Perhatikan Tulang Belakang Anak Kalau Bentuk S Atau C Boleh Sebabkan Sakit Belakang Kronik Mama Tanya


Anak perempuan saya berumur 5 tahun dan dia selalu mengadu sakit belakang pada waktu malam. Kadang-kadang dia tak mahu menggalas beg sekolahnya dan meminta ayahnya ataupun saya untuk membawa begnya ke kelas. Saya risau dengan keadaanya. Mungkin disebabkan begnya. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah sakit belakang anak saya?
Rossa Rembau
Terima kasih atas soalan Puan. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan mengalami sakit belakang pada waktu malam bukanlah perkara biasa dan memerlukan pemeriksaan segera. Ada pelbagai organ yang berkaitan dengan sakit belakang iaitu, tulang belakang (verterbrae), otot tulang selangka, tulang rawan, sistem aliran darah dan paling penting sistem saraf.
Perkara yang perlu diberikan perhatian ialah:
Adakah anak puan mempunyai tulang belakang yang kelihatan bengkok yang tidak normal?
Jika didapati tulangnya bengkok berbentuk S atau C (kyphoscoliosis), boleh mengakibatkan sakit belakang yang kronik dan tidak spesifik.
Adakah anak puan pernah terjatuh dan terhentak punggungnya / belakang?
Jika pernah, ini berisiko kepada ceper rawan antara tulang verterbra (interverterbral disc) beralih sedikit daripada kedudukan normalnya (Slipped Disc) atau keretakan tulang ?
Sakit belakang akan lebih teruk apabila anak bergerak. Jika sdisebabkan oleh slipped disc, sakitnya boleh menjalar hingga ke dua belah kakinya dan anak boleh berasa kakinya kejang (stiffness).
Adakah anak puan mengalami demam, sakit belakang yang lebih teruk pada waktu malam?
Jika ada, dia mungkin mengalami keradangan kepada ototnya (myositis) dan tulang belakang (osteomyelitis/diskitis) yang disebabkan oleh jangkitan kuman, trauma / kecederaan atau penyakit ketumbuhan (tumor/kanser). Selalunya jika ada jangkitan, sakit belakang berlaku lebih teruk pada waktu malam sehingga mengganggu tidurnya. Sekiranya jangkitan kepada saraf, pesakit boleh mengalami kebas, sakit kaki yang tajam dan mengalami gejala kelumpuhan. Ada pelbagai gejala lain yang mungkin
dialami oleh anak seperti kurang selera makan, kelesuan serta kehilangan berat badan. Penyakit yang jarang berlaku yang mempunyai gejala hampir sama seperti di atas, ialah keradangan kepada saraf tunjang (spondylo myelitis / transverse myelitis) akibat jangkitan kuman atau penyakit auto-imun yang perlukan pemeriksaan lanjut.
Secara realistik, kanak-kanak prasekolah tidak mempunyai bebanan buku yang berat seperti pelajar sekolah rendah atau menengah. Maka, bebanan beg sehingga sakit belakang amat jarang berlaku. Sekiranya anak pernah menjalani latihan fizikal yang berat seperti bersukan sebelum gejala ini dialaminya, kemungkinan sakitnya disebabkan oleh kekejangan otot belakang (muscle strain). Anak akan menunjukkan gejala sakit di bahagian yang spesifik dan lebih teruk dengan pergerakan belakang, berkurangan apabila dia kurang bergerak (berehat).
Sakit belakang dikalangan kanak-kanak perlu dirujuk kepada doktor dan sebaiknya kepada pakar tulang (Orthopedic) supaya pemeriksaan, ujian seperti radiologi, ujikaji darah dapat dilakukan secara teliti. Rawatan yang anak perlukan bergantung kepada diagnosis punca sakit belakang antaranya seperti fisioterapi, ubat penahan sakit, antibiotik / antivirus atau pembedahan. Sila berbincang dengan doktor yang merawat anak Puan.
Sekian, terima kasih
Dr. Hairin Anisa
The post Perhatikan Tulang Belakang Anak, Kalau Bentuk S Atau C Boleh Sebabkan Sakit Belakang Kronik – Mama Tanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/perhatikan-tulang-belakang-anak-kalau-bentuk-s-atau-c-boleh-sebabkan-sakit-belakang-kronik-mama-tanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Anak Yang Bodoh Atau Tak Pandai Yang Ada Hanyalah Anak Yang Perlu Dibantu Mama Tanya

Tiada Anak Yang Bodoh Atau Tak Pandai Yang Ada Hanyalah Anak Yang Perlu Dibantu Mama Tanya

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 311 hits
Cikgu mengadu anak saya lambat menulis Anak saya berusia 6 tahun Dia akan tengok pada White Board dengan sangat lama kemudian dia akan menulis satu persatu huruf sambil merujuk kembali white board untuk menulis huruf seterusnya Dia akan men...
Kanak Kanak Kena Cukup Tidur Tak Boleh Lewat Tidur Kalau Nak Perkembangan Anak Baik Mama Tanya

Kanak Kanak Kena Cukup Tidur Tak Boleh Lewat Tidur Kalau Nak Perkembangan Anak Baik Mama Tanya

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 244 hits
Anak saya berumur 6 tahun Saya perhatikan dia sering penat dan mengantuk setiap pagi Gurunya pun ada memberitahu dia selalu mengantuk di dalam kelas dan lambat untuk memahami apa yang diajar Apa yang boleh saya lakukan untuk anak saya Nur N...
Pelik Kenapa Bayi Boleh Besar Dalam Kandungan Bahaya Ke Mama Tanya

Pelik Kenapa Bayi Boleh Besar Dalam Kandungan Bahaya Ke Mama Tanya

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 235 hits
Soalan saya kenapa baby boleh besar dalam kandungan Bahaya ke baby besar Ibu dari Moms To Be Club Jawapan daripada Dr Izzat Doktor O G Macrosomia bayi terjadi disebakan si ibu ada kencing manis atau nama lain Gestational diabetes mellitus y...
Tiada Siapa Suka Perkataan Tidak Atau No Termasuklah Kanak Kanak Dan Orang Dewasa Mama Tanya

Tiada Siapa Suka Perkataan Tidak Atau No Termasuklah Kanak Kanak Dan Orang Dewasa Mama Tanya

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 261 hits
Bila cikgu tanya soalan dan cikgu bagitahu jawapan anak saya salah anak saya tak dapat terima dan mengamuk marah Dia tak boleh terima dia salah Jika cikgu puji jawapan kawan kawan lain betul dan jawapan dia sahaja yang salah dia akan marah ...
Jual Jeruk Mangga Tampung Perbelanjaan Keluarga Dan Anak Sakit Paru Paru Kronik Sepanjang Pkp

Jual Jeruk Mangga Tampung Perbelanjaan Keluarga Dan Anak Sakit Paru Paru Kronik Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 432 hits
Perintah Kawalan Pergerakan yang akan telah bermula sejak 18 Mac lalu dan kini memasuki fasa ketiga bermula 15 April sehingga 28 April ini ternyata memberi kesan kepada sesetengah masyarakat terutamanya pada yang bergaji hari Seorang suri r...
Boleh Ke Beri Air Kanji Untuk Kurangkan Beri Susu Formula Ini Jawapan Dari Pakar Mama Tanya

Boleh Ke Beri Air Kanji Untuk Kurangkan Beri Susu Formula Ini Jawapan Dari Pakar Mama Tanya

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 240 hits
Saya nak tahu boleh ke beri air kanji untuk mengurangkan pemberian susu formula Daripada ibu yang ingin tahu Jawapan daripada Dr Hairin Anisa Semua ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka sepenuhnya dengan susu ibu sehingga umur bayi 6 ...
Anak Suka Conteng Tapi Kita Asyik Marah Marah Halang Hanya Akan Sekat Perkembangnya Mama Tanya

Anak Suka Conteng Tapi Kita Asyik Marah Marah Halang Hanya Akan Sekat Perkembangnya Mama Tanya

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 393 hits
Anak saya suka menconteng dinding di taskanya Sebelum ini dia pernah menconteng dinding rumah dan apabila dimarahi oleh ayahnya dia tidak lagi buat kesalahan tersebut Tapi gurunya ada mengadu dia suka menconteng dinding di taska walaupun di...
Alhamdulillah Anak Mama Dah 1 Month

Alhamdulillah Anak Mama Dah 1 Month

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 319 hits
ALHAMDULILLAH ANAK MAMA DAH 1 MONTH Throwback 5 3 2020 Masa Ni Kaki Comel Ni Berumur 1 hari Alhamdulillah syukur kepada Allah Hari Ni Anak Mama dah 1 Month Mama Simpan Sini Pic Pertama Hari 1st Anak Mama Lahir Ke Dunia Dan Mama Tepek Sekali...
Wajib Berus Gigi Anak Walaupun Gusi Berdarah Atau Bengkak Itu Tanda Ada Plak Pada Gigi

Wajib Berus Gigi Anak Walaupun Gusi Berdarah Atau Bengkak Itu Tanda Ada Plak Pada Gigi

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 407 hits
Bila mama mama tengok gusi anak mula berdarah atau bengkak mungkin ada yang terfikir untuk membiarkan kawasan tersebut tanpa digosok Tetapi sebenarnya mama mama tetap wajib memberus gigi anak walaupun keadaan gusi mereka bengkak dan berdara...
How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Online Presence Is Critical For Business

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Inovasi Teknologi Untuk Seragam Kerja Ramah Lingkungan

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord