Percaya Diri Dijangkiti Covid 19 Lelaki Bunuh Diri Nak Elak Keluarganya Dari Berjangkit Disahkan Hanya Demam Biasa
Seorang lelaki di India mengambil keputusan untuk menggantung diri sendiri setelah menyangka dirinya dijangkiti Covid-19 semata-mata mahu melindungi keluarganya daripada penyakit berkenaan.
Mangsa yang berusia 50 tahun sebelum itu yang mengalami demam sejak beberapa hari telah mengunjungi sebuah hospital tempatan untuk menerima rawatan dan disahkan hanya mengidap demam biasa.
Doktor juga memaklumkan bahawa hanya terdapat tiga kes postif Covid-19 di India dan semua bukan dari tempat mangsa berasal.
Menurut laporan Dailymail, mangsa yang pulang ke rumah kemudian menjadi bimbang setelah menonton beberapa rakaman video mengenai penyakit Covid-19 yang sudah membunuh lebih daripada 1000 orang itu.
Akibat daripada menonton video-video berkenaan, mangsa dikatakan mula menganggap demam yang dialaminya bukan demam biasa sebaliknya berpunca daripada virus tersebut.
Mangsa juga dilaporkan tidak membenarkan ahli keluarga mendekatinya, sehingga sanggup membaling batu supaya mereka menjauhinya.
”Ayah saya kerap menonton video-video mengenai Covid-19 dan mula berpendapat bahawa dirinya turut menjadi mangsa.
”Dia mula menyerang kami setiap kali kami cuba mendekatinya untuk memberitahu dia tidak dijangkiti penyakit tersebut,” kata anaknya.
Pada hari kejadian, mangsa dikatakan telah mengurung ahli keluarga sendiri di dalam rumah sebelum bertindak menggantung diri berdekatan kubur mendiang ibunya.
Tindakan mangsa kemudian disedari oleh isterinya, namun sudah terlambat biarpun mendapat bantuan jiran untuk membantu membebaskan mereka dari kurungan di dalam rumah.
Menurut anak mangsa, mereka ada menghubungi talian bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan mengadu mengenai keadaan yang dialami ayahnya.
”Tetapi mereka hanya memberitahu bahawa saya tidak perlu risau sekiranya ayah saya tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China dan menasihati saya supaya cuba menenangkan ayah saya.
”Ayah saya mungkin masih hidup sekiranya mereka memberi respon lebih baik dari awal,” katanya.
Sumber: Dailymail
The post Percaya Diri Dijangkiti Covid-19, Lelaki Bunuh Diri Nak Elak Keluarganya Dari Berjangkit Disahkan Hanya Demam Biasa appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/percaya-diri-dijangkiti-covid-19-lelaki-bunuh-diri-nak-elak-keluarganya-dari-berjangkit-disahkan-hanya-demam-biasa/