Percanggahan Mkn Dan Menteri Pengajian Tinggi Punca Balik Kampung



Bagi mengatasi penyebaran virus Covid-19, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan arahan membataskan pergerakan orang ramai namun hal bertentangan berlaku apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi seolah-olah tidak faham arahan yang diberikan.
Siswa institut pengajian tinggi, antara mereka yang keluar tergesa-gesa pulang ke kampung.
Menurut para penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) pergerakan beramai-ramai itu tercetus apabila pihak keluar pekeliling universiti memaklumkan perintah kepada pelajar yang tinggal di kampus supaya mengosongkan bilik asrama mereka dan pulang ke rumah pada hari yang sama.
Majlis Keselamatan Negara melalui makluman soalan lazim (FAQ) sekitar jam 2 petang semalam kemudian memerintahkan semua pelajar universiti untuk pulang ke rumah masing-masing.
“Semua pelajar IPT awam dan swasta perlu diarahkan kembali ke kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
“Pelajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal dalam tempoh ini,” kata FAQ itu dipetik Malaysiakini.
Sekitar jam 3 petang semalam, media sosial kecoh dengan laporan para pelajar antara orang ramai yang berpusu-pusu di Terminal Bas Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, menunggu bas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Ini meski pun kerajaan telah menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan lebih 50 orang.
Walaupun pakar perubatan telah memberi amaran terdapat risiko terhadap kesihatan awam apabila siswa universiti pulang ke kampung beramai-ramai, pihak berkuasa mengambil masa untuk bertindak balas.
Doktor pakar pernafasan Helmy Haja Mydin membuat hantaran di Twitter berkata:
“Saya pasti kawan-kawan saya di (Kementerian Kesihatan cukup terkejut ibarat) ‘sedang hantuk kepala ke dinding’.
“Jumlah (jangkitan pesakit) akan bertambah. Dengan mendadak. Masa untuk bersiap untuk krisis katil (pesakit) dan lebih banyak kematian,” kicaunya tadi malam.
Pada jam 5.30 petang semalam Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad membuat hantaran di laman Facebook peribadinya, menggesa pelajar agar tidak terburu-buru pulang ke rumah.
“Tindakan pulang tergesa-gesa dikhuatiri akan mengeruhkan keadaan dan mahasiswa akan lebih terdedah kepada wabak jika tidak melalui pamantauan yang rapi.
“Saya meminta supaya pihak Institut Pengajian Tinggi menyediakan penempatan sementara kepada para pelajar yang menghadapi kekangan untuk pulang ke kampung halaman.
“Saya juga meminta pihak Institut Pengajian Tinggi untuk memastikan pelajar mendapat akses makanan melalui kafeteria,” kata beliau.
MKN kemudian menyemak semula arahan terdahulunya pada jam 7.30 malam semalam dan mengeluarkan perintah baru.
“Pelajar mempunyai pilihan untuk pulang ke tempat, negara asal atau terus berada di dalam kampus masing-masing,” katanya pada FAQ yang kedua.
Noraini dikritik hebat netizen yang mendakwa kerajaan lambat bertindak balas dalam menyekat pergerakan beramai-ramai pelajar yang tidak perlu itu.
Bagimanapun, Noraini mempertahankan dirinya malam tadi menjelaskan pada situasi sebegini semua arahan datang daripada MKN, manakala semua menteri, kecuali Kementerian Kesihatan perlu mengelakkan mengeluarkan kenyataan supaya orang ramai tidak terkeliru dengan pelbagai kenyataan.
Perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa sehingga 31 Mac depan.
Hanya tempat-tempat perkhidmatan awam dan swasta penting sahaja yang dibuka sepanjang tempoh kawalan itu, termasuklah pasaraya, pasar awam dan kedai serbaneka.
Semalam, Covid-19 meragut dua korban pertamanya di Malaysia, seorang paderi Kristian, 60 tahun di Sarawak dan seorang pemuda berusia 34 tahun di Johor Bahru yang ikut serta perhimpunan Tabligh di Sri Petaling baru-baru ini.
Jumlah jangkitan wabak Covid-19 di Malaysia setakat semalam meningkat kepada 673 kes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26747

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arahan Mkn Punca Siswa Berpusu Pusu Balik Kampung

Arahan Mkn Punca Siswa Berpusu Pusu Balik Kampung

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 442 hits
Perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara sepatutnya membataskan pergerakan orang ramai dalam usaha untuk mengekang penularan virus Covid 19 Bagaimanapun hal bertentangan sama sekali telah berlaku sebelum perint...
Covid 19 Jangan Balik Kampung Kekal Di Mana Anda Berada Pakar

Covid 19 Jangan Balik Kampung Kekal Di Mana Anda Berada Pakar

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR Jangan balik kampung kekal di kawasan masing masing Ini pesan ahli Pasukan Petugas COVID 19 Selangor Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman kepada rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan perintah kawalan pergerakan bermula 18 Ma...
Jangan Panik Balik Ke Kampung Kekal Berada Di Tempat Masing Masing Untuk Elak Covid 19 Lebih Parah

Jangan Panik Balik Ke Kampung Kekal Berada Di Tempat Masing Masing Untuk Elak Covid 19 Lebih Parah

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 298 hits
Orang ramai diingatkan untuk tidak tergesa gesa pulang ke kampung sebaliknya kekal berada di tempat tinggal masing masing Ahli Pasukan Petugas Covid 19 Selangor Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata seluruh rakyat Malaysia yang kini sed...
Covid 19 Pakar Jangan Balik Kampung Usah Pergi Bercuti

Covid 19 Pakar Jangan Balik Kampung Usah Pergi Bercuti

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 679 hits
Tindakan balik kampung atau bercuti dalam negeri untuk tempoh dua minggu ke depan hanya akan menggagalkan langkah kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan Covid 19 kata pakar Pakar kawalan penyakit berj...
Bekas Perdana Menteri Ke 4 Ke 7 Tepis Tuduhan Punca Ph Jatuh

Bekas Perdana Menteri Ke 4 Ke 7 Tepis Tuduhan Punca Ph Jatuh

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 363 hits
Politik negara kita akhirnya jumpa jalan keluar selepas Agong telah memutuskan untuk melantik Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang sekaligus menjadikan Perikatan Nasional yang terdiri dari BERSATU UMNO PAS MCA dan MIC berjaya menum...
Kementerian Pengajian Tinggi Bakal Diwujudkan Semula

Kementerian Pengajian Tinggi Bakal Diwujudkan Semula

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 283 hits
Menerusi persidangan media yang berlangsung hari ini oleh Perdana Menteri ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi bakal diwujudkan semula pada penggal ini Menurut Perdana Menteri KPT akan dapat me...
Notify Police First Before Balik Kampung Says Top Cop

Notify Police First Before Balik Kampung Says Top Cop

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 225 hits
Inspector General of Police Abdul Hamid Bador says police will discourage those going on holidays to restrict travel and spread of the virus KUALA LUMPUR Top cop Abdul Hamid Bador has asked those travelling interstate to notify the police b...
Pelajar Universiti Dilarang Balik Kampung

Pelajar Universiti Dilarang Balik Kampung

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 1417 hits
Pelajar universiti awam dan institut pengajian tinggi swasta yang masih berada di kampus atau kediaman peribadi termasuk pelajar antarabangsa dilarang pulang ke kampung halaman atau negara asal sepanjang perintah kawalan pergerakan Perkara ...
Kalau Ada Ahli Keluarga Sakit Tenat Kematian Sahaja Dibenarkan Balik Kampung Kalau Tiada Tak Dibenarkan

Kalau Ada Ahli Keluarga Sakit Tenat Kematian Sahaja Dibenarkan Balik Kampung Kalau Tiada Tak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 517 hits
Hari ini merupakan hari ke 4 Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan kerajaan Mungkin ada yang terlepas pandang mengenai larangan rentas negeri yang dilakukan kerajaan sepanjang tempoh ini Ayuh sama sama kita fahami pergerakan rentas neg...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs