Jual Jeruk Mangga Tampung Perbelanjaan Keluarga Dan Anak Sakit Paru Paru Kronik Sepanjang Pkp


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan telah bermula sejak 18 Mac lalu dan kini memasuki fasa ketiga bermula 15 April sehingga 28 April ini ternyata memberi kesan kepada sesetengah masyarakat terutamanya pada yang bergaji hari.
Seorang suri rumah memanfaatkan tempoh PKP dengan menjual jeruk mangga bagi menampung perbelanjaan anak tunggalnya yang terlantar akibat menderita penyakit paru-paru kronik.
Norhayati Abdullah, 26, berkata dia terdetik untuk menjalankan perniagaan makanan ringan berkenaan untuk membantu suaminya Mohd Saiful Azrin Hazmi, 28, yang hanya bekerja sebagai buruh, mencari pendapatan tambahan.
“Sebelum tempoh pelaksanaan PKP, kami tiga beranak bergantung harap dengan pendapatan suami  sebanyak RM350 seminggu, namun sejak perintah ini dilaksanakan kami kesempitan hidup disebabkan suami tidak dapat keluar bekerja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Sembilan di sini.
Anak Hidap Penyakit Paru-paru Kronik Norhayati berkata anak tunggalnya Nur Amni Fatini Mohd Saiful Azrin, 4, disahkan menghidap penyakit paru-paru ketika berusia dua tahun selepas sering kali mengalami demam yang berpanjangan.
“Anak saya mengalami komplikasi kekurangan oksigen ke otaknya sejak lahir dan disebabkan itu hampir tiga bulan dia terpaksa berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Nor Hayati berkata, Nur Amni Fatini terlantar sepanjang hari itu tidak boleh berjalan dan bercakap seperti kanak-kanak lain seusianya dan hanya bergantung sepenuhnya kepada susu khas yang diberikan melalui tiub yang dipasang pada bahagian perutnya.
Diberi susu 6 kali sehari, setin hanya mampu bertahan selama seminggu Beliau berkata Nur Amni Fatini diberikan susu enam kali sehari dan susu berkenaan yang berharga RM150 setin hanya mampu bertahan bagi tempoh seminggu.
“Walaupun saya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan,  ia masih tidak mencukupi kerana untuk menyiapkan keperluan Nur Amni Fatini sahaja peruntukan sebanyak RM1,000 sebulan diperlukan untuk membeli susu khas sebanyak RM600 (empat tin) dan lampin pakai buang,” katanya.
Nor Hayati berkata beliau menjual jeruk dengan harga RM10 sebekas dan hasilnya mampu menampung kekurangan perbelanjaan  mereka sekeluarga sekali gus membeli keperluan Nur Amni Fatini.
Jual Jeruk Mangga di Facebook Ditanya bekalan mangga untuk dibuat jeruk, Nor Hayati berkata ia dibeli daripada penduduk di sekitar kawasan Bachok dengan harga RM2 sekilogram.
“Saya mempromosikan jeruk mangga ini di laman Facebook serta aplikasi WhatsApp saya dan pelanggan akan membuat tempahan sehari sebelum. Kebiasaannya, purata pendapatan harian yang diperoleh adalah sekitar RM70 bergantung kepada tempahan.
“Bagi pelanggan yang memesan untuk dihantar secara terus ke rumah, kos penghantaran akan dikenakan antara RM3 ke RM4 bergantung jarak perjalanan. Biasanya pelanggan saya terdiri daripada penduduk di sekitar Kota Bharu dan juga Bachok,” katanya.
Beliau yang juga penerima manfaat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan sebanyak RM1,600 yang diberikan kepada golongan isi rumah B40.
“Saya akan menggunakan bantuan ini sebaiknya bagi kegunaan keperluan harian selain untuk membeli susu dan lampin anak saya,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini boleh meyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Nor Hayati Abdullah bernombor 0300941000019491 atau menghubunginya di talian 011-25560464.
Semoga semua ini akan berakhir tidak lama lagi. Bantulah apa yang mampu untuk ringankan beban keluarga ini. Semoga urusan Norhayati dan keluarga dipermudahkan. Yang lain kekal berada di rumah dan putuskan penularan wabak ini untuk kesejahteraan kita bersama. Stay Safe, Stay At Home!
Sumber: Bernama
The post Jual Jeruk Mangga Tampung Perbelanjaan Keluarga Dan Anak Sakit Paru-paru Kronik Sepanjang PKP appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jual-jeruk-mangga-tampung-perbelanjaan-keluarga-dan-anak-sakit-paru-paru-kronik-sepanjang-pkp/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambil Duduk Rumah Layan Anak Ibu Ayah Boleh Tambah Duit Sepanjang Pkp

Sambil Duduk Rumah Layan Anak Ibu Ayah Boleh Tambah Duit Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 527 hits
Memang seronok dapat meluangkan masa dengan anak anak dan keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini Malah sepanjang musim PKP ni ramai ibu bapa yang berkongsi gelagat dan aktiviti harian anak resepi masakan dan tak kurang juga akti...
Tak Dapat Berniaga Ambil Peluang Jaga Anak Oku Sepanjang Pkp

Tak Dapat Berniaga Ambil Peluang Jaga Anak Oku Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 562 hits
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu Mazlan Ibrahum 49 dari Pasir Mas Kelantan tidak dapat meneruskan peniagaan menjual kuih manja di bandar tersebut Mempunyai dua orang anak istimewa Muhammad Firash Mazl...
Cabaran Jaga Anak Autisme Sepanjang Pkp Zarina Guna Helah Supaya Azal Azil Tak Keluar Rumah

Cabaran Jaga Anak Autisme Sepanjang Pkp Zarina Guna Helah Supaya Azal Azil Tak Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 641 hits
Mempunyai dua orang anak istimewa yang menghidap autisme dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tentunya bukan sesuatu yang mudah buat pelakon Zarina Zainuddin Pasti sahaja kedua anak kembarnya Azil dan Azal yang merupakan anak istimewa m...
Ragam Anak Anak Buah Sepanjang Pkp

Ragam Anak Anak Buah Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 503 hits
Hi korang Sepanjang PKP ni SA memang x jumpa la anak anak buah yang lain kecuali Dida yang tinggal kat rumah SA dengan mommy dia rindunya kat diorang biasanya dapat gambar thru whatsaap dan buat video call je kadang kadang 2 hari sekali hil...
Perhatikan Tulang Belakang Anak Kalau Bentuk S Atau C Boleh Sebabkan Sakit Belakang Kronik Mama Tanya

Perhatikan Tulang Belakang Anak Kalau Bentuk S Atau C Boleh Sebabkan Sakit Belakang Kronik Mama Tanya

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 249 hits
Anak perempuan saya berumur 5 tahun dan dia selalu mengadu sakit belakang pada waktu malam Kadang kadang dia tak mahu menggalas beg sekolahnya dan meminta ayahnya ataupun saya untuk membawa begnya ke kelas Saya risau dengan keadaanya Mungki...
Buat Banana Split Beli Pisang Aiskrim Nuts Choc Chips Ajak Anak Deco Antara 37 Aktiviti Rumah Sepanjang Pkp

Buat Banana Split Beli Pisang Aiskrim Nuts Choc Chips Ajak Anak Deco Antara 37 Aktiviti Rumah Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 524 hits
Disebabkan ramai yang mengadu anak anak dah start bosan dan ibu bapa dah kering idea nak buat aktiviti apa sepanjang DudukRumah ni Puan penulis buku keibubapaan berkongsi 37 cadangan aktiviti mudah yang korang boleh buat dengan anak anak sa...
Ustaz Ebit Lew Sumbangkan Beras Untuk Warga Asing Terkesan Sepanjang Pkp Tinggal Bersesak Dengan Anak Yang Masih Kecil

Ustaz Ebit Lew Sumbangkan Beras Untuk Warga Asing Terkesan Sepanjang Pkp Tinggal Bersesak Dengan Anak Yang Masih Kecil

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 566 hits
Kemurahan hati pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew memang sudah diketahui ramai Bukan sahaja ketika PKP dilaksanakan malah sebelum ini pendakwah ini memang sering kali dilihat bermurah hati menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tidak men...
Penduduk Thailand Jual Emas Untuk Tampung Perbelanjaan Akibat Covid 19

Penduduk Thailand Jual Emas Untuk Tampung Perbelanjaan Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 343 hits
BANGKOK Warga Thailand membanjiri kawasan Chinatown di sini untuk menjual barangan kemas mereka berikutan peningkatan harga emas sejak bermulanya pandemik COVID 19 Ketika ini harga emas meningkat tujuh kali ganda iaitu kepada AS 1 731 25 ba...
Covid19 Eratkan Hubungan Bersama Keluarga Sepanjang Tempoh Pkp Dengan 6 Aktiviti Ini

Covid19 Eratkan Hubungan Bersama Keluarga Sepanjang Tempoh Pkp Dengan 6 Aktiviti Ini

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 479 hits
Seperti semua sudah sedia maklum tempoh pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP kini dilanjutkan lagi sehingga 28 April Inilah peluang anda untuk mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga Jelita kongsikan enam aktiviti menarik yang...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers