Makan Meldrum Signature Hi Tea Set Gbw Hotel Johor Bahru
Assalamualaikum WBT
BULAN lepas, Sk tak dapat join celebrate Hari Jadi Zulaikha. Sebenarnya, baru perasan, tarikh hari lahirnya akan jatuh pada minggu Cuti Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong. Sama macam tahun lepas, la.. tak dapat join jugak, sebab biasanya masa cuti-cuti macam tu la aje yang Pak Inche ada masa nak ajak melencong. Dua tahun berturut-turut ya, kami ke Penang masa cuti Hari Agong ni.
Boleh baca di sini Cuti Hari Agong Tahun 2022
& Cuti Hari Agong Tahun 2023.
Bila dah balik Johor, dah kena kembali ke pejabat dan sibuk pulak dengan macam-macam hal.
Genap sebulan selepas tarikh sebenar hari jadi Zulaikha, barulah dapat bawa dia makan sedap-sedap. Sibuklah dia bertanya dengan mamak (Cik Ani), bonda datang ambil tak, sejak pagi. Sk nak bawa dia ke Meldrum Signature Hi-Tea di GBW Hotel, kalau dah namanya hi-tea, kenalah tunggu petang, Jeika. Kemahen gembiranya cucu nenek yang paling bongsu ni bila set hi-Tea yang bonda tempah awal-awal terhidang di depan mata.
RM35/ 2 pax
Set ini terdiri dari buah-buahan, Croissant Sandwich, Siew Mai, Fried Dumplings, Vanilla Slice Cakes, Chocolate Cakes, Pudding dan Assorted Tart.
Set RM45/ 2 pax
Mengandungi buah-buahan, Croissant Sandwich, Puff Pastries, Siew Mai, Fried Dumplings, Choclairs, Assorted Tart, Creme Brulee dan Cheese Cakes.
Happy Belated Birthday, Zulaikha
Semoga diberi kesihatan yang baik, panjang umur dan berjaya dalam pelajaran, Amiiinnn.
Selain dari Set Hi-Tea, Meldrum Signature turut menyediakan Menu Add-On.
Nasi Goreng Kampung, RM15
Nasi goreng dengan bumbu cili api yang ditumbuk halus dan taburan ikan bilis serta digoreng bersama sayur kangkung menyerlahkan identitinya, dihidangkan bersama Acar Jelatah serta keropok ikan.
Spaghetti Bolognese, RM15
Bagi mereka yang sukakan pasta, apa kata, pesan sepinggan Spaghetti Bolognese. Spaghetti direbus al dente dengan taburan parsley cincang dihidangkan bersama sos bolognese yang tidak kedekut daging.
Tahu dah, spaghetti ni memang favourite dia laaaa. Errr... Kakak Iman tak ikut ke???
Mahunya tak ikut, buah hati pengarang jantung, gunung intan meletops! Iman bawa kawan sama kelas, orang JB. Kawan luar JB semua belum balik kolej sejak cuti Hari Raya Haji tuari sebab bersambung dengan minggu ulangkaji.
Menu Add-on jugak ni, Crab Meat Spring Rolls, RM15. Penuh dengan crab meat. Kulit popiah rangup dan gebu, cicah dengan Sos Thai yang pedas manis.
Juga Menu Add-On, Shanghai Dumplings, RM15. Penuh inti, geram jer makan ni macam tak boleh berhenti ya.
Salah satu signature dish di GBW Hotel ni tentulah Durian Goreng. Satu set ni juga RM15. Yassalammmm... sedap bethol! Bila kita gigit tu, melimpah inti durian.
Rojak Buah dengan Kuah Petis, RM15.
Dengan kuah petis dan buah-buahan terpilih, antaranya betik, mangga dan jambu, sedap ya. Sk suka sebab kuah petis tu tak manis.
Selesai hutang bonda dapat bawa Jeika Hi-Tea kat sini, hihihi
Punyalah suka Jeika sebab ada banyak buah ceri kat sini, habis dipungutnya semua masuk dalam mulut. Nampak tahi lalat kat tepi bibir tu? Haaa.. memang pok pek pok pek aje mulutnya tu
Semua set hidangan tadi dihidangkan bersama kopi dan teh. Lepas tu dapat pulak ais krim lagi tau
Model ais krim kita kali ni sudah berdua, selalu sorang-sorang je kat situ, hihi. Terima kasih, Azi tolong sama-sama makan. Azi kata, kekenyangan sangat dibuatnya, haha. Iman kata, lama kita tak makan-makan dan jalan-jalan, minggu depan dah exam.. sebelum exam kita layannnn 😆
Pembaca yang bercadang nak makan petang-petang sambil ngopi-ngopi dalam suasana sejuk dan santai, bolehlah berkunjung ke GBW Hotel. Promosi ini sah sehingga 30 September 2023 sahaja
Kalau yang tak sempat makan tengahari, boleh tambah menu-menu lain yang ditawarkan dengan hanya RM15 sahaja setiap satu
Haaa.. bila lagi nak chill -chill kat lounge.. jom la buat tempahan sekarang
* 𝘛𝘦𝘳𝘮𝘴 & 𝘊𝘰𝘯𝘥𝘪𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴 𝘢𝘱𝘱𝘭𝘺
Get In Touch with Us:📞 https://linktr.ee/gbwhotel📞 Mr. Syahmi : +6016 710 0048📞 Ms. Aiza : +6016 723 3558📞 Ms. Urfa : 016-710 0073
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/07/makan-meldrum-signature-hi-tea-set-gbw.html