Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu Dekatje


Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu | Memang teruja nak berkongsi percutian singkat  kami selama satu malam di Ipoh baru-baru ini yang cukup padat dengan pengalaman menarik. Dah bertahun tak bercuti di Ipoh dan peluang kali ni kami gunapakai dengan sebaiknya dan terima kasih kepada pihak Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club yang menaja penginapan dan lawatan ke destinasi yang cukup memberi kenangan indah buat kami sekeluarga sampai penuh memori telefon bimbit dengan gambar-gambar yang cantik. 
Boleh baca kat sini
Penginapan di Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf ClubMakan Sedap di The Fairway Restaurant @ Royal Perak Golf ClubMemang santai walau program kami penuh namun tidak membebankan sekiranya korang ikut cara percutian kami dan dapat ke sebahagian lokasi menari di Ipoh ni.  Nanti percutian akan datang pun akan direka macam ni untuk menjimatkan masa dan yang pastinya perbelanjaan. Jom Cuti-Cuti Malaysia

Program Hari Pertama
2:00 petang - daftar masuk ke hotel
7 malam - makan malam
8:00 malam - aktiviti ke Hot Spring di Lost World of Tambun



Lost World Hot Springs & Night Park
Kalau nak main air, LWOT ni la tempatnya dan kalau dulu kami masuk ke sini sebab anak-anak memang suka main air tapi kali ni kami ke LWOT di waktu malam.  Yup kami akan main air di waktu malam hee

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Memang hajat nak berendam dalam hot spring awalnya  tapi punya la ramai orang sampai kami terasa malas la pulak mana taknya lepas tu nak kena tukar baju lagi..memang saya dan suami malas hehee. Jadinya kami cuma berjalan-jalan dan ambil gambar. Jejak ke kolam air pun tidak! Psst...saya ni penakut jadi kalau dah penakut tu buat cara penakut la ya..hahaa

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Jenuh menunggu di Lost World Hot Spring & Spa Stage kekonon nak tonton show dan nak dapat seat tapi dek kerana hujan mula turun jadi kami ke Night Park tengok haiwan je dulu. Akhirnya pertunjukan yang sepatutnya pada jam 9 malan terpaksa dibatalkan bila hujan mulai lebat dan terus kami zasss ke arah Luminous Forest. Sebenarnya bila waktu malam ni memasuki zoo
Kalau korang ke LW Hot Spring & Night Park ni pastikan korang masuk ke Luminous Forest ni yang sangat cantik dengan lampu-lampu bergantungan pasti buat korang teruja.  Antara tarikan yang pasti buat pengunjung teruja pastinya gabungan dunia mistik dengan bunga-bunga bercahaya, serangga yang besar dan banyak lagi

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

Bridge of Luminosa
Diperbuat dari rakit Malayana yang autentik, jambatan Luminosa menyambung dunia kita ke dunia mistik Lumnious Forest.  Makalani adalah ketua puak yang pertama menyeberang jambatan untuk memasuki hutan.

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

The Malayana Family
Humalaya Malayana. Keluarga Malayana yang mengalu-alukan kedatangan ke Luminous Forest yang dijadikan rumh mereka.

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Lights of Aiyanna
Bunga istimewa yang dijadikan oleh Mother Sophea terletak jauh di dalam Luminous Forest. Lights of Aiyanna boleh menerangkan minda mereka yang duduk di atasnya, mengikis rasa dan fikiran jahat

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Mother Sophea
Mother Sophea ni pokok yang boleh berkata-kata seusia dengan Luminous Forest sendiri. Dikatakan telah wujud 400 juta tahun yang lalu dan dia yang menyebarkan benih magik yang membuatkan Luminous Forest bersinar penuh magik. Mother Sophea juga yang membenarkan Makalani dan puak Malayana menghuni di dalam Luminous Forest

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
The Malayana Warriors
Pahlawan/Pengawal yang dilatih untuk menjaga dan memusnahkan kejahatan yang mengancam kesucian Luminous Forest. Mereka berani, gagah dan simbol kekuatan puak Malayana
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Shadowfang
Pengawal di Luminous Forest yang akan meludahkan racun membunuh sebarang kejahatan yang cuba mengancam kawasan hutan

Serius penat berjalan apatah lagi dalam hujan memang badan rasa lesu dan rimas, jadi dalam jam 1030 kot kami dah ke pintu utama menanti encik pemandu. Memang disyorkan sangat korang ke sini di waktu malam

Program Hari Kedua
Sarapan pagi di hotel atau boleh saja bersarapan di Mee Mat Jasak atau di sekitar pekan Ipoh ni
Wajib berkunjung ke Pasar Karat dalam sejam setengah atau dua jam. Mungkin boleh ronda sekitar pekan untuk bergambar di lokasi selfie yang sentiasa menjadi pilihan
11 pagi - Gunung Lang
12:30 tengahhari - Makan Tengahari di Restoran Haji Yahya atau Nasi Ganja


Memoryland aka Pasar Karat
Pastikan korang pandai tawar menawar! Dibuka setiap hari Ahad dari jam seawal 7 pagi sehingga 1 tenghahari, Memoryland atau  Pasar Karat atau dipanggil Loken menjadi tumpuan peminat barangan antik dan barangan lama.  Malahan bukan hanya pengunjung dari seluruh Malaysia tapi jugak dari Singapura dan luar negara yang akan mencari barangan lama untuk dijadikan koleksi simpanan dan ada juga yang membeli untuk dijual kembali dengan harga yang lebih tinggi kepada peminat barangan antik di Kuala Lumpur.

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung MingguDi kiri dan kanan jalan, peniaga hanya membentangkan tikar serta berlindung dengan hanya berpayung dan meletakkan pelbagai barangan jualan.  Jangan terkejut kalau ada barangan yang mungkin kita buang ke tong sampah dijual disini antaranya majalah lama, pita VCD. cerek, sterika, pinggan mangkuk bermotif flora, beg tok mudim, jam antik dan terpakai, pakaian, barangan elektronik, kamera antik, radio, lampu gasolin, alat muzik, kasut, selipar, majalah, buku lama, duit syiling dan duit kertas Malaysia, matawang negara lain pun terdapat di sini yang dijual dengan harga yang tinggi berdasarkan tahun dikeluarkan, no siri dan perkataan lama yang terdapat pada wang tersebut.  Selain barangan antik, terdapat juga peniaga yang menjual ubatan herba dan jangan terkejut kalau barangan yang dijual sangat mahal harganya tapi kalau dah berkenan dan pandai menawar, nah barangan tu pasti jadi milik korang

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung MingguJadi memang wajar Loken digelar syurga bagi pengumpul barangan antik kerana kat sini barangan elihat pelbagai barangan yang biasa dilihat di dalam cerita P Ramlee atau waktu saya masih kanak-kanak terdapat di sini. Memang asyik tengok sesetengah pembeli tawar menawar barangan yang berkenan di hati

Kalau lapar, jangan risau sebab kat sini pun kita boleh berhenti makan dan minum selepas penat berjalan dan yang pasti kalau keluar dari sini kat tangan tu pasti ada barangan yang dibeli..hehe

Taman Rekreasi Gunung Lang
Lokasi seterusnya adalah Gunung Lang yang selama ini tak terfikir pulak nak ke sini tapi memang sangat berbaloi untuk singgah ke sini dan boleh dijadikan 'stop over point' sekiranya korang berada di Lebuhraya Utara Selatan dan nak beristirehat boleh keluar ke susur keluar Ipoh Utara dan ikut arah papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang. Jarak dari pekan Ipoh ke Taman Rektreasi Gunung Lang ini lebih kurang lima kilomenter ja dan jangan risau sebab kawasn letak kereta pun banyak


Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung MingguDari kejauhan kita boleh nampak air terjun buatan manusia yang tertinggi di Malaysia dan memang ramai orang kat situ untuk bergambar malah ada pasangan pengantin turut bergambar kenangan di situ..memang cantik
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu
Agak jenuh jugak menunggu untuk menaik bot sebab hujung minggu dan tambahan pula cuti sekolah baru bermula jadi jangan naik angin sebab lokasi ni akan penuh sesak dengan pengunjung. Dan kami pun merasainya tambahan pulak jeti bot pulak dalam penyelengaraan sampai terdengar la rungutan pengunjung. Apa pun kalau pihak pengurusan letakkan pegawai supaya pengunjung yang sudah membeli tiket tahu giliran untuk naik bot dan bukan hanya menunggu tekong turun dari bot dan melepaskan pengunjung untuk menaiki bot.


Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung MingguMemang seronok dapat menaiki bot ni dengan tiupan angin dan pemandangan hijau, perghh asyik dengan jarak ke pulau tu hanya kira-kira 300 meter jadi korang boleh la berenang..hehe.  Aishh jangan buat hal ya sebab rasanya memang tidak dibenarkan berenang

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu
sumber GoogleTerdapat tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah, laluan pejalan kaki yang meliputi keseluruhan taman, rumah tradisional Perak, dataran warisan, wakaf terapung, gerbang warisan, menara pandang jauh, surau serta tandas. Selain dari itu terdapat ladang rusa dan burung dan pelbagai spesis  dan air terjun buatan tertinggi di Malaysia yang cukup menarik untuk bergambar.  Pengunjung juga boleh memberi makan kepada ikan-ikan di tasik yang mengandungi pelbagai spesis ikan ari tawar
Bayaran menaiki bot : RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak dan warga emas

Setiba kami di jeti kat seberang tu, kami sekeluarga dan satu keluarga lagi bersepakat untuk tidak turun ke pulau memandangkan ramai sungguh orang selain kami perlu mengejar masa untuk ke destinasi seterusnya selepas makan tengahhari.  Mungkin lain kali kami akan luangkan masa untuk ke sini lagi

Nak tahu lebih lanjut boleh jengah ke link di bawah
https://peraktoday.com.my/2018/01/keindahan-tersembunyi-di-taman-rekreasi-gunung-lang/https://www.orangperak.com/taman-rekreasi-gunung-lang.html
Waktu operasi bot
Isnin hingga Khamis : 8 pagi hingga 6 petang
Jumaat : 8 pagi hingga 12 tengahhari
Sabtu - Ahad dan cuti umum : 830 pagi hingga 6 petang


Terima kasih tak terhingga kepada Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club yang sudi menaja penginapan, makan dan lawatan ke lokasi yang cukup menarik ni.  Sepertimana saya jatuh cinta dengan hotel ni, korang pun pasti akan jatuh hati. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2019/12/ipoh-menjadi-destinasi-pilihan-hujung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ujian Asap Pada Hujung Minggu

Ujian Asap Pada Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 423 hits
Tiba tiba petang semalam mendapat informasi mengenai satu ujian yang akan diadakan Ujian yang dinamakan Ujian Asap kepada Ujian Penerimaan Pengguna untuk subjek CBO itu akan diadakan pada hari ini Tedi dan kawan kawan terpaksa turun padang ...
Layan Selera Anak Di Hujung Minggu Sosej Roll Cheese Buat Anak Makan Sampai Licin

Layan Selera Anak Di Hujung Minggu Sosej Roll Cheese Buat Anak Makan Sampai Licin

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 655 hits
Melihat anak anak kecil kita yang sedang membesar makan berselera pastinya membuatkan kita merasa gembira Terasa nikmatnya bila air tangan ibu dihargai malah paling penting perut anak kenyang dengan masakan kita Itulah kepuasan bagi seorang...
Lepak Ipoh Hujung Tahun

Lepak Ipoh Hujung Tahun

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 850 hits
dah bertahun aku plan nak pergi ipoh akhirnya sampai juga aku plan pergi sorang sebenarnya entah macammana masa aku buat list tempat menarik tasya whatsapp aku dari situ dia tahu aku akan ke ipoh dan dia kata nak follow sekali bagi aku ipoh...
Mendikbud Nadiem Ingin Indonesia Menjadi Destinasi Produksi Film Internasional

Mendikbud Nadiem Ingin Indonesia Menjadi Destinasi Produksi Film Internasional

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 193 hits
Nadiem mencontohkan salah satu film hollywood yaitu Eat Pray Love yang mengambil syuting di Bali Film yang dirilis dan dibintangi aktris Julia Roberts ini menurut Nadiem berdampak banyak bagi Indonesia salah satunya ekonomi
Sekolah Tun Fatimah 200104 Lawatan Hujung Minggu

Sekolah Tun Fatimah 200104 Lawatan Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 487 hits
Sekolah Tun Fatimah 200104 Lawatan Hujung Minggu Singgah jap sini lepas jemaat Makan nasi kukus kat kafe samil borak borak Leh tahan juga tanggungjawab iqa tahun ni Laksanakan sebaiknya Tetiba ada kucen oren cam leman datang ke meja Layan a...
Bekas Adun Pilihan Umno Sabah Untuk Prk Kimanis

Bekas Adun Pilihan Umno Sabah Untuk Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 428 hits
Bung Moktar Radin umum calon Umno Sabah di pejabat parti itu di Kimanis hari ini KIMANIS Umno hari ini mengesahkan bekas Adun Bongawan Mohamad Alamin calonnya untuk pilihan raya kecil Kimanis 18 Jan ini Ketua Umno Kimanis itu disebut sebut ...
Lebih Banyak Pilihan Lebih Murah Di Hsa Cheaper Mart

Lebih Banyak Pilihan Lebih Murah Di Hsa Cheaper Mart

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 635 hits
Hello pembaca kesayangan Kali ini Misz ella nak kongsikan tentang produk keluaran tempatan iaitu produk Sherwanis keluaran syarikat HSA Trading Capital Berhad Baru baru ini Misz ella blogspot com telah diundang untuk sessi perkongsian bersa...
Tony Roma S Rib Rib Holiday Pilihan Menu Sesuai Seisi Keluarga

Tony Roma S Rib Rib Holiday Pilihan Menu Sesuai Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 323 hits
Korang ada tak satu tempat atau restoran favourite korang yang korang akan ulang kali pergi lagi especially bila ada special occassion Untuk aku Hilmi kitorang suka ke Tony Roma s So masa zaman zaman dating dengan dia dulu rajin la dia bawa...
Tok Pa Pilihan Terbaik Sebab Menteri Pendidikan Kuota Bersatu

Tok Pa Pilihan Terbaik Sebab Menteri Pendidikan Kuota Bersatu

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 329 hits
BERITAAdun Ayer Lanas Mustapa Mohamed dilihat sebagai pilihan terbaik mengisi kekosongan jawatan menteri pendidikan selepas Dr Maszlee Malik mengundurkan diri Pengerusi Majlis Profesor Negara Shamsul Amri Baharuddin berkata ini memandangkan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp