa kami makan tadi hujan turun, sekarang baru saja berhenti. Bolehlah kami berjalan-jalan melihat sekitar tempat ini
Asma Kitchen (dalam bahasa Thai - Krua Assma), kedai makan halal yang terletak berhadapan hotel. Foto dirakam dari tangga hotel
Masjid Darul Aman terletak di sebelah kiri lorong, cuma 180 meter dari hotel. Hujung lorong ini menuju ke jalan besar. Terdapat beberapa gerai jualan makanan di simpang lorong, nampak agak meriah dengan pelanggan
Kami menyusuri kaki lima bangunan kedai yang menghadap jalan besar, iaitu Jalan Phetchaburi. Kaki lima di sini luas, kadang-kala ada motor lalu. Walaupun tak laju, tapi kita kena peka dan berhati-hati
Kedai makan Farida Fatornee, antara tempat makan halal yang terkenal di kalangan pengunjung Malaysia (saya tahu melalui carian di grup Facebook Backpackers Buddies Malaysia). Sayangnya kami tak ada rezeki nak mencuba hidangan di sini selama berada di Bangkok. Semasa kami lalu kedai ni (malam menjelang hari raya), ia masih beroperasi. Tapi hari-hari berikutnya kedai ini tutup sempena sambutan Hari Raya Aidiladha|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |