Perginya Seorang Srikandi Tun Rahah Seorang Isteri Wanita Cekal Serta Ibu Yang Penyayang


 


KUALA LUMPUR  -- Negara hari ini bersedih dengan pemergian ke rahmatullah seorang srikandi negara Tun Rahah Mohamed Noah, yang dikenali sebagai seorang isteri dan wanita yang cekal, ibu penyayang dan insan berhati mulia.
Rahah merupakan figura penting di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara iaitu suaminya, Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein serta anaknya Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Perdana Menteri keenam.
Dilahirkan pada 11 Jun 1933 di Muar, Johor, beliau adalah puteri bongsu kepada seorang ahli politik negara, Allahyarham Tan Sri Mohamed Noah Omar dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent of the Holy Infant Jesus, di Johor Baharu.
Rahah, 87, mendirikan rumah tangga dengan Abdul Razak pada 4 Sept 1952 dan dikurniakan lima anak lelaki iaitu Najib, Datuk Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam serta Datuk Mohamed Nazim.
Walaupun beliau menjadi balu pada usia muda, ketika berusia 43 tahun selepas Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Jan 1976 akibat leukemia, namun beliau mampu membesarkan lima anaknya sehingga menjadi individu berjaya dalam pelajaran mahupun kerjaya masing-masing.
Sebagai seorang isteri kepada pemimpin utama negara, Rahah banyak memberikan semangat dan perangsang kepada suaminya terutama ketika menghadapi peristiwa darurat di Tanah Melayu dan rusuhan kaum pada tahun 1969.

Beliau juga sering mengiringi suami menjalankan tugas-tugas rasmi negara sama ada di dalam mahupun luar negara.
Memandangkan ayahnya mempunyai pengalaman yang luas dalam politik termasuk pernah menjadi  Yang Dipertua Dewan Rakyat yang pertama dan Yang Dipertua Dewan Negara, Rahah banyak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada ayahnya tentang selok-belok politik.
Beliau turut memainkan peranan yang aktif dalam setiap pilihan raya dengan berkempen dari rumah ke rumah dan berucap di perhimpunan anjuran wanita.
Beliau telah membuktikan bahawa kaum wanita juga boleh memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara dengan melibatkan diri dalam beberapa kegiatan kaum wanita di negara ini.
Selain itu, Rahah seorang yang aktif dalam pergerakan kaum Ibu UMNO (kini Wanita UMNO) dan pernah menjadi pengasas pergerakan Wanita UMNO Petaling Jaya, selain cenderung dengan kerja-kerja kebajikan khususnya yang memberi manfaat kepada kaum wanita.
Beliau juga adalah penaung Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) yang pertama pada 1969 hingga 1976 selain pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Restoran Rakyat dan menjadi Canselor pertama Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) pada 2001.
Sebagai seorang ibu, Rahah memainkan sebahagian besar peranan dalam mengasuh dan mendidik putera-puteranya.
Setelah Abdul Razak meninggal dunia, Rahah menjadi ibu dan bapa kepada anak-anaknya yang ketika itu masih belajar.
Beliau disifatkan sebagai seorang ibu yang sentiasa memberi sokongan dan bimbingan dengan penuh  kasih sayang.
Najib dalam perutusan sempena Hari Ibu sebelum ini, berkata beliau tidak mungkin berada pada kedudukannya sekarang jika tidak kerana sokongan dan kasih sayang ibu yang tidak pernah pudar.
Menurutnya, beliau mengagumi dan terasa kerdil dengan ketinggian peradaban, sikap tenang, kemurahan dan kebaikan hati, kebijaksanaan serta gerak hati ibunya selama ini.
"Ibulah yang telah membolehkan setiap daripada kami memenuhi potensi diri; memenuhi janji cita-cita kami dan menyelusuri laluan yang telah ditentukan sebagai takdir kami," katanya.
Pelbagai penganugerahan darjah dan pengiktirafan diterima Allahyarham, antaranya dikurniakan Darjah Seri Setia Mahkota daripada Kerajaan Persekutuan pada 1976 yang membawa gelaran 'Tun', Pingat Emas Tun Fatimah daripada Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) dan Anugerah Srikandi daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia serta menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) daripada Universiti Utara Malaysia. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/12/perginya-seorang-srikandi-tun-rahah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Rahah Nenda Cekal Penyayang Fadzley

Tun Rahah Nenda Cekal Penyayang Fadzley

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 405 hits
KUALA LUMPUR Kali terakhir jumpa bila nenda letakkan tangan di kepala isteri Demikian perkongsian Datuk Fadzley Yaakob yang juga suami cucu Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah ketika mengimbau kembali saat terakhir pertemuan itu Meskipun s...
Mengenang Tun Rahah Insan Ini Seorang Penyayang Prihatin Dan Tabah Hishammuddin

Mengenang Tun Rahah Insan Ini Seorang Penyayang Prihatin Dan Tabah Hishammuddin

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 406 hits
KUALA LUMPUR 18 Dis Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga anak saudara kepada Tun Rahah Mohamed Noah menyifatkan ibu saudaranya itu seorang ibu yang penyayang prihatin baik hati dan tabah Mengimbau kenangan bersama wanita berkenaan ...
Tun Abdullah Isteri Zahir Takziah Kepada Keluarga Tun Rahah

Tun Abdullah Isteri Zahir Takziah Kepada Keluarga Tun Rahah

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 579 hits
Bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga atas pemergian bondanya Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah petang semalam Abdu...
Perginya Isteri Tanpa Pesan Sayu Hati Mengenangkan 4 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu

Perginya Isteri Tanpa Pesan Sayu Hati Mengenangkan 4 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 635 hits
Perginya ibu kepada empat anak yang masih kecil benar benar dirasai oleh seluruh ahli keluarga arwah Norwahidah Abd Raup 35 Pemergian arwah Norwahidah yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kepala Batas mengejutkan ahli keluarga saud...
Perginya Seorang Srikandi Negara

Perginya Seorang Srikandi Negara

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 387 hits
Negara hari ini bersedih dengan pemergian ke rahmatullah seorang srikandi negara Tun Rahah Mohamed Noah yang dikenali sebagai seorang isteri dan wanita yang cekal ibu penyayang dan insan berhati mulia Rahah merupakan tokoh penting di belaka...
Satu Kehilangan Kerana Saya Amat Rapat Dengan Allahyarhamah Tun Rahah Dan Keluarganya Zahid Hamidi

Satu Kehilangan Kerana Saya Amat Rapat Dengan Allahyarhamah Tun Rahah Dan Keluarganya Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 309 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Tun Mahathir Hadir Ziarah Tun Rahah

Tun Mahathir Hadir Ziarah Tun Rahah

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 374 hits
903 total views 903 views today Beberapa Ahli Parlimen dan pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara yang tiba di Masjid Ar Rahah di Kampung Kerinchi di sini untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarha...
Dr M Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tun Rahah

Dr M Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tun Rahah

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 371 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 11 28 amBekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Rahah Mohamed Noah ibu bekas perd...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek