Perbezaan Novel Coronavirus Dan Sars Coronavirus




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian? Kali ini aku nak kongsikan dengan anda satu fakta atau informasi berkenaan isu yang sedang hangat sekarang ini iaitu NOVEL CORONAVIRUS atau 2019 n-Cov. Rasanya ramai yang dah tahu dan mula panik dengan kes yang mengejutkan dunia ini. Malaysia turut tidak terkecuali apabila sudah mula ada rakyat yang dijangkiti dengan virus ini


Baiklah, disebabkan dah ramai yang kongsikan tentang punca dan apa itu virus 2019 n-Cov ini, jadi aku nak kongsikan sesuatu yang berbeza sedikit. Iaitu berkenaan dengan perbezaan antara virus Novel Coronavirus dengan Sars Coronavirus. Kedua-duanya merupakan adik beradik. Masih ingatkah anda ketika wabak SARS yang mula menyerang manusia pada tahun 2002? Ketika itu aku masih di darjah 1 ya.😎✌
PERBEZAAN NOVEL CORONAVIRUS DAN SARS CORONAVIRUS

Wabak pneumonia yang kecoh berlaku di Wuhan, China baru-baru ini telah disahkan puncanya. Ia disebabkan oleh sejenis virus baharu yang digelar sebagai novel coronavirus atau 2019 n-Cov. 
Pada peringkat awal, pakar menganggap coronavirus jenis baharu ini memiliki ciri yang hampir sama dengan sindrom pernafasan akut teruk atau SARS coronavirus. 
Walau bagaimanapun, setelah diteliti dengan lebih lanjut, kedua-dua virus ini sebenarnya memiliki beberapa perbezaan! Ingin ketahui apakah perbezaannya? Baca dengan lebih lanjut di bawah.

Artikel Berkaitan : [ Berapakah Kos Rawatan Penyakit-Penyakit di Malaysia? ]
1. LOKASI ASAL KEMUNCULAN VIRUS

Novel coronavirus (2019 n-Cov) mula menyerang ratusan penduduk yang menetap di Wuhan, China pada akhir tahun 2019

Simptom-simptom yang muncul seakan sama, dan menyerupai simptom pneumonia, iaitu kesesakan nafas, demam dan juga batuk

Menurut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sehingga 28 Januari 2020, terdapat lebih daripada 4,000 kes individu yang dijangkiti dengan virus ini. Ia dikesan di beberapa negara, seperti:
👉 China👉 Jepun👉 Korea Selatan👉 Thailand👉 Singapura👉 Amerika Syarikat👉 Malaysia
Daripada angka tersebut, 106 orang individu yang dijangkiti telah meninggal dunia. Kesemua korban yang meninggal dunia akibat virus ini berasal dari China

Manakala bagi SARS, ia pertama kali berlaku pada penghujung tahun 2002 di wilayah Guangdong, China.
Hampir sama dengan kes 2019 n-CoV ini, dunia bertindak agak lambat setelah berlakunya penyebaran SARS coronavirus

Kerajaan China lambat bertindak memaklumkan informasi berkenaan virus ini sebelum akhirnya melaporkan wabak SARS kepada WHO, dengan jumlah hampir 305 individu yang telah dijangkiti dan 5 daripadanya telah meninggal dunia

Pada tahun 2004, wabak SARS coronavirus mulai berkurang dan menghilang secara perlahan-lahan

Kerajaan dari negara-negara yang telah dijangkiti dengan wabak ini saling bertukar informasi perubatan bagi mengendali dan membanteras penularannya dengan lebih berkesan.

Artikel Berkaitan : [ 10 Langkah Menangani Stress dan Tekanan ]
2. PENYEBARAN VIRUS
Kedua-dua novel coronavirus dan SARS coronavirus mempunyai ciri yang sama iaitu ia berasal daripada haiwan

Novel coronavirus merebak dipercayai daripada ular, manakala SARS coronavirus pula merebak dari sejenis musang di bahagian selatan China. Namun persamaannya, kedua-duanya tersebar di kalangan manusia

Setakat ini, novel coronavirus dilaporkan sudah mampu berjangkit antara manusia dengan lebih cepat

Buktinya, lebih 4,000 individu telah dijangkiti dengan virus ini, walaupun mereka tidak bersentuhan secara langsung dengan haiwan atau ikan di bandar Wuhan, China

Akan tetapi, Center for Disease Control atau CDC menyatakan , mereka masih tidak pasti berkenaan proses penularannya, sama ada ia sama dengan SARS ataupun tidak. 
Untuk SARS coronavirus, proses penyebarannya telah dipastikan melalui air liur yang terkeluar ketika penghidap batuk atau bersin.
SARS coronavirus juga dapat merebak melalui permukaan atau benda yang telah disentuh oleh penghidap SARS atau yang telah dicemari dengan air liur mereka

3. PENINGKATAN RISIKO


Simptom novel coronavirus adalah lebih ringan berbanding daripada SARS. Menurut Bahagian Kesihatan Australia, simptom-simptom bagi novel coronavirus ini hampir menyerupai masalah pernafasan, seperti:
👉 Demam👉 Batuk👉 Sesak nafas👉 Kadar pernafasan yang lebih cepat👉 Sakit tekak👉 Selesema atau hidung berhingus
Selain itu, risiko kematian akibat novel coronavirus juga masih dianggap rendah berbanding SARS coronavirus

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh sekali-kali meremehkan serangan virus ini. Langkah berwaspada perlulah sentiasa dipertingkatkan. 
Untuk SARS pula, simptom-simptom yang berlaku adalah hampir serupa. Untuk simptom pada peringkat awal, penghidap SARS biasanya akan mengalami demam dengan suhu badan lebih daripada 38 darjah Celsius.
Kemudiannya, beberapa simptom lain akan muncul. contohnya:
👉 Batuk👉 Kesejukan sehingga menggigil👉 Flu👉 Sesak nafas👉 Sakit kepala👉 Cirit-birit
Walaupun SARS dianggap lebih bahaya jika dibandingkan dengan 2019 n-Cov kerana wabak SARS telah mengakibatkan lebih banyak kematian, namun, informasi mengenai novel coronavirus adalah masih sedikit. Maka, ia masih tidak boleh dipandang remeh.

Artikel Berkaitan : [ 10 Petua Kecilkan Liang Pori Di Muka Dengan Berkesan ]
Sumber  Rujukan : 
➤ Australian Government Department of Health. (2020). Novel coronavirus. Retrieved 22 January 2020, from https://www.health.gov.au/health-topics/novel-coronavirus#how-it-spreads ➤ Roxburgh, H. (2020). Here’s what scientists know so far about the ‘Novel Coronavirus’ from China. Retrieved 22 January 2020, from https://www.sciencealert.com/here-s-what-scientists-know-so-far-about-the-novel-coronavirus-from-china➤ World Health Organization. (2020). Novel Coronavirus (2019-nCoV): Situation Report-1. Retrieved 22 January 2020, from https://www.who.int/docs/default-source/coronaviruse/situation-reports/20200121-sitrep-1-2019-ncov.pdf
Sumber : Hello Doktor  | Medscape
Artikel ini adalah kerjasama bersama antara HelloDoktor.com dan Aerill Hassan. Segala maklumat dan informasi lebih lanjut boleh dilihat di laman web HelloDoktor.com 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2020/02/perbezaan-novel-coronavirus-dan-sars-coronavirus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Virus Novel Coronavirus Dan Langkah Pencegahannya

Virus Novel Coronavirus Dan Langkah Pencegahannya

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 592 hits
Virus Novel Coronavirus dan Langkah Pencegahannya Coronavirus adalah satu keluarga besar virus yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang meliputi demam selsema sehinggalah penyakit serius Penyakit seirus seperti Severe Acute Respiratory...
Novel Coronavirus

Novel Coronavirus

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 911 hits
O oo sekarang ini kita digemparkan dengan penularan jangkitan virus terbaru dari China iaitu Novel Coronavirus Virus yang dikenalpasti berasal dari Wuhan satu wilayah di China ini adalah virus dari keluarga Coronaviridae seperti SARS dan ME...
Novel Coronavirus Who Akui Ditahap Berbahaya

Novel Coronavirus Who Akui Ditahap Berbahaya

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 527 hits
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah dikritik dengan cara mereka mengendalikan wabak coronavirus yang melanda China dengan amaran bahawa risiko jangkitan wabak yang melanda peringkat serantau dan global adalah pada paras tertinggi Sangat ting...
Ringkasan Jangkitan Novel Coronavirus 2019 Ncov Yang Perlu Semua Ambil Tahu

Ringkasan Jangkitan Novel Coronavirus 2019 Ncov Yang Perlu Semua Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 680 hits
Seperti yang kita sedia maklum sekarang sedang heboh dengan isu penyebaran wabak Novel Coronavirus 2019 nCoV yang merbahaya yang dipercayai berasal dari Wuhan China Bermacam macam spekulasi dan andaian telah dibuat dek kerana takut akan vir...
Wabak Novel Coronavirus Kini Kecemasan Kesihatan Global 2020

Wabak Novel Coronavirus Kini Kecemasan Kesihatan Global 2020

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 598 hits
Wabak Novel Coronavirus Kini Kecemasan Kesihatan Global 2020Wabak Novel coronavirus kini kecemasan kesihatan global 2020 Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak 2019 nCoV sebagai PHEIC yang ke 6 dunia WHO isytihar koronavirus seb...
Status Terkini Novel Coronavirus Pertambahan 1 Kes Menjadikan 8 Kes Setakat Ini

Status Terkini Novel Coronavirus Pertambahan 1 Kes Menjadikan 8 Kes Setakat Ini

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 464 hits
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA SITUASI TERKINI JANGKITAN 2019 NOVEL CORONAVIRUS DI MALAYSIASTATUS TERKINI NOVEL CORONAVIRUSKementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa terdapat satu pertambahan kes positif 201...
Novel Coronavirus Hikmat Islam Haramkan Beberapa Perkara

Novel Coronavirus Hikmat Islam Haramkan Beberapa Perkara

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 330 hits
Oleh Nooreni Abu Bakar DUNGUN Wabak Novel Coronavirus yang sedang mengancam penduduk dunia sekarang menggambarkan kebenaran hikmat Islam mengharam dan menghalalkan beberapa perkara Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu Ustaz Jama...
Tanda Dan Cara Mencegah Jangkitan Novel Coronavirus

Tanda Dan Cara Mencegah Jangkitan Novel Coronavirus

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 657 hits
Tanda tanda dan langkah langkah melindungi diri daripada jangkitan Novel Coronavirus Coronavirus adalah salah satu keluarga besar virus yang lazimnya menjangkiti saluran pernafasan Ia merupakan virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari ...
Fakta Penting Novel Coronavirus Tanda Tanda Jangkitan Cara Mencegah Coronavirus

Fakta Penting Novel Coronavirus Tanda Tanda Jangkitan Cara Mencegah Coronavirus

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 1182 hits
Fakta Penting Novel Coronavirus Tanda tanda Jangkitan Cara Mencegah Coronavirus Assalamu alaikum Belum pun habis isu jangkitan virus Infleunza A kini kita harus berjaga jaga pula dengan
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang