Identiti Malaysia Perlu Ditentukan




‘Identiti Malaysia perlu ditentukan’Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: December 23, 2022
ShareCabaran terbesar untuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pasca Pilihan Raya Umum ke 15 ialah beliau perlu menentukan identiti Malaysia yang diperlukan oleh rakyat, kata James Chin, pengarah Institut Kajian Asia, Universiti Tasmania di Australia.
“Adakah identiti Malaysia itu sebagaimana yang diimpikan oleh penduduk bandar yang menyokong Pakatan Harapan, Malaysia ala PAS atau Malaysia yang didambakan oleh penduduk Sabah dan Sarawak?
“Bagaimanakah beliau boleh menyatukan identiti yang berlainan ini?” kata penyelidik yang berasal dari negeri Sarawak itu.
Beliau berkata demikian dalam sesi webinar bertajuk Perjalanan Anwar ke tampuk kuasa: Apa seterusnya yang dianjurkan oleh Universiti Melbourne dan Asialink Group.
Dua daripada tiga identiti di atas sukar menjadi kenyataan, tambahnya sambil menyatakan Malaysia yang didambakan oleh rakyat Sabah dan Sabah mudah untuk menjadi realiti kerana rakyat di Malaysia Timur hanya memerlukan tiga perkara – autonomi, kedudukan khas untuk Sabah dan Sarawak dan perjanjian MA63 dikotakan.
“Anwar telah mengkaji perkara ini melalui bukunya dalam Bahasa Inggeris bertajuk The Asian Renaissance,” katanya merujuk buku yang diterbitkan dalam tahun 1996.
Chin turut menambah tiada usaha yang bersungguh diambil oleh kepimpinan terdahulu.
“Paling awal, kita boleh lihat perkara ini dalam Rukunegara. (Mantan perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad pernah mengusulkan idea Bangsa Malaysia tetapi ia tidak diikuti dengan dasar dan tindakan sewajarnya,” katanya.
Untuk mengatasi masalah identiti, beliau mencadangkan agar pentadbiran Anwar mengadakan sesi kongres rakyat agar kepimpinannya mendapat pandangan segenap lapisan masyarakat dan bukannya kumpulan tertentu seperti gelembung Bangsar (Bangsar bubble).
Cabaran seterusnya untuk pentadbiran Anwar dalam tahun 2023 ialah Pilihan Raya Negeri di enam buah negeri – Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
“Selain daripada krisis ekonomi yang akan melanda negara, Anwar perlu memastikan bahawa pakatan politiknya menang empat daripada enam negeri,” kata beliau.
“Kita dalam peringkat pembangunan di mana kita boleh mengadakan dialog. Benarkan semua bersuara demi identiti Malaysia,” kata James Chin.
Penganalisis politik itu turut menambah bahawa cabaran ini bukan unik kepada Malaysia dan telahpun diatasi oleh negara lain yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama seperti Singapura sejurus selepas ia mencapai kemerdekaannya.
“Identiti rakyat Singapura lebih kukuh. Masalah asas mereka sama dengan Malaysia walaupun saya akui masyarakat majoriti di sana dari kaum Cina,” katanya lagi.
Sesi ini turut disertai oleh ahli parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid dan Dr Syaza Farhana Mohamad Shukri, pensyarah sains politik dari Universiti Islam Antarabangsa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/identiti-malaysia-perlu-ditentukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tawaran Biasiswa Kerajaan Arab Saudi Bagi Pelajar Malaysia 2023

Tawaran Biasiswa Kerajaan Arab Saudi Bagi Pelajar Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 292 hits
Biasisa Kerajaan Arab Saudi telah dibuka untuk permohonan Ini merupakan Berita baik buat pelajar dari Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di Arab Saudi dengan biasiswa bagi tahun 2023 Kementerian Pendidikan mengajak pelajar dari Malay...
Ending Sedih Penonton Di Malaysia Puji Kualiti Lakonan Jalan Cerita Filem Decibel

Ending Sedih Penonton Di Malaysia Puji Kualiti Lakonan Jalan Cerita Filem Decibel

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 178 hits
Ha Siapa dekat sini yang dah tengok filem Decibel ARTIKEL BERKAITAN Kalau korang tengok di semua platform media sosial sekarang rata rata dalam kalangan peminat filem Korea di Malaysia memberi pandangan masing masing mengenai kualiti keselu...
10 Rekomendasi Laman Web Dan Aplikasi Cari Kerja Di Malaysia

10 Rekomendasi Laman Web Dan Aplikasi Cari Kerja Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 239 hits
Terdapat banyak papan iklan kerja yang boleh menghubungkan anda dengan kerjaya yang menjanjikan dengan tawaran kemahiran pengetahuan pengalaman dan dedikasi untuk mengemudi masa hadapan anda ke arah kejayaan Laman web dan aplikasi cari kerj...
Top 10 Best Hotels By Michelin Guide Malaysia 2023

Top 10 Best Hotels By Michelin Guide Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 439 hits
MICHELIN GUIDE MALAYSIA 2023 lists the top 10 best hotels in Kuala Lumpur and Penang making known Malaysia as a tourist destination Commemorating MICHELIN GUIDE MALAYSIA 2023 a compilation of the top 10 Malaysia s most intriguing hotels was...
Mi Sedaap Mi Goreng Kegemaran Malaysia Mengangkat Perisa Ikonik Ke Tahap Lebih Unggul

Mi Sedaap Mi Goreng Kegemaran Malaysia Mengangkat Perisa Ikonik Ke Tahap Lebih Unggul

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 288 hits
Mi Sedaap Mi Goreng Kegemaran Malaysia Mengangkat Perisa Ikonik Ke Tahap Lebih Unggul Mi SedaapTM Memperkenalkan Mi SedaapTM Mi Goreng Ayam Bakar Limau dihadirkan The post appeared first on
The Masked Singer Malaysia Musim 3

The Masked Singer Malaysia Musim 3

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 370 hits
The Masked Singer Malaysia Musim 3 bakal menyaksikan penglibatan 8 orang personaliti yang terdiri daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk 7 muka baharu Bersiaran secara rakaman selama 10 minggu p...
Makluman 11 Juta Data Whatsapp Bocor Rakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber Ikuti Langkah Langkah Keselamatan

Makluman 11 Juta Data Whatsapp Bocor Rakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber Ikuti Langkah Langkah Keselamatan

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 179 hits
MAKLUMAN 11 Juta Data Whatsapp Bocor Rakyat Malaysia Terdedah Dengan Ancaman Siber Ikuti Langkah langkah Keselamatan Dimaklumkan bahawa terdapat satu kebocoran data WhatsApp rakyat Malaysia sebanyak 11 juta yang didakwa tersebar di laman pl...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska Punca Kematian Disiasat

N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan