Lepak Ipoh Hujung Tahun
dah bertahun aku plan nak pergi ipoh, akhirnya sampai juga! aku plan pergi sorang sebenarnya. entah macammana masa aku buat list tempat menarik, tasya whatsapp aku. dari situ dia tahu aku akan ke ipoh dan dia kata nak follow sekali. bagi aku ipoh banyak je tempat menarik, tapi sebab tasya bukan sejenis suka benda remeh. percutian aku ke ipoh sama seperti jalan - jalan kl tempoh hari.
kenapa ipoh? sebab ipoh rare dengan 'pembangunan' musik indie. ha gitu. banyak tempat aku tak pergi. sedih weyh. aku kenal tasya dia jenis, kalau tak famous dia tak pergi. macam k-clique. masa aku tidur rumah dia tahun lepas dua tahun lepas macam tu. aku bagi dia dengar lagu k-clique, mana dia layan weyh. hahahha. bila orang dah letops baru dia kejar. geram aku! eiii.
aku ke ipoh dengan menaiki ETS gold. perjalanan pergi dan balik RM72.
tak ada katil ya. aku rasa yang katil tu bila perjalanan jauh contohnya ke johor ke. 3jam je tak sempat nak pejam mata dah sampai. aku amik perjalanan siang sebab aku berharap sesampainya aku disana, aku dah boleh check in dan rehat. bukan lagi berpeleseran tak ada tempat nak duduk. 3 jam tu dah buat bontot aku kematu. ni first time naik ETS dan buat tempahan sendiri. banyak baca google je weyh. sebelum ni pergi legoland naik ETS orang yang buat. kita tinggal naik je. hahhaa.
Bermalam di Grayhouse Hotel
dekat ipoh banyak hotel boek. tapi sebab aku nak cut cost, aku ambil harga yang biasa - biasa. lagipun datang ipoh bukan nak lepak bilik, kami nak jalan je. hotel yang aku pilih ni ala - ala guest house. selesa? okay je. ada beberapa pilihan bilik. yang aku pilih ni memang muat - muat macam korang tengok dalam gambar. ada bilik yang siap ada ruang berteleku golek - golek. harga lebih la.
percutian aku banyak menggunakan booking.com, alhamdulillah belum pernah mengalami apa - apa masalah. kali ini cara nak check in semua self service. admin whatsapp tu akan bagi full direction, senang faham. kalau nak tanya apa - apa laju je reply. hotel ni memang betul - betul sebelah jalan. kalau baca feedback dalam booking.com macam banyak negatif.
antaranya; bising sebab sebelah jalan besar. aku okay je. takde la bising pun. elok je tidur weyh. lepastu ada yang kata bilik sempit. kau bayar rm10 expect bilik besar gajah ke. halah - halah. malas komen rakyat melesia ni weyh.
dekat bilik cuma disediakan hair dryer sahaja. macammana nak iron baju? ada bilik disediakan di tingkat bawah. ada coffee 3in1, ada tempat masak air, ada tempat iron. not bad at all. berbaloi dengan harga. lepas check in, jam 3 lebih aku dan tasya makan tengahari. lapar weyh.
Ipoh Hainan Chicken Rice
port makan tengahari kami disini. ni kali kedua aku dapat makan ipoh hainan chicken rice. kalau tengok menu murah je.
pilihan makanan kami ialah:
roasted hainan chicken rice x 2,
deep fried tauhu with oyster sauce
lay chee kang x 1
white coffee x 1
untuk dua orang makan rm43.40. okay lah kan? datang sini memang nak makan. hahahhaha. so tak boleh berkira bab makan kan.
sumber: googlelepas makan tenghari, kami pulang semula ke hotel untuk berehat setelah menempuh perjalanan yang panjang. pejam mata sampai pukul 8 malam. malam lepak mana? gerbang malam je. gerbang malam ni macam 'uptown' tapi tak ada jual makanan ya. aku beli tudung je dekat sini untuk dipakai esok hari.
Hangout @ Ipoh
masa ni tak tahu lah nak makan dekat mana, sebab dah lapar. sekali 'terserempak' dengan hangout. okay jugak lepak sini, tak ramai orang. ada beberapa pilihan menu makanan. macam biasa lah, reti makan nasi dengan tomyam je. hahhahahahhaa. port lepak lama - lama pun okay juga sebab lawa. cuma kalau hujan masak la siapa yang bersidai dekat atas 'truck'. makanan sedap dan murah.
sumber: facebook.com/hangout.ipoh
nak tahu benda kelakar? hari kedua di ipoh cadangnya nak makan di miker food. kami jalan kaki dari grayhaus ke miker food dengan rasa yang sia - sia weyh. 1km ++ dan hasilnya full house! malam kedua makan di hangout@ipoh lagi sekali tapi menu beza. hahahhaha. sumpah aku takkan pergi miker food. aku ingat restorang tu besar. rupanya T_T . hambarudin. okay bai.
Suhaimi Cafe
sarapan pagi kami letaknya di suhaimi cafe. baca review not bad. aku order mi kari dan tasya roti benggali kari ayam. air pula coklat panas dan tasya minum ape eh. lupa. sory guys.
mi kari dia sedap. berbaloi lah harga sarapan aku di suhaimi cafe rm5 weyh. cuma kena beratur untuk dapatkan meja. kalau nasib baik, barisan pendek. kalau masa korang datang, barisan panjang. beratur la sampai lebam. walaupun ramai orang, servis laju. cuma staf macam malas nak alert bila ada pelanggan baru masuk. dia macam malas nak ambil order. hahhaa. tapi bila dia dah ambil order, dia okay je sebenarnya. makanan pun laju je siap.
sarapan dekat sini memang tak sempat nak gosip. kesian dekat orang yang beratur tu. kita yang nak gosip pun rasa bersalah bila orang yang tengah beratur tu jeling - jeling sambil cakap dalam hati 'bila kome nak bangun?
hari kedua ni patutnya jadual pack. tapi sebab ada dua tempat dah dibuang dari senarai. jadi kami memang lenggok je la. takde benda yang nak dikejar.
Menara Jam Memorial Birch
perjalanan menuju ke plan b dari hotel kami, akan melalui menara jam memorial birch. jom baca serba sedikit tentang fakta menara jam ini. dibina dengan kos 25,000 pound sterling dibina pada tahun 1909sempena memperingati ulang tahun kematian ke 34 residen british perak yang pertama iaitu J.W.W Birch. maut ditangan pembesar melayu dalam kisah kebangkitan melayu perakdirasmikan oleh Residen British Perak ke-8; Sir Ernest Woodford Birch.mempunyai 1 jam besar berukuran 6 kaki x 6 inci serta 4 jam kecildisertakan sistem untuk dibunyikan sama seperti Menara Jam Big Ben di bangunan Parlimen di London.diletakkan 4 patung terakota yang mengambarkan 4 prinsip pentadbiran British iaitu Kesetiaan (digambarkan dengan patung yang memegang pedang dan perisai), Keadilan (digambarkan dengan patung buta yang memegang neraca), Kesabaran (digambarkan dengan patung yang tiada senjata) dan Ketabahan (digambarkan dengan patung dengan riak muka tenang dan memegang tombak).Terdapat juga panel yang mengambarkan figura pembangunan tamadun-tamadun dunia di keempat-empat sisi menara jam tersebut. Salah satu daripada 44 figura tersebut ialah imej Nabi Muhammad.Namun imej Nabi Muhammad itu telah dipudarkan dengan cat putih pada 1990-an setelah sekian lama mendapat bantahan bukan sahaja oleh penduduk beragama Islam di sekitar Ipoh, malah seluruh dunia yang marah dengan isu ini pada waktu itu. rujukan: https://www.orangperak.com/misteri-imej-pudar-di-menara-memorial-birch.html
Medan Selera Dato Sagor
Medan Selera Dato Sagorkalau perasan, menara jam ni letaknya berdekatan dengan medan selera dato sagor. kami cuma lalu sahaja. dekat google kata, petang - petangkat sini penuh orang meniaga. entahla. tak singgah sini pula petang.
sebelah menara jam ni terletaknya masjid ipoh. cantik masjid ni, cuma kami tak singgah sekadar tengok dari luar sahaja. heeee.
Masjid Ipoh
Masjid Ipoh
hotel yang aku pilih ni memang best sebab duduk ditengah - tengah pekan ipoh. nak gerak mana jalan kaki je. beberapa minit selepas melalui denai ranjau berduri, kami tiba di plan b. plan b ni antara lokasi menarik yang ditandai google sebagai tempat menarik untuk dikunjungi.
Book Xcess Ipoh
Plan B
lawa kalau nak buat photoshoot. sebab hipstur + bangunan lama. sebelum kamo teroka kawasan ini, aku terlihat book xcess. ni kedai buku yang aku nak pergi.
Book Xcess Kong Heng Ipoh
bukan nak beli buku pun. hahahha. sebab banyak buku bahasa inggeris je. aku cuma nak bergambar. book xcess merupakan sebuah bank pada tahun 1980an yang pernah sibuk dengan urusan perbankan. itu dulu. sekarang digantikan fungsi sebagai kedai buku yang sangat cantik. aku sempat merakam beberapa keping gambar sepanjang berada di dalam kedai buku tersebut. tapi tak semua yang aku letak dalam blog. sory guys.
dalam google mesti ada disebut tentang yasmin at kong heng. tapi tak tahu dekat mana. haha. rupanya ada dalam book xcess di tingkat bawah. turut menyediakan sebuah komputer yang menyimpan beberapa koleksi puisi yasmin.
Yasmin At Kong Heng
Yasmin At Kong Heng
ada beberapa bingkai gambar yang telah meletakkan kata - kata yasmin, boleh rujuk gambar.
disudut hujung, ada ruangan santai. paparan tentang yasmin atau filem yasmin, aku tak pasti. sebab masa tu ramai orang dalam tu, aku malas nak tunggu. keluar dari book xcess, kami berjalan sekitan plan b.
ada kedai bits & bobs yang menjual ais kepal ala ala zaman sekolah dulu. aku memang tak beli, sebab tak reti makan. hahahhahaha. aku makan kalau benda tu da cair, jadi dia bukan lagi sebagai ais kepal kan? so, malas makan. habis cerita.
Bits & Bobs
partner tiga hari dua malam
Time Tunnel
time tunnel ni apa?
Time Tunnelkesian aku masuk sini sorang je, tasya taknak masuk. dia tak minat. aku suka je benda benda macam ni. nostalgia kata kau. masuk sini tiket rm6 sahaja. kena naik atas. bawah tu ada jual - jual macam tembikar la apa lah, aku tak peduli sangat. jadi aku jelajah time tunnel seorang diri, dan gambar aku diambil oleh orang yang turut berada diatas bersama aku.
gambar tu takde dekat sini, aku akan letak diinstagram, stay tune. eh? hahahhaha sorry.
menggamit kenangan ah datang sini. kalau bawa dslr/ ada member sudi tangkapkan gambar mesti onz kan? ada lagi satu tingkat aku tak naik, sebab tinggal sorang - sorang. aku takut. sebab macam scary nak naik atas tu. aku bergegas turun lepas dah tangkap gambar. stesen seterusnya ialah minum petang di cafe yang sedang letop beberapa hari ni
Platform 9 1/2 Cafe
kalau korang nak tahu, cafe ni famous sebab menyerupai filem harry potter. ramai yang datang sini sebab nak bergambar ala - ala harry potter. aku tak suggest pun minuman dia. sama macam air dekat pasar tapi sebab cafe harganya jadi mahal. lagipun standart la kan harga cafe. aku tak komen harga sangat, cuma menu agak terhad. dekat sini boleh lepak lama takde orang halau. tu je.
selepas bergosip di ruangan atas cafe, aku dan tasya bergambar di sudut ruangan ini. ada beberapa lagi gambar dalam telefon, tapi aku letak satu je dalam blog. nanti semak banyak - banyak.
selepas habis bergambar, aku dan tasya lepak di mall yang berdekatan hotel. mula - mula lepak mall yang hidup segan mati tak mahu. aku lupa terus apa nama dia. ha dah jumpa nama; kompleks yik foong ipoh. lepastu lepak ipoh parade. makan tengahari disini. makan makanan korea macam dekat shah alam tak de ye. ahahha.
waktu malam lepak balik dekat tempat semalam. gerbang malam. kebetulan masa ni ada konsert. tak lah mereput malam tu. ada samudera buat tour! band fevret ni weyh. zaman - zaman sekolah dulu selalu dengar. walaupun vokalis dah takde, tapi suara vokalis ganti bolehtahan nice.
Selamat Pulangakhirnya 3hari 2malam dah pun berakhir. terima kasih ipoh mengembalikan nostalgia yang tak pernah wujud. sebenarnya banyak lagi lokasi aku tak pergi. aku nak cari art. tapi tak sempat tak ada masa tak ada kereta. ah entah. semoga jumpa lagi ipoh!
Jumlah belanjawan sepanjang di ipoh selama 3hari 2malam. tiket erl : rm72
hotel grayhaus : rm79 (x2)
jumlah : rm151
ipoh hainan chicken rice (makan tengahari) : rm 21.70
hangout (makan malam) : rm21
suhaimi cafe (sarapan) : rm8.90
ipoh parade (makan tengahari: rm16.10
cafe platform (minum petang) : rm7.50
hangout (makan malam) : rm18
mamak (sarapan) : rm3
jumlah : rm96.20
grab : rm37
rm151+rm96.20+rm37
jumlah keseluruhan: rm284.20
terima kasih tasya untuk susah senang selama 6tahun dengan aku. korban masa untuk aku. terima kasih. semoga tuhan sentiasa menjaga kau. semoga ada banyak lagi tempat kita teroka sama - sama berdua. sayangg kau.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2020/01/lepak-ipoh-hujung-tahun.html