Arahan Mkn Punca Siswa Berpusu Pusu Balik Kampung


Zikri Kamarulzaman & Aidila Razak




Perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepatutnya membataskan pergerakan orang ramai dalam usaha untuk mengekang penularan virus Covid-19.

Bagaimanapun, hal bertentangan sama sekali telah berlaku sebelum perintah itu berkuatkuasa tengah malam tadi, apabila orang ramai berpusu-pusu menyerbu stesen bas dan balai polis bagi mendapatkan permit keluar daerah untuk pulang ke kampung.

Siswa institut pengajian tinggi, antara mereka yang keluar beramai-ramai secara tergesa-gesa untuk pulang ke kampung.

Bagi para penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) pergerakan beramai-ramai itu tercetus apabila pihak keluar pekeliling universiti memaklumkan perintah kepada pelajar yang tinggal di kampus supaya mengosongkan bilik asrama mereka dan pulang ke rumah pada hari yang sama.

 Sekitar jam 3 petang semalam, media sosial kecoh dengan laporan para pelajar antara orang ramai yang berpusu-pusu di Terminal Bas Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, menunggu bas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.



Ini meski pun kerajaan telah menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan lebih 50 orang.

Walaupun pakar perubatan telah memberi amaran terdapat risiko terhadap kesihatan awam apabila siswa universiti pulang ke kampung beramai-ramai, pihak berkuasa mengambil masa untuk bertindak balas.

Doktor pakar pernafasan Helmy Haja Mydin membuat hantaran di Twitter berkata:

"Saya pasti kawan-kawan saya di (Kementerian Kesihatan cukup terkejut ibarat) 'sedang hantuk kepala ke dinding'.

"Jumlah (jangkitan pesakit) akan bertambah. Dengan mendadak. Masa untuk bersiap untuk krisis katil (pesakit) dan lebih banyak kematian," kicaunya tadi malam.

Majlis Keselamatan Negara melalui makluman soalan lazim (FAQ) sekitar jam 2 petang semalam kemudian memerintahkan semua pelajar universiti untuk pulang ke rumah masing-masing

"Semua pelajar IPT awam dan swasta perlu diarahkan kembali ke kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

"Pelajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal dalam tempoh ini," kata FAQ itu. 

Pada jam 5.30 petang semalam Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad membuat hantaran di laman Facebook peribadinya, menggesa pelajar agar tidak terburu-buru pulang ke rumah

"Tindakan pulang tergesa-gesa dikhuatiri akan mengeruhkan keadaan dan mahasiswa akan lebih terdedah kepada wabak jika tidak melalui pamantauan yang rapi.

"Saya meminta supaya pihak Institut Pengajian Tinggi menyediakan penempatan sementara kepada para pelajar yang menghadapi kekangan untuk pulang ke kampung halaman.

"Saya juga meminta pihak Institut Pengajian Tinggi untuk memastikan pelajar mendapat akses makanan melalui kafeteria," kata beliau.

MKN kemudian menyemak semula arahan terdahulunya pada jam 7.30 malam semalam dan mengeluarkan perintah baru.

"Pelajar mempunyai pilihan untuk pulang ke tempat, negara asal atau terus berada di dalam kampus masing-masing," katanya pada FAQ yang kedua.

Noraini dikritik hebat netizen yang mendakwa kerajaan lambat bertindak balas dalam menyekat pergerakan beramai-ramai pelajar yang tidak perlu itu.

Bagimanapun, Noraini mempertahankan dirinya malam tadi menjelaskan pada situasi sebegini semua arahan datang daripada MKN, manakala semua menteri, kecuali Kementerian Kesihatan perlu mengelakkan mengeluarkan kenyataan supaya orang ramai tidak terkeliru dengan pelbagai kenyataan

Perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa sehingga 31 Mac depan.

Hanya tempat-tempat perkhidmatan awam dan swasta penting sahaja yang dibuka sepanjang tempoh kawalan itu, termasuklah pasaraya, pasar awam dan kedai serbaneka.

Semalam, Covid-19 meragut dua korban pertamanya di Malaysia, seorang paderi Kristian, 60 tahun di Sarawak dan seorang pemuda berusia 34 tahun di Johor Bahru yang ikut serta perhimpunan Tabligh di Sri Petaling baru-baru ini.

Jumlah jangkitan wabak Covid-19 di Malaysia setakat semalam meningkat kepada 673 kes.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/arahan-mkn-punca-siswa-berpusu-pusu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percanggahan Mkn Dan Menteri Pengajian Tinggi Punca Balik Kampung

Percanggahan Mkn Dan Menteri Pengajian Tinggi Punca Balik Kampung

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 292 hits
Bagi mengatasi penyebaran virus Covid 19 Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan arahan membataskan pergerakan orang ramai namun hal bertentangan berlaku apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi seolah olah tidak faham arahan yang di...
Maklum Pada Polis Jika Nak Balik Kampung Gagal Patuhi Arahan Hukuman Penjara Menanti

Maklum Pada Polis Jika Nak Balik Kampung Gagal Patuhi Arahan Hukuman Penjara Menanti

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 613 hits
Semalam pengumuman rasmi telah dibuat oleh perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa mulai 18 Mac hingga 31 Mac akan dijalankan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung gejala penularan COVID 19 Justeru orang ramai diminta untuk mem...
Arahan Mengisi Borang Ditarik Balik Sementara Waktu Kpn

Arahan Mengisi Borang Ditarik Balik Sementara Waktu Kpn

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 349 hits
Arahan untuk mendapatkan kebenaran jika orang ramai ingin ke negeri lain ditarik balik kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador Abdul Hamid berkata orang ramai yang berhasrat untuk mengadakan sebarang perjalanan antara negeri tidak...
Keadaan Tak Terkawal Arahan Isi Borang Rentas Negeri Di Tarik Balik

Keadaan Tak Terkawal Arahan Isi Borang Rentas Negeri Di Tarik Balik

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 307 hits
Selepas pengumuman yang dibuat oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai orang ramai perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan rentas negeri nampaknya orang ramai telah berpusu pusu ke balai p...
Pelajar Universiti Dilarang Balik Kampung

Pelajar Universiti Dilarang Balik Kampung

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 1417 hits
Pelajar universiti awam dan institut pengajian tinggi swasta yang masih berada di kampus atau kediaman peribadi termasuk pelajar antarabangsa dilarang pulang ke kampung halaman atau negara asal sepanjang perintah kawalan pergerakan Perkara ...
Balik Kampung Goer Positive For Covid 19 After Travelling From Jb To Kuantan Via Bus

Balik Kampung Goer Positive For Covid 19 After Travelling From Jb To Kuantan Via Bus

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 286 hits
The Kuantan Health Office is urging passengers who boarded that bus to contact them immediately Kuantan Health Office has confirmed that a person who travelled from Johor Bahru to Kuantan has tested positive for Covid 19 FMT reported It is ...
Pdrm Tarik Balik Arahan Perlu Kelulusan Polis Jika Ke Negeri Lain

Pdrm Tarik Balik Arahan Perlu Kelulusan Polis Jika Ke Negeri Lain

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 540 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia menarik balik arahan untuk orang ramai mendapatkan surat perlepasan untuk keluar ke negeri lain sebentar tadi Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata arahan itu dibuat selepas mendapati orang ...
Covid19 Jangan Ulangi Kesilapan Kesilapan Rakyat Italy Patuhi Arahan Mkn

Covid19 Jangan Ulangi Kesilapan Kesilapan Rakyat Italy Patuhi Arahan Mkn

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 380 hits
Di Italy dan banyak negara negara lain pada asalnya pihak kerajaan juga mengenakan KAWALAN PERGERAKAN seperti yang diumum PM kita pada malam tadi Malangnya pada peringkat awal ini ramai dikalangan mereka ambil mudah hal ini Kerajaan umum cu...
Jangan Panik Balik Ke Kampung Kekal Berada Di Tempat Masing Masing Untuk Elak Covid 19 Lebih Parah

Jangan Panik Balik Ke Kampung Kekal Berada Di Tempat Masing Masing Untuk Elak Covid 19 Lebih Parah

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 298 hits
Orang ramai diingatkan untuk tidak tergesa gesa pulang ke kampung sebaliknya kekal berada di tempat tinggal masing masing Ahli Pasukan Petugas Covid 19 Selangor Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata seluruh rakyat Malaysia yang kini sed...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation