Boleh Ke Beri Air Kanji Untuk Kurangkan Beri Susu Formula Ini Jawapan Dari Pakar Mama Tanya


Saya nak tahu boleh ke beri air kanji (minum air nasi) untuk mengurangkan pemberian susu formula?
Daripada – ibu yang ingin tahu

Jawapan daripada Dr. Hairin Anisa;
Semua ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka sepenuhnya dengan susu ibu sehingga umur bayi 6 bulan dan kemudian memulakan pemberian makanan tambahan yang seimbang kepada bayi disamping meneruskan penyusuan susu ibu.
Ini adalah konsep dalam pemakanan bayi sejak lahir kerana susu ibu adalah lengkap dengan segala nutrisi yang diperlukan oleh bayi. Namun , bukan semua ibu mampu untuk menyusukan bayi mereka kerana pelbagai alasan dan selalunya kerana kurang ilmu. Maka, para ibu yang tidak menyusukan bayi memilih untuk memberikan susu formula sebagai ganti.
Dalam susu formula, khasiatnya tidak standing dengan susu ibu namun nutrisi di dalam susu formula bayi boleh melengkapkan keperluan metabolisma dan tumbesaran tubuh bayi. Jika dibandingkan dengan air kanji sudah pasti tidak sama kerana susu formula mengandungi makronutrien yang sesuai iaitu karbohidrat (laktosa, sukrosa  dan kanji daripada selalunya jagung), protein dan lemak. Malah dalalm susu formula juga telah ditambah dengan pelbagai mikronutrien seperti semua vitamin (A, B, C & D) dan mineral penting termasuk zat besi.
Manakala, air kanji (air nasi) hanya mengandungi komposisi karbohidrat yang lebih tinggi (75 – 85 %), tidak mengandungi lemak serta kandungan protein yang sangat sedikit berbanding dengan susu ibu atau susu formula. Walaupun air kanji ini dikatakan mengandungi vitamin B1, B2, B3, garam sodium dan potasium, kuantitinya tidak mencukupi untuk keperluan tubuh bayi. Justeru, amat tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi di bawah usia 6 bulan samada bayi yang menyusu ibu atau menyusu susu formula.
Namun, jika ingin memulakan pemakanan pelengkap, boleh gunakan air nasi ini yang dicampurkan dengan puri sayuran atau buah-buahan untuk peringkat awal. Sekiranya bayi boleh menrima makanan dengan baik, sediakan hidangan yang lengkap dan seimbang yang mengandungi semua makronutrien (karbohidrat, protein dan lemak), mikronutrien iaitu semua vitamin dan mineral seperti zat besi, zink, kalsium, magnesium, selenium dan sebagainya. Justeru, untuk mendapat semua zat yang seimbang, ibubapa mestilah menyediakan bubur nasi yang mengandungi 2-3 jenis sayuran (pelbagai warna) dan sumber protein seperti ikan, ayam atau daging.
Dakwaan memberikan air nasi kepada bayi sudah pasti tidak menepati saranan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk bayi samada sebelum atau selepas 6 bulan. Ia tidak boleh menggantikan susu ibu mahupun susu formula kerana kandungan zat makanan yang tidak mencukupi.
Terdapat juga saranan seorang isteri selebriti yang mencadangkan supaya ibu menambahkan madu di dalam air kanji yang ternyata saranan ini tidak betul. Madu adalah makanan yang manis yang tidak sesuai diberikan kepada bayi terutama di bawah 12 bulan. Malah madu yang tidak diproses dengan cara yang bersih (mengikut piawai) juga dikaitkan dengan risiko kepada pencemaran spora bakteria Clostridium botulinum yang menghasilkan toksin yang menyerang sistem saraf bayi. Gejala serius akibat neurotoksin ini ialah kelumpuhan otot bayi ldan kesukaran bernafas. Di samping itu, rasa madu yang manis akan menyebabkan bayi cenderug kepada makanan yang manis yang akhirnya boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kencing manis dan tinggi kolesterol dalam darah pada usia muda.
Oleh itu, sebagai  pakar kanak-kanak dan pakar laktasi saya tetap menyarankan para ibu mengamalkan pemberian makanan yang sihat dan seimbang untuk bayi kalian bermuladengan penyusuan susu ibu sepenuhnya sehingga 6 bulan pertama. Sekiranya gagal untuk menyusukan bayi sepenuhnya, saya sarankan carilah ibu susuan atau susu ibu perahan daripada ibu susuan. Jika tiada ibu susuan, susu formula adalah pilihan terakhir dan air nasi bukan pengganti susu formula yang sesuai untuk bayi. Jika bayi telah memulakan makanan pelengkap, berikan bayi hidangan yang seimbang dan berwarna warni (kepelbagaian jenis makanan) untuk tumbesaran tubuh dan perkembangan otak mereka yang optima.
Sekian, terima kasih.
Sumber: Dr. Hairin Anisa, Paediatrician & IBCLC (Lactation Consultant)
 
The post “Boleh Ke Beri Air Kanji Untuk Kurangkan Beri Susu Formula? Ini Jawapan Dari Pakar – Mama Tanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/boleh-ke-beri-air-kanji-untuk-kurangkan-beri-susu-formula-ini-jawapan-dari-pakar-mama-tanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak Kena Cukup Tidur Tak Boleh Lewat Tidur Kalau Nak Perkembangan Anak Baik Mama Tanya

Kanak Kanak Kena Cukup Tidur Tak Boleh Lewat Tidur Kalau Nak Perkembangan Anak Baik Mama Tanya

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 229 hits
Anak saya berumur 6 tahun Saya perhatikan dia sering penat dan mengantuk setiap pagi Gurunya pun ada memberitahu dia selalu mengantuk di dalam kelas dan lambat untuk memahami apa yang diajar Apa yang boleh saya lakukan untuk anak saya Nur N...
Pelik Kenapa Bayi Boleh Besar Dalam Kandungan Bahaya Ke Mama Tanya

Pelik Kenapa Bayi Boleh Besar Dalam Kandungan Bahaya Ke Mama Tanya

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 205 hits
Soalan saya kenapa baby boleh besar dalam kandungan Bahaya ke baby besar Ibu dari Moms To Be Club Jawapan daripada Dr Izzat Doktor O G Macrosomia bayi terjadi disebakan si ibu ada kencing manis atau nama lain Gestational diabetes mellitus y...
Bagi Anak Minum Air Rebusan Nasi Ganti Susu Formula Isteri Da I Farhan

Bagi Anak Minum Air Rebusan Nasi Ganti Susu Formula Isteri Da I Farhan

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 311 hits
Tengah kecoh dengan isu Covid 2019 pergaduhan antara artis dan netizen isteri Da i Farhan pula mencuri perhatian Katanya jika tidak berkemampuan untuk membeli susu formula untuk anak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ia boleh digantikan...
Air Rebusan Daun Pudina Bersama Gula Batu Boleh Legakan Batuk

Air Rebusan Daun Pudina Bersama Gula Batu Boleh Legakan Batuk

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 343 hits
Dah makan ubat batuk tapi tapi tak baik baik lagi Apakata anda cuba membuat penawarnya sendiri dengan menggunakan bahan semulajadi dengan menggunakan tiga bahan utama yang dipercayai boleh meredakan batuk Menurut perkongsian empunya resipi ...
Tiada Anak Yang Bodoh Atau Tak Pandai Yang Ada Hanyalah Anak Yang Perlu Dibantu Mama Tanya

Tiada Anak Yang Bodoh Atau Tak Pandai Yang Ada Hanyalah Anak Yang Perlu Dibantu Mama Tanya

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 300 hits
Cikgu mengadu anak saya lambat menulis Anak saya berusia 6 tahun Dia akan tengok pada White Board dengan sangat lama kemudian dia akan menulis satu persatu huruf sambil merujuk kembali white board untuk menulis huruf seterusnya Dia akan men...
Minum Air Kosong Pun Boleh Memudaratkan Kesihatan

Minum Air Kosong Pun Boleh Memudaratkan Kesihatan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 294 hits
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Minum Air Kosong Pun Boleh Memudaratkan Kesihatan Minum Air Kosong Pun Boleh Memudaratkan Kesihatan Biar betul minum air kosong pun boleh memudaratkan kesihatan Pok Ucu Seolah oleh tidak pecaya yang minum...
Air Selangor Kini Boleh Menghantar Bil Kepada Anda Melalui Whatsapp

Air Selangor Kini Boleh Menghantar Bil Kepada Anda Melalui Whatsapp

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 280 hits
Air Selangor merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam pengurusan utiliti air di Selangor Air Selangor sebelum ini telah menawarkan bil secara digital dan atas talian sejak daripada 2018 yang lepas dan kini mereka turut menambah penawa...
Tiada Bukti Saintifik Daun Mambu Boleh Rawat Covid 19 Pakar

Tiada Bukti Saintifik Daun Mambu Boleh Rawat Covid 19 Pakar

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 278 hits
Tiada bukti perubatan dan kajian saintifik menunjukkan bahawa penggunaan sejenis herba dikenali sebagai daun mambu atau neem dapat merawat COVID 19 seperti yang tersebar dalam media sosial menurut pakar Pakar imunologi dan virologi Prof Dr ...
Tiada Siapa Suka Perkataan Tidak Atau No Termasuklah Kanak Kanak Dan Orang Dewasa Mama Tanya

Tiada Siapa Suka Perkataan Tidak Atau No Termasuklah Kanak Kanak Dan Orang Dewasa Mama Tanya

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 255 hits
Bila cikgu tanya soalan dan cikgu bagitahu jawapan anak saya salah anak saya tak dapat terima dan mengamuk marah Dia tak boleh terima dia salah Jika cikgu puji jawapan kawan kawan lain betul dan jawapan dia sahaja yang salah dia akan marah ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Comel Mengadu Berpeluk Lama Peminat Teruja Lihat Keintiman Song Jihyo Lee Dongwook

Sesungguhnya Merokok Itu Haram

Tuuuuuuuu Diaaaaaa Aihhhhhh Derma Mulut Jahat Hati Hitam Pekat Iiiisssshhhh Iiiisssshhhhh Jihad Noh

Cina Dap Bantu Melayu Kelantan Yang Meremoat Di Penang

Bantuan Awal Persekolahan Peluasan Bap Kepada Pelajar Tingkatan Enam Pertama Kali Dilaksanakan

Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap