Malaysia Negara Eu Bincang Isu Minyak Sawit



KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengulangi komitmen Malaysia terhadap pengeluaran minyak sawit secara mampan semasa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari negara Kesatuan Eropah (EU) dan anggota Parlimen blok ekonomi itu baru-baru ini.

Mesyuarat berasingan dengan menteri luar Hungary, Itali, Luxembourg, Romania, Sepanyol dan EU; serta Jawatankuasa Luar Negeri dan dua naib presiden Parlimen Eropah itu diadakan semasa lawatan kerja beliau ke Brussels, Belgium pada 21 hingga 23 Jan lepas bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri Asean-EU ke-22.

Loading...
“Agenda utama Malaysia ialah isu minyak kelapa sawit. Menteri Luar menggariskan komitmen negara terhadap pengeluaran minyak kelapa sawit secara mampan dalam usaha meraih pengiktirafan antarabangsa bagi skim pensijilan Minyak Kelapa Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

“Beliau seterusnya menyeru EU dan negara anggotanya menjadi pemudah cara bagi usaha Malaysia membangunkankan industri minyak kelapa sawit, termasuk dengan menyebarkan maklumat tepat berkenaan minyak kelapa sawit selain menekankan sistem perdagangan bebas perlu bersifat adil,” menurut kenyataan Wisma Putra.

Saifuddin sekali lagi menekankan bahawa industri minyak kelapa sawit negara kini tertumpu kepada usaha mempertingkatkan produktiviti dan hasil, bukannya memperluas pembukaan ladang baharu seperti diuar-uarkan sesetengah pihak di Eropah.


Beliau turut menerangkan bahawa MSPO adalah sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mempertimbangkan aspek alam sekitar, sosial dan ekonomi secara komprehensif, menurut kenyataan tersebut.

“Menteri Luar seterusnya menjelaskan kerjasama berterusan antara Malaysia dan badan pensijilan antarabangsa seperti Pensijilan Kemampanan dan Karbon Antarabangsa menunjukkan MSPO dilaksanakan secara integratif dan bukan satu usaha persendirian” menurut Wisma Putra.

Wisma Putra menjelaskan Saifuddin turut mengalu-alukan tindakan Itali menandatangani Perjanjian Pengisytiharan Amsterdam pada 2017 sebagai tanda sokongan kepada minyak kelapa sawit mampan di Eropah.

Menurut kenyataan itu, bagi isu lain, Saifuddin telah menyatakan sokongan negara terhadap demokrasi penyertaan berasaskan kedaulatan undang-undang, selain menyuarakan agenda utama Malaysia termasuk melaksanakan pembaharuan serta mempromosikan perlindungan hak asasi manusia.

Beliau telah berkongsi mengenai program bantuan kemanusiaan yang disampaikan Malaysia kepada pelarian Rohingya, termasuk mengendalikan hospital lapangan di Cox’s Bazar dan memberi peluang pendidikan kepada kanak-kanak Rohingya di negara ini.

“Isu Laut China Selatan juga telah dibangkitkan. Dalam hal ini, Menteri Luar mengulangi pendirian Malaysia bahawa Laut China Selatan harus bebas daripada sebarang aktiviti ketenteraan,” menurut kenyataan tersebut.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/malaysia-negara-eu-bincang-isu-minyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Memalukan Seluruh Sistem Kehakiman Malaysia Peguam Negara Letak Jawatan

Isu Memalukan Seluruh Sistem Kehakiman Malaysia Peguam Negara Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 805 hits
Rakyat perlu fahami berita ini kerana isunya telah memalukan Jabatan Peguam Negara dan seluruh sistem perundangan Malaysia Ianya digelar Black Monday for the rule of law yang mendakwa Peguam Negara telah memberi maklumat yang salah sehingga...
Isu Israel Tidak Menjejaskan Hubungan Diplomatik Malaysia Dan Negara Luar

Isu Israel Tidak Menjejaskan Hubungan Diplomatik Malaysia Dan Negara Luar

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 516 hits
KUALA LUMPUR Pendirian tegas Malaysia berhubung isu yang membabitkan Israel tidak menjejaskan hubungan diplomatik negara ini dengan negara negara lain kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah Beliau berkata negara negara yang mempunyai hu...
Minyak Masak Subsidi Malaysia Di Negara Jiran

Minyak Masak Subsidi Malaysia Di Negara Jiran

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 459 hits
SALMAH MAT HUSAINKOTA BHARU Kelantan dikesan menjadi lokasi transit aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi ke selatan Thailand Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hasil ...
4797 Isu Francais Stesen Minyak Perlu Tindakan Kerajaan Utusan Malaysia 30 1 19

4797 Isu Francais Stesen Minyak Perlu Tindakan Kerajaan Utusan Malaysia 30 1 19

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 424 hits
KUALA LUMPUR 29 Jan Kerajaan digesa untuk segera campur tangan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengusaha francais stesen minyak negara ini yang didakwa terus didiskriminasi oleh francaisor Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam...
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 486 hits
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah
Isu Semasa Apung Harga Minyak Jejas Nasib B40

Isu Semasa Apung Harga Minyak Jejas Nasib B40

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 501 hits
Peneraju pemikiran lateral Edward de Bono mengajar agar idea dicetus harus dikembangkan dengan memikirkan pelbagai kemungkinan solusi Ini bermakna solusi tidak harus difikirkan hanya dalam kotak benar atau salah Menurut de Bono jika kita be...
Malaysia Menjadi Negara Paling Banyak Cuti Di Asia Tenggara

Malaysia Menjadi Negara Paling Banyak Cuti Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 1675 hits
Bagi tahun 2019 Malaysia dilihat sebagai negara tertinggi di Asia Tenggara memiliki cuti umum iaitu sebanyak 50 hari Tinjauan yang dilakukan oleh Mashable Asia Tenggara itu telah melihat 10 negara Asia dan mendapati Malaysia berada di tangg...
Perdana Menteri Ugut Hentikan Produk Perancis Jika Paris Terus Sekat Minyak Kelapa Sawit

Perdana Menteri Ugut Hentikan Produk Perancis Jika Paris Terus Sekat Minyak Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 524 hits
MALAYSIA akan menggubal undang undang menyekat import produk produk dari Perancis sekiranya negara itu tidak menarik balik rancangan menyekat penggunaan minyak kelapa sawit dalam penghasilan biogas Kenyataan itu dikeluarkan oleh Perdana Men...
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Sukan Bekalan Air Se Malaysia 2025

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Managing Stress For Entrepreneurs

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Agong Kurnia Dmij Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas Juruiring Pemangku Sultan Johor Berita Harian

4 Lelaki Dikenakan Bon Berkelakuan Baik Kes Gaduh Perlawanan Bola Sepak

Bagaimana Cara Mencegah Konstipasi Pada Anak Sejak Dini