Wajib Berus Gigi Anak Walaupun Gusi Berdarah Atau Bengkak Itu Tanda Ada Plak Pada Gigi


Bila mama-mama tengok gusi anak mula berdarah atau bengkak, mungkin ada yang terfikir untuk membiarkan kawasan tersebut tanpa digosok. Tetapi sebenarnya mama-mama tetap wajib memberus gigi anak walaupun keadaan gusi mereka bengkak dan berdarah.
“Kesian anak tengok dia sakit, tak sanggup nak sentuh bahagian tersebut” Lebih baik anak sakit kerana kita bersihkan giginya daripada menanggung sakit gigi dalam tempoh yang lama. Menurut doktor gigi, Dr Izaza, kawasan bengkak dan berdarah terjadi kerana adanya plak gigi yang berkumpul. Jadi plak tersebut harus dibersihkan segera.

Gusi berdarah atau bengkak wajib diberus, perlahan perlahan. Gusi berdarah semasa berus gigi adalah salah satu tanda, gusi kurang sihat sebab ada plak di sekeliling gigi dan juga di bawah gusi. Jadi, mak ayah jangan risau kalau gusi anak-anak anda berdarah semasa memberus gigi dan gusi.

-Dr. Izaza Mohd Zan
Sedikit informasi daripada MyHealth portal KKM
Secara saintifik, plak gigi dikenali sekarang ini sebagai dental biofilm. Di dalam plak dianggarkan terdapat lebih dari 1000 spesis bakteria. Dengan peningkatan teknologi, lebih banyak spesis bakteria baru ditemui di dalam plak gigi.
Plak gigi ini adalah satu komuniti bakteria yang kompleks yang melekap pada sesuatu permukaan. Kerana ianya adalah diluar badan manusia, bakteria ini tidak terjejas oleh antibiotik, ejen antikuman dan sistem ketahanan badan. Apabila ia atau toksin yang dihasilkan berada dalam tisu, maka pertahanan badan akan mula bertindak dan terhasilkan keradaangan gusi. Dan kompleksiti plak ini dan kandungan bakteria plak ini akan bertambah mengikut masa, apabila plak yang terjadi dibiarkan tanpa dibersihkan.
Kalkulus (tartar) adalah plak yang telah mengeras, jika ianya dibiarkan tanpa dibersihkan. Apabila kalkulus telah terbentuk, ianya menyukarkan pemberusan dan penggunaan flos yang berkesan. Permukaannya yang kasar menyebabkan lebih banyak plak akan terperangkap dan terkumpul di kawasan tersebut.
Dalam era di mana pengetahuan kita yang meningkat mengenai kebersihan mulut, kesan plak gigi ini masih ketara dalam masyarakat kita. Dalam kajian oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2010, didapati 94% dari orang dewasa yang diperiksa mengalami penyakit gusi dalam pelbagai peringkat; 88.9% pernah mengalami karies gigi; purata 11.7 gigi setiap seorang mempunyai karies; 8.0% dari mereka yang berumur lebih 50 tahun mengalami karies pada akar gigi; 37.9% memerlukan cabutan gigi dan 37.7% memerlukan tampalan. Semua keadaan ini adalah dari angkara plak gigi.
Apa terjadi jika plak tidak dibersihkan?
Ianya boleh menyebabkan:
Penyakit gusi (periodontium) – pengumpulan plak akan menyebabkan gusi mengalami keradangan dan jangkitan. Pada peringkat awal penyakit gusi (gingivitis), hanya tanda-tanda seperti kemerahan, sedikit kebengkakan dan perdarahan dikesan, Jarang sekali menyebabkan kesakitan. Walau bagaimanapun jika tidak dirawat, gingivitis boleh menjadi penyakit gusi yang lebih teruk (periodontitis), yang menyebabkan kerosakan gusi dan tulang penyokong gigi. Akhirnya boleh mengakibatkan kehilangan gigi. Jangkitan dan keradangan gusi tersebut boleh menyebabkan penyakit-penyakit badan yang lain seperti angina ahmar, jangkitan paru-paru, komplikasi diabetes dan sebagainya. Ini adalah kerana gusi adalah sebahagian dari badan yang apa yang berlaku padanya, boleh merebak ke dalam badan seseorang itu.
Kerosakan gigi (karies gigi) – ianya adalah kerosakan setempat struktur gigi disebabkan oleh asid yang terhasil dari huraian (breakdown) gula oleh bakteria. Kaviti (lubang) akan terbentuk pada gigi. Karies gigi juga adalah satu jangkitan kuman yang akibatnya boleh menyebabkan kemudharatan gigi dan juga badan seseorang itu.
Nafas berbau (halitosis) – kewujudan plak gigi pada gigi, lidah dan permukaan dalam mulut yang lain boleh menghasilkan bahan toksik yang mengeluarkan bau busuk, terutamanya apabila ia bercampur dengan makanan yang lekat dicelah gigi atau dalam kaviti (karies) gigi. Ianya menyebabkan nafas juga berbau
Mencegah Plak gigi dari mengakibatkan penyakit
Plak gigi terjadi setiap masa. Ia boleh dibersihkan dengan penjagaan kesihatan mulut yang baik dengan:
-Memberus gigi dua kali sekali, menggunakan berus gigi yang sesuai dan dengan cara yang berkesan.
-Menggunakan flos dengan betul.
-Menggunakan alat pembersihan tambahan yang disyorkan oleh doktor gigi seperti interdental brush dan ubat kumuran.
Apabila plak gigi bertukar menjadi kalkulus (tartar), penskaleran adalah perlu dan hanya boleh dilakukan di klinik gigi oleh doktor gigi. Oleh itu, lawatan ke doktor gigi secara berkala adalah cara paling baik untuk menghindar kerosakan yang boleh dilakukan oleh plak gigi dan kalkulus tersebut.
The post Wajib Berus Gigi Anak Walaupun Gusi Berdarah Atau Bengkak. Itu Tanda Ada Plak Pada Gigi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/wajib-berus-gigi-anak-walaupun-gusi-berdarah-atau-bengkak-itu-tanda-ada-plak-pada-gigi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perhatikan Tanda Awal Pada Anak Seperti Pandai Melambai Faham Arahan Itu Tanda Dia Akan Mula Bercakap

Perhatikan Tanda Awal Pada Anak Seperti Pandai Melambai Faham Arahan Itu Tanda Dia Akan Mula Bercakap

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 471 hits
Ramai ibu bapa yang dah buntu nak buat aktiviti apa lagi di rumah ketika tempoh PKP untuk merangsang supaya anak bercakap Banyak aktiviti boleh dilakukan dirumah sebenarnya tak perlu mainan mahal pun untuk tolong anak bercakap Ini antara co...
Serba Serbi Imunisasi Anak Selama Pandemi Corona Wajib Dilakukan Sesuai Jadwal Atau Ditunda

Serba Serbi Imunisasi Anak Selama Pandemi Corona Wajib Dilakukan Sesuai Jadwal Atau Ditunda

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 219 hits
Biasanya yang bikin dilema kalau mau ke faskes tapi di sana kan banyak orangnya Tenang no more bimbang Bun
Bila Gigi Susu Anak Dah Tumbuh Kita Ada Tanggungjawab Untuk Jaga Gigi Mereka Dengan Baik

Bila Gigi Susu Anak Dah Tumbuh Kita Ada Tanggungjawab Untuk Jaga Gigi Mereka Dengan Baik

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 1118 hits
Mak mak dah bersedia bila anak mula mengalami teething Teething ialah proses gigi nak tumbuh keluar Gigi susu pertama akan mula tumbuh lebih kurang umur baby 6 bulan Tanda tanda yang biasa dapat dilihat ialah 1 Anak kuat merengek disebabkan...
Anak 3 Tahun Naik Ambulans Lepas Ada Tanda Covid 19 Buat Ramai Sebak

Anak 3 Tahun Naik Ambulans Lepas Ada Tanda Covid 19 Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 224 hits
Luluh hati seorang ibu apabila anak seawal usia 3 tahun yang mempunyai simptom wabak Covid 19 perlu di bawa ke hospital menaiki ambulan seperti pesakit lain Anak 3 Tahun Naik Ambulans Lepas Ada Tanda Covid 19 Buat Ramai Sebak
Vaksin Wajib Diambil Ibu Bapa Yang Tidak Memvaksinkan Anak Berdosa

Vaksin Wajib Diambil Ibu Bapa Yang Tidak Memvaksinkan Anak Berdosa

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 385 hits
Ya puan Demam hari ke berapa dah ni puan Kalau ikutkan dah lima hari dia demam on off Ada masa suhu dia mencanak naik dan ada masa dia nampak ok Saya datang ni pun sebab saya nampak nafas dia laju lepastu dia tak mahu makan mahupun menyusu ...
Pembayaran Debit Card Memakan Masa Berapa Hari Atau Seminggu Pengguna Wajib Alert

Pembayaran Debit Card Memakan Masa Berapa Hari Atau Seminggu Pengguna Wajib Alert

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 332 hits
Pembayaran Debit Card Memakan Masa Berapa Hari Atau Seminggu Pengguna Wajib Alert Sejak semalam kecoh media sosial dengan isu duit simpanan hilang dalam akaun akibat Direct Debit Kes kni berlaku akibat penggunaan debit card semasa membuat p...
Tiada Anak Yang Bodoh Atau Tak Pandai Yang Ada Hanyalah Anak Yang Perlu Dibantu Mama Tanya

Tiada Anak Yang Bodoh Atau Tak Pandai Yang Ada Hanyalah Anak Yang Perlu Dibantu Mama Tanya

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 321 hits
Cikgu mengadu anak saya lambat menulis Anak saya berusia 6 tahun Dia akan tengok pada White Board dengan sangat lama kemudian dia akan menulis satu persatu huruf sambil merujuk kembali white board untuk menulis huruf seterusnya Dia akan men...
Orangtua Wajib Dampingi Anak Pada Saat Belajar Dari Rumah

Orangtua Wajib Dampingi Anak Pada Saat Belajar Dari Rumah

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 249 hits
Komisi Perlindungan Anak Indonesia meminta agar anak anak tetap mendapatkan pendampingan dari orangtuanya ketika melakukan kegiatan pembelajaran jarak jauh
2 Nama Anak Lepas Musim Pkp Covid19 Atau Koronavirus

2 Nama Anak Lepas Musim Pkp Covid19 Atau Koronavirus

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 524 hits
Musim PKP angkara wabak Covid19 atau coronavirus ini menyebabkan pasangan baru berkahwin tidak dapat ke mana mana Justeru dikatakan pada tahun hadapan 2021 ramai bayi PKP akan lahir pkp mc0 coronavirus
Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Yang Tumbuh Selepas Hujan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded