Lapangan Terbang Kxp Tidak Berdaya Maju




Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) Kedah tidak mendapat perhatian pemimpin Kerajaan Perpaduan, khususnya Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan disebabkan negeri itu ditadbir pembangkang sebagaimana digembar gemburkan oleh Menteri Besar (MB) Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor, tetapi kerana tidak berdaya maju.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Manivanan Gowin berkata, MB Sanusi tidak perlu membela secara berlebihan projek Kedah Aerotropolis berkenaan dan perlu akur kepada hujah Kementerian Pengangkutan yang tidak menyokong projek lapangan terbang 100 peratus mengendalikan kargo berkenaan kerana Kedah bukanlah hab industri Malaysia.
“Pada saya, persoalan utama yang perlu dijelaskan oleh Sanusi sebelum menolak kenyataan Kementerian Pengangkutan adalah, apakah jaminan projek lapangan terbang kargo KXP akan berjaya? Saya tidak melihat Sanusi berbicara mengenai bagaimana pelan tindakan projek ini akan memajukan atau melonjak ekonomi negeri Kedah?
“Sewajarnya, lapangan terbang kargo lebih sesuai dibina di Pulau Pinang kerana merupakan negeri industri kedua termaju selepas Selangor. Hakikatnya Kedah bukanlah hab industri di Malaysia.
“Sekiranya Sanusi berhajat menerokai bidang industri, ianya bukan bermula dengan pembinaan KXP, tetapi dengan menterjemahkan idea untuk pembangunan sektor industri di Kedah dahulu.
“Sekiranya terbukti, Kedah dapat menerokai bidang industri dan menjadi penyumbang kepada sektor industi negara, impian untuk pembinaan hab kargo di Kedah akan menjadi realistik,” katanya.
Mengulas kenyataan MB Sanusi baru baru ini bahawa KXP berpotensi menjadi pusat pemindahan kargo dari Eropah ke China untuk pasaran Asia Pasifik, Manivanan mempersoalkan idea berkenaan kerana Sanusi tidak menyertakan model pengoperasian lapangan terbang hampir sama yang berjaya di negara lain.
“Negara atau model manakah di rantau Asia Tenggara yang mempunyai saiz ekonomi seperti Kedah telah berjaya melaksanakan projek sedemikian? Bolehkah Sanusi menjawab?
“Pembinaan KXP melibatkan pelaburan sebesar RM7 bilion dan sekiranya kemudahan itu dibina tanpa melakukan proses kajian yang relevan, dikhuatiri wang rakyat akan hangus membangunkan projek gajah putih,” katanya.
Selain itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat KEADILAN itu juga berkata MB Sanusi masih belum membariskan syarikat atau individu yang setuju menjadi pembiaya kepada projek berkenaan biar pun selepas berbulan bulan berdebat menentang Kerajaan Persekutuan.
“Pada peringkat awal projek KXP digembar gemburkan sebagai pelaburan swasta maka Sanusi sepatutnya membariskan syarikat swasta yang telah bersetuju untuk melabur. Bolehkah Sanusi senaraikan?
“Malah tokoh perniagaan yang disebut sebut akan menjadi pembiaya, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah didedahkan oleh PM menolak untuk terlibat dalam projek berkenaan,” katanya lagi.
Justeru itu, Manivanan berharap MB Kedah akan lebih cermat dalam memberikan fakta berhubung projek KXP ini dan tidak menggunakannya sebagai bahan propaganda kempen Perikatan Nasional di Kedah dengan menuduh Kerajaan Persekutuan atau PM menolak projek berkenaan atas kepentingan politik yang berbeza.
Tegas beliau, projek yang melibatkan dana sebesar RM7 bilion sekiranya gagal akan memaksa Kerajaan Persekutuan melakukan tindakan ‘menyelamat’ menggunakan wang rakyat. Kerajaan Madani tidak berhasrat mengulangi kesilapan pentadbiran wang negara seperti sebelum ini.
The post Lapangan terbang KXP tidak berdaya maju first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36521?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lapangan-terbang-kxp-tidak-berdaya-maju

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sanusi Ingat Bina Lapangan Terbang Macam Buat Padang Bola

Sanusi Ingat Bina Lapangan Terbang Macam Buat Padang Bola

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 250 hits
Pelbagai pihak kecewa dengan sikap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang terus menyerang Perdana Menteri berhubung penolakan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim oleh Kerajaan Persekutuan Terbaharu Sanus...
Kaki Wanita Terpaksa Dipotong Selepas Tersangkut Pada Eskalator Lapangan Terbang

Kaki Wanita Terpaksa Dipotong Selepas Tersangkut Pada Eskalator Lapangan Terbang

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 156 hits
Astro AwaniPasukan perubatan sedang cuba membantu mangsa yang tersangkut kaki pada eskalator selepas dihempap bagasi ketika berada di atas tangga bergerak di antara pintu berlepas 4 dan 5 Facebook Lapangan Terbang Antarabangsa Don MueangBAN...
Perjalanan Dari Lapangan Terbang Don Mueang Ke Hotel Penginapan

Perjalanan Dari Lapangan Terbang Don Mueang Ke Hotel Penginapan

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 277 hits
Catatan Trip ke Bangkok Hari Pertama Rabu 28 Jun 2023 Penerbangan menaiki Thai AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang terlewat sedikit sekitar 20 minit dari jadual asal Saya dan E...
Logik Sanusi Kedah Boleh Lebih Maju Dari Selangor Jika Ada Kl

Logik Sanusi Kedah Boleh Lebih Maju Dari Selangor Jika Ada Kl

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 252 hits
Shakira BuangMenteri Besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan keyakinannya Jelapang Padi Malaysia itu mampu menjadi negeri paling maju jika Kuala Lumpur berada berhampiran mereka Katanya dengan itu juga hujah bahawa Selangor ...
Bukan Hang Dok Temberang Billion Billion Masuk Kedah Ka Boleh Maju

Bukan Hang Dok Temberang Billion Billion Masuk Kedah Ka Boleh Maju

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 244 hits
Sikit pun aku tak nafikan KL antara faktor Selangor maju Bukan 100 tapi ada juga peranan KL dalam pembangunan Selangor Jadi dakwaan Sanusi ni tak salah Cumanya Kedah pun sebenarnya boleh mahu kalau ambil manfaat daripada Pulau Pinang Kalau ...
Ekonomi Maju Penduduk Di Kota Kaya Philadelphia Berperilaku Seperti Zombie

Ekonomi Maju Penduduk Di Kota Kaya Philadelphia Berperilaku Seperti Zombie

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 257 hits
Kota Philadelphia di Amerika Serikat tengah menjadi viral di sosial media Sebab penduduk yang tinggal di salah satu kota terkaya di AS tersebut berperilaku seperti zombie karena efek narkoba
Pertamina Hulu Energi Diharapkan Makin Maju Usai Ipo

Pertamina Hulu Energi Diharapkan Makin Maju Usai Ipo

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 170 hits
Rencana penjualan perdana saham atau initial public offering PT Pertamina Hulu Energi memiliki prospek bagus bagi perkembangan perusahaan Menurutnya PHE bisa sejajar dengan perusahaan migas milik asing seperti Chevron dan Petronas
Betul Ke Selangor Maju Sebab Bersebelahan Dengan Kuala Lumpur Ini Kisahnya

Betul Ke Selangor Maju Sebab Bersebelahan Dengan Kuala Lumpur Ini Kisahnya

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 323 hits
Betul ke Selangor maju sebab bersebelahan dengan Kuala Lumpur Ini kisahnya Silap cara lihat MB Kedah Tidak semua pemimpin boleh membawa kemajuan walau Selangor sebuah negeri yang sentiasa di depan Contohnya prestasi pemimpin PN ini ketika m...
Rayakan Iduladha Zulhas Tekankan Pengorbanan Bisa Membuat Indonesia Jadi Negara Maju

Rayakan Iduladha Zulhas Tekankan Pengorbanan Bisa Membuat Indonesia Jadi Negara Maju

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 134 hits
Rayakan Iduladha Zulhas Tekankan Pengorbanan Bisa Membuat Indonesia Jadi Negara Maju Pada momentum Iduladha 1444 Hijriah ini Zulhas menekankan pentingnya kesalehan sosial berbagi Dia menegaskan dengan mengedepankan kesalehan sosial berbagi ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities