Status Terkini Novel Coronavirus Pertambahan 1 Kes Menjadikan 8 Kes Setakat Ini


KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA SITUASI TERKINI JANGKITAN 2019 NOVEL CORONAVIRUS (2019-nCoV) DI MALAYSIA


STATUS TERKINI NOVEL CORONAVIRUS

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) pertambahan kes positif 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) di kalangan kontak rapat dilaporkan pada 30 Januari 2020. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV yang dilaporkan pada tahun 2020 sehingga hari ini adalah sebanyak lapan (8) kes; iaitu terdiri daripada tiga (3) kes yang sebelum ini dilaporkan dalam kalangan kes Patient-Under Investigation (PUI) jangkitan 2019-nCoV dan lima (5) kes yang sebelum ini dalam kalangan kontak rapat. Kesemua kes positif 2019-nCoV ini adalah terdiri daripada warganegara China.

Kes ke-8 terbaharu yang dilaporkan positif di kalangan kontak rapat ini adalah merupakan isteri kepada kes 2019-nCoV ke-7 yang sebelum ini telah dilaporkan di Johor pada 29 Januari 2020. Kes ke-8 ini adalah warganegara China berusia 49 tahun yang telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Permai, Johor dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Dari 10 Januari 2020 sehingga 29 Januari 2020, jumlah kumulatif kes PUI bagi jangkitan 2019-nCoV adalah 89 orang; di mana 44 orang adalah warganegara Malaysia, 42 orang warganegara China dan masing-masing satu (1) warganegara Jordan, Brazil dan Thailand. Tiga (3) kes PUI telah disahkan positif 2019-nCoV dan telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Permai (2) 2 dan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi (1). Manakala itu, 81 kes PUI adalah negatif dan lima (5) masih menunggu keputusan makmal (Lampiran 1).

Sementara itu, seramai 32 orang kontak rapat kepada kes positif 2019-nCoV telah dikenalpasti dan kesemuanya telah diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan serta dipantau rapi oleh KKM. Daripada jumlah ini, seramai lima (5) kes daripada kontak rapat ini telah disahkan positif jangkitan 2019-nCoV dan telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh (4) dan Hospital Permai (1). Kesemua kes positif di kalangan kontak rapat ini berada dalam keadaan stabil. Manakala ujian makmal ke atas 27 kontak rapat lagi adalah didapati negatif jangkitan 2019-nCoV (Lampiran 1).




KKM sentiasa memastikan kesiapsiagaan dan respon terhadap wabak penyakit berjangkit dapat dilaksanakan dengan cepat dan baik. Kapasiti dan kapabiliti sedia ada dipertingkatkan bagi menangani kejadian jangkitan 2019-nCoV ini sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Selain itu juga, bagi memantapkan lagi aktiviti pengesanan kes yang disyaki, KKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah bekerjasama mengenalpasti pelajar atau pensyarah yang pulang bercuti dari negara China.

Mereka yang telah dikenalpasti akan diletakkan di bawah pemantauan di rumah (home surveillance) dan diberikan Kad Amaran Kesihatan dan Home Assessment Tool. Sekiranya mereka ini menunjukkan gejala, pelajar atau pensyarah ini akan dirujuk ke fasiliti kesihatan yang telah dikenalpasti dengan segera.

Selain itu, KKM bekerjasama erat dengan beberapa kementerian lain bagi membawa pulang 78 orang rakyat Malaysia yang bekerja di Wuhan, China. Semua mereka ini akan disaring, diambil sampel dan diletakkan di bawah pemantauan kesihatan selama 14 hari.



Sekiranya mereka menunjukkan gejala, mereka akan dirujuk ke hospital yang telah dikenalpasti dengan segera. Selain itu, orang awam dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan atau lawatan ke negara China di samping terus mengamalkan tahap kebersihan 3 yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, dan segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan ke negara China.

Maklumkan juga mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat. Semua pengamal perubatan, sama ada dari fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta hendaklah segera melaporkan kes-kes yang disyaki 2019-nCoV dengan menggunakan kaedah pelaporan sedia ada kepada KKM.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
30 Januari 2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dianarashid.com/2020/01/status-terkini-novel-coronavirus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Coronavirus 304 Kes Setakat

Coronavirus 304 Kes Setakat

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 422 hits
Jumlah kematian akibat wabak koronavirus baru di Hubei meningkat sebanyak 45 kes menjadikan jumlah keseluruhan 304 kes setakat Sabtu malam menurut laporan televisyen China Hubei di mana virus tersebut bermula mencatatkan 1 921 kes tambahan ...
Seorang Lagi Pelancong Dari Wuhan Positif Coronavirus Menjadikan Kes Ini Meningkat Kepada 4 Orang Di Malaysia

Seorang Lagi Pelancong Dari Wuhan Positif Coronavirus Menjadikan Kes Ini Meningkat Kepada 4 Orang Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 552 hits
Sumber gambar dari detikNewsNampaknya penularan virus ini begitu cepat sekali dalam masa 24 jam Malaysia telah terima seorang lagi pesakit yang positif dengan virus ini Bukan Malaysia sahaja Singapura juga turut meningkat Namun setakat ini ...
Kenyataan Akhbar Kpk 26 Januari 2020 Situasi Terkini Jangkitan Novel Coronavirus Di Malaysia

Kenyataan Akhbar Kpk 26 Januari 2020 Situasi Terkini Jangkitan Novel Coronavirus Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 505 hits
Kenyataan Akhbar KPK 26 Januari 2020 Situasi Terkini Jangkitan Novel Coronavirus di MalaysiaBY ON Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa sejak 10 Januari 2020 sehingga 26 Januari 2020 jam 12 00 tengah hari jumlah kumulatif ...
Coronavirus Singapura Sahkan Terkini 10 Kes Secara Keseluruhan

Coronavirus Singapura Sahkan Terkini 10 Kes Secara Keseluruhan

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 396 hits
Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan tiga lagi kes import jangkitan koronavirus Wuhan di negara itu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 10 kes Dalam makluman perkembangan terkini mengenainya kementerian itu menjelaskan baha...
Kes Wuhan Virus Atau 2019 Ncov Novel Coronavirus

Kes Wuhan Virus Atau 2019 Ncov Novel Coronavirus

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 664 hits
Kes Wuhan Virus Atau 2019 nCoV Novel Coronavirus Melalui satu terbitan berita dikatakan jangkitan virus telah meningkat lebih 500 kes setakat Januari 2020 17 kematian telah dilaporkan di China Sedikit info penting 2019 IICoV merupakan kelua...
Virus Novel Coronavirus Dan Langkah Pencegahannya

Virus Novel Coronavirus Dan Langkah Pencegahannya

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 610 hits
Virus Novel Coronavirus dan Langkah Pencegahannya Coronavirus adalah satu keluarga besar virus yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang meliputi demam selsema sehinggalah penyakit serius Penyakit seirus seperti Severe Acute Respiratory...
Novel Coronavirus Who Akui Ditahap Berbahaya

Novel Coronavirus Who Akui Ditahap Berbahaya

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 537 hits
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah dikritik dengan cara mereka mengendalikan wabak coronavirus yang melanda China dengan amaran bahawa risiko jangkitan wabak yang melanda peringkat serantau dan global adalah pada paras tertinggi Sangat ting...
Pahang Nafi Ada Satu Kes 2019 Novel Koronavirus

Pahang Nafi Ada Satu Kes 2019 Novel Koronavirus

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 450 hits
Kuantan Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Awang Ngah hari ini menafikan dakwaan terdapat satu jangkitan 2019 Novel Koronavirus yang dikatakan dirawat di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini Beliau berkata dakwaan ...
Novel Coronavirus Hikmat Islam Haramkan Beberapa Perkara

Novel Coronavirus Hikmat Islam Haramkan Beberapa Perkara

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 344 hits
Oleh Nooreni Abu Bakar DUNGUN Wabak Novel Coronavirus yang sedang mengancam penduduk dunia sekarang menggambarkan kebenaran hikmat Islam mengharam dan menghalalkan beberapa perkara Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu Ustaz Jama...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara