Percutian 2h1m Di Putrade Allsuites At Rpgc Berjalan Jalan Di Sekitar Ipoh Perak


Dua bulan berturut-turut kita orang turun Ipoh. Hahhh punyalah suka pergi Ipoh ni tau sebabnya banyak tempat yang boleh dikunjungi. Kalau nak cari percutian bajet boleh la korang stay di hotel Putrade Allsuites at RPGC yang terletak di Royal Perak Golf Club. Masa bulan lepas mama tak berjalan sangat just rehat di hotel jer. Kali ni memang mama nak terjah Ipoh sempena cuti 2H1M bersama anak-anak. Berjayakah tidak jom kita tengok. Bukan senang yer nak berjalan dengan 3 orang anak-anak yang masih kecil coz mama dan papa kena kuat mental dan fizikal untuk melayan mereka


Seawal pagi mama bertolak ke Ipoh dan sampai di Putrade Allsuites at RPGC dalam sekitar 12 tengahari. Sampai jer sana terus check in bilik di sini. So mama prefer One-Bedroom Suite di Putrade Allsuites ini. Ok la nak tidur semalam jer kan dan anak-anak pun tak cerewet sangat diaorang boleh jer tidur dekat sofa. Tapi kalau korang nak bawa toto pun boleh sebab bilik di Putrade Allsuites ni luas tau

Apa yang menarik dengan Putrade Allsuites at RPGC ini adalah lokasinya sangat strategik yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah serta berlatarkan Gunung Lang dan Gunung Bilike. Selain itu, hotel ini juga berdekatan dengan lokasi menarik seperti Lost World Of Tambun, pekan Ipoh dan banyak lagi. Di Putrade Allsuites at RPGC ini terdapat 36 unit dengan kelengkapan lengkap dengan perabot kontenporeri serta layanan yang mesra dan sentuhan moden yang minimalist dalam setiap suite


One-Bedroom Suite

Suite Satu-Bilik ini mempunyai ruang tambahan :Satu bilik tidur dengan katil Saiz Queen atau katil berkembarDilengkapi dengan TV LED 43 dan 32 inciRuang kerja terbuka dengan akses internet berkelajuan tinggiDapur mini dengan microwave, peti sejuk dan peti keselamatanEsklusif setiap aparment mempunyai kopi Dolce Gusto
Suite Dua-Bilik pula didatangkan dengan :
Dua bilik standard dengan ruang yang lebih besar dan disediakan katil bersaiz King di bilik tidur utama serta katil berkembar di bilik tetamuDilengkapi dengan TV LED 43 dan 32 inciRuang kerja terbuka dengan akses internet berkelajuan tinggiDapur mini dengan microwave, peti sejuk dan peti keselamatanEsklusif setiap aparment mempunyai kopi Dolce GustoSangat sesuai yang datang dengan keluarga atau datang berkumpulanSuite Tiga-Bilik pula bercirikan mewah dan keselesaan malah dekorasi yang sangat hebat dengan :Keluasan kira-kira 1200 kaki persegiDidatangkan dengan 3 bilik tidur katil berkembar dan dua bilik mandiKatil bersaiz King di bilik tidur utama dan 2 katil berkembar di kedua-dua bilik tetamuRuang makan yang luas dengan akses internet berkelajuan tinggiDapur mini dengan microwave, peti sejuk dan peti keselamatanEsklusif setiap aparment mempunyai kopi Dolce GustoSangat sesuai yang datang dengan keluarga yang ramai atau pelancong yang lebih besar
Menariknya di Putrade Allsuites ini korang boleh juga lepak di sekitar RPGC kerana terdapat pelbagai kemudahan yang menarik untuk keselesaan pengunjung yang datang kesana. Antaranya bagi pengemar sukan Golf boleh sahaja terus pergi ke padang Golf tapi make sure korang bawa sendiri peralatan set golf yer. Oh ya bagi yang suka berenang pun boleh jer berenang di kolam RPGC ni sebab kolam dia besar yer. Tapi kena pakai pakaian mandi yang proper ok. Siap boleh korang berjakuzi lagi tau. Nak melakukan bersenam di gym pun boleh. Tapi mama tak sempat untuk buat semua aktiviti ni. hahahah




Selepas tour semua tempat di Putrade Allsuites at RPGC ni kita orang makan di coffeehouse Fairway Restaurant. Untuk ke coffeehouse ni korang kena berjalan sikit la ke RPGC yang terletak sebelah dengan Putrade Allsuites tu. Alaa jalan-jalan skit kan melihat suasana di sini memang cantik. 


Dek sebab kita orang breakfast jam 11 pagi so untuk tengahari kita orang tak der makan berat-berat. Jadi pilihan kami anak beranak adalah western food la. Untuk pengetahuan korang harga dia not bad la tak la mahal mana pun yer lebih kurang macam harga dekat luar. Dan yang paling terkejut adalah portion makanan dekat sini banyak. Fuhhh penat juga nak habiskan satu pinggan ni yer. 
Tudia western sangat

Muka kekenyangan yer. Itu pun kita orang makan sampai habis. Sayang kalau tak abis kan

Kemudian selepas makan tengahari kita orang berehat jer dalam bilik sebab semua pakat keletihan makan banyak sangat. hahahah. Oh ya petang pula kami bersiap-siap untuk pergi Lost World Of Tambun Hotspring. Kalau dah pergi Lost World of Tambun Hotspring ni apa lagi kita orang nak berendam dalam air panas la. Ini kali ke 3 kita orang datang ke sini. Memang best sebab anak-anak sangat suka berendam dalam air. 


Menariknya di Lost World of Tambun ni ada Petting Zoo dan korang boleh melihat pelbagai binatang yang terdapat di sini. Memang kita orang jelajah sakan siap bergambar la di Petting Zoo ni. Jangan tak tahu anak-anak mama paling excited ke sini dan tak sabar nak mandi kolam. hahaha. 
Comel la rumah hamster ni
Selfie la tapi dia tido

Ni anak kancil kan. mama dah lupa

Bagi yang datang ke Lost World of Tambun Hotspring korang boleh dapat melihat pertunjukan api di sini. Dalam 30 minit juga persembahan api dan memang mengagumkan kami semua. Hehehe jangan terkejut kalau bau minyak tanah di sekitar sini yer. Yang penting terbaik pertunjukkan api tersebut. Dalam 9.30 malam kita orang mandi dan bersiap balik ke hotel untuk tidur. 

Keesokan seawal jam 7.00 pagi kami bangun untuk sarapan pagi di Fairway Restaurant. Setelah selesai makan kami berkumpul di lobi untuk pergi ke next destination iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang. Ini kali ke 2 mama dan keluarga datang ke sini. Anak-anak suka naik boat ni dan tempat ini sangat menarik untuk riadah bersama keluarga. Di sini terdapat beberapa ekor burung seperti burung kasawari. Anak-anak dapat melihat dan belajar pelbagai jenis burung di Gunung Lang ini. Untuk harga tiket sangat murah bagi dewasa RM3.00 manakala untuk kanak-kanak hanya RM1.50 sahaja. 


Cantik kan rumah lama ni. Mama pun sempat bergambar dekat sini
Yeah dapat jugak selfie dengan ostrich ni. asyik lari ke kiri dan ke kanan ajer

Tempat wajib untuk pose yer. Tapi korang kena hati-hati sebab di sini banyak monyet berkeliaran di sekitar Gunung Lang dan jangan risau monyet ni tak kacau cuma kalau korang dah bagi makan dia akan kejar yer. hahahah 
Menarik juga Ipoh ni. ada banyak tempat lagi nak kena terokai so marilah datang ke Ipoh. 
Selepas selesai tour Gunung Lang, kami dibawa ke pekan Ipoh untuk bergambar di tempat viral iaitu Concubine Lane. Tempat ni sebenarnya adalah lorong-lorong kecil di pekan Ipoh yang menarik dengan lukisan mural di dinding. Lokasi sebenarnya adalah berdekatan dengan Plan B. So korang kena jalan dan bergambar di lukisan mural yang terdapat pada lorong tersebut. Bagi yang suka bergambar dan nak update ke insta bolehlah datang ke sini untuk bergambar yer. Jangan lupa bawa duit untuk beli ais kepal, ais krim yang sedap dan pelbagai barangan menarik yang terdapat di lorong Concubine Lane ini. 
Antara tempat yang menarik mama pose. agituuu
Jangan lupa bergambar di Harry Potter House di Concubine Lane ini. Cantik sungguh tempat ni
Lagi mama pose. belambak-lambak la gambar mama posing kat Concubine Lane saja. 
Selepas selesai posing mosing di Concubine Lane ni perut kami semua dah lapar. Hahaha. Orang kata kalau datang ke Ipoh ni wajib pekena Nasi Vanggey di Restoran Nasi Vanggey. Ini adalah kali ke 2 mama makan Nasi Vanggey ni. Sedap ya ampun dengan ayam vanggey special yang sangat sedap rasa madu dan kuah kari yang melimpah banjir bersama sambal kelapa yang menjadi trademark Nasi Vanggey ini memang makan tak panggung kepala tau. Harga sepinggan Nasi Vanggey Special hanya RM8 sahaja. Korang wajib cuba dan makan di Restoran Nasi Vanggey sini yer. Tak jumpa korang google jer mesti jumpa punya

Restoran Nasi Vanggey
Love gilah la Nasi Vanggey Special ni. kalau pergi Ipoh lagi of coz la datang makan lagi. Ketagih uolls. hahahah sambil taip sambil telan air liur. parah dah ni

Lepas selesai makan Nasi Vanggey, tibalah masa balik ke hotel dan kemas-kemas barang untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kali ni mama dapat peluang berjalan dan bergambar di Lost World of Tambun, Gunung Lang dan Concubine Lane serta dapat tidur yang best di Putrade Allsuites at RPGC. Anak-anak pun keletihan sebab percutian kali ni banyak berjalan di sekitar Ipoh. Sangat puas dan berbaloi percutian kali ini. Banyak lagi tempat menarik di Ipoh so memang sesuai untuk keluarga yang datang untuk percutian bajet. So korang kena rajin explore dan google sahaja. 

Bagi yang ingin menginap di Putrade Allsuites at RPGC boleh buat tempahan atas talian seperti Agoda, Expedia dan juga Traveloka. Mama jamin korang puas hati dengan layanan mesra dan menginap di sini. 
Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
Putrade Allsuites at RPGCc/o : Royal Perak Golf ClubJalan Sultan Azlan Shah31400 IpohPerak
Tel : +605-238 0022Fax : +605-238 0021
Website : www.putradeallsuites.comEmail : [email protected]
Love,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mamajue.com/2020/01/percutian-2h1m-di-putrade-allsuites-at.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 356 hits
Putrade Allsuites Royal Perak Golf Club Hotel Suite Selesa Di Ipoh Memang teruja bila encik suami bersetuju untuk menginap semalam di Ipoh sampai rasa nak lompat bintang Dah bertahun tak menginap di Ipoh selepas menghadiri majlis perkahwina...
Makan Sedap Di The Fairway Restaurant By Putrade Allsuites Rpgc

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant By Putrade Allsuites Rpgc

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 448 hits
Makan Sedap Di Restoran Fairway Putrade Allsuites RPGC Orang kata kalau nak pikat hati suami kenalah jaga perut dia dengan makna kena pastikan dia nikmati makanan yang sedap ehh haha Apa pulak relatednya tah tapi kalau dah menginap di hotel...
Seronok Jalan Jalan Di Maps Ipoh Perak

Seronok Jalan Jalan Di Maps Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 473 hits
Assalamualaikum Bulan Disember tahun 2019 memang rezeki kami untuk kami sekeluarga berjalan sakan Alhamdulillah rezeki anak anak Peluang cuti yang ada kami manfaat sepenuhnya untuk anak anak dan jalan jalan kami hanya bertumpu di dalam Nege...
Percutian Lengkap Di Bukit Merah Laketown Resort Perak

Percutian Lengkap Di Bukit Merah Laketown Resort Perak

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 581 hits
Percutian Lengkap di Bukit Merah Laketown Resort Perak Pernah tak korang terfikir nak tinggal satu tempat dan dapat meneroka banyak aktiviti untuk korang dan anak anak dengan harga yang sangat berbaloi Cik en nak mencadangkan satu tempat di...
Ipoh Trip Itinerary

Ipoh Trip Itinerary

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 536 hits
Again posting this here sebab senang hehehe Day 1 Breakfast New hollywood cafe Canning dim sum Lunch concubine lane 1 cotton candy 2 platform 9 1 2 3 kuma roasted break 4 honey ball ice 5 hokaido ice cream Teatime mee kari daud mat jasak or...
Lepak Ipoh Hujung Tahun

Lepak Ipoh Hujung Tahun

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 846 hits
dah bertahun aku plan nak pergi ipoh akhirnya sampai juga aku plan pergi sorang sebenarnya entah macammana masa aku buat list tempat menarik tasya whatsapp aku dari situ dia tahu aku akan ke ipoh dan dia kata nak follow sekali bagi aku ipoh...
Ipoh Fukuoka Twin Cities Penterjemah Bahasa

Ipoh Fukuoka Twin Cities Penterjemah Bahasa

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 294 hits
Assalamulaikum Bersama InvestPerak dan Delegasi dari Fukuoka City CouncilFOKUS NYA Sekitar awal Disember 2019 saya dan suami diberi peluang untuk menjadi penterjemah bahasa Jepun Melayu Inggeris untuk program Bandaraya Berkembar Ipoh Fukuok...
Pemain Bola Sepak Perak B 19 Maut Dilanggar Lari

Pemain Bola Sepak Perak B 19 Maut Dilanggar Lari

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 424 hits
Kelmarin seorang pemain bola sepak B 19 Perak iaitu Muhammad Izzat Shah Ibrahim telah pun dikatakan meninggal dunia disebabkan terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Kangsar Ipoh Muhammad Izzat yang dikatakan dalam perjala...
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu Dekatje

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu Dekatje

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 404 hits
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu Memang teruja nak berkongsi percutian singkat kami selama satu malam di Ipoh baru baru ini yang cukup padat dengan pengalaman menarik Dah bertahun tak bercuti di Ipoh dan peluang kali ni kami gun...
Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1