Perbezaan Ketara Cara Bn Memerintah Dengan Ph Najib


Saya nak mengulas sedikit tentang perbezaan cara memerintah masa BN dengan PH.
Dalam tempoh 9 tahun kerajaan BN semasa saya PM, kita ikhlas dan bekerja kuat untuk memajukan negara dan menambah kekayaan untuk semua lapisan rakyat.
Semasa kita berusaha, kita tidak pernah menyalahkan kerajaan di bawah PM terdahulu.
Bila ada masalah, kita perbetulkan. Kita tidak menuding jari.
Masalah legasi perjanjian penjana kuasa bebas (IPP) berat sebelah, kita selesaikan.
Masalah legasi sistem percukaian ketinggalan zaman, tidak telus dan tidak efficient dan menyebabkan ratusan bilion mengalir keluar dari Malaysia, kita gantikan.
Masalah legasi pembangunan tidak sama rata untuk pantai timur serta Sabah dan Sarawak, kita imbangkan.
Masalah legasi lebuhraya tol PLUS paling panjang di Malaysia dengan perjanjian berat sebelah dimilik oleh pihak swasta, kita beli balik dan letak di bawah kerajaan dan KWSP.
Masalah legasi FELDA tidak mendapat dana yang cukup untuk penanaman semula dan menjaga warga FELDA yang semakin lanjut usia, kita cari dana.
Masalah legasi kita sering gaduh dengan negara-negara lain, kita perbaiki hubungan.
Masalah legasi di mana jurang pendapatan terlalu besar, kita memperkenalkan sistem BR1M serta sistem bantuan yang lain untuk mengagihkan semula kekayaan negara kepada golongan B40.
Masalah legasi cukai kereta terlalu tinggi dan rakyat hanya mampu membeli kereta tempatan, kita hapuskan banyak cukai sepoert cukai import dan cukai jualan. Akibatnya, hari ini kita boleh tengok ramai yang sudah guna kereta pelbagai jenama di jalanraya.
Masalah legasi sistem pengangkutan awam tidak menjadi pilihan ramai, kita menambah baik.
Dan banyak lagi.
Kita buat kerja sahaja tanpa menyalahkan sesiapa ataupun memberi alasan faktor dunia.
Akibatnya, pertumbuhan ekonomi negara dan eksport pada tempoh 9 tahun ini adalah antara paling tinggi di dunia.
Kita tidak menipu rakyat dengan propaganda bahawa kita mahu kembalikan negara menjadi harimau asia semula.
Padahal, kita tidak pernah pun mendapat gelaran Harimau Asia.
Kebenarannya pula ialah dalam tempoh 9 tahun ini, kadar pertumbuhan ekonomi kita lebih tinggi berbanding keempat -empat negara yang diberi Harimau Asia iaitu Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan.
Pada tempoh itu, Malaysia diberi gelaran sebagai pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia iaitu “world’s longest running bull market.” sehingga kita capai tahap tertinggi pada awal bulan Mei sebelum PRU14.
https://www.bloomberg.com/…/malaysia-home-to-the-world-s-lo…
Indeks saham negara naik dari 800 mata pada masa saya mula menjadi PM sehingga hampir 1,900 mata sebelum PRU14.
Nilai pasaran saham meningkat dari RM600 bilion kiepada RM2 Trilion.
Kekayaan RM1.4 Trilion dibina pada masa itu dan jumlah besar dari kekayaan dikongsi dengan seluruh Rakyat.
Akibatnya, pada tempoh 9 tahun ini:
– Dana Tabung Haji naik dari RM21 bilion menjadi RM74 bilion
– Dana KWSP naik dari RM341 bilion ke RM841 bilion
– Nilai aset PNB naik dari RM120 bilion ke RM280 bilion
– KWAP naik dari RM52 bilion ke RM141 bilion.
– Aset bersih Petronas naik dari RM248 bilion ke RM438 bilion
– Khazanah naik dari RM34 bilion ke RM117 bilion
Tapi Raykat tak suka “world’s longest running bull market”
Ataupun pasaran saham yang sering mencipta rekod tahap tertinggi.
Raykat lebih suka “World’s worst share market” dan kekayaan dan pertumbuhan ekonomi yang menurun.
https://www.freemalaysiatoday.com/…/bursa-malaysia-keeps-m…/
Raykat lebih suka mendengar cerita-cerita dongeng seperti Malaysia dalam bahaya, hutang RM1 trilion, saya pembunuh Altantuya, saya menteri kewangan paling teruk, BN jual negara dan kita ke arah bankrap atau dijajah dari pihak PH yang kuat menghasut.
Sebenarnya, saya juga sedikit menyesal bahawa saya secara peribadi tidak menggunakan lebih banyak masa untuk menulis panjang-lebar seperti ini semasa saya PM supaya auta-auta dari PH disangkal dan diperbetulkan.
Tetapi pada masa itu, saya dan rakan-rakan kita di BN terlalu fokus untuk menjayakan Pelan Transformasi Negara yang kita rancangkan.
Akibatnya, kita tewas di PRU14 kerana ramai yang telah termakan fitnah bahawa Malaysia ke arah bankrap walaupun realiti ialah sebaliknya.
NAJIB RAZAK


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/04/16/perbezaan-ketara-cara-bn-memerintah-dengan-ph-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Ulas Perbezaan Bn Dengan Pakatan Harapan

Najib Ulas Perbezaan Bn Dengan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 481 hits
Saya nak mengulas sedikit tentang perbezaan cara memerintah masa BN dengan PH Dalam tempoh 9 tahun kerajaan BN semasa saya PM kita ikhlas dan bekerja kuat untuk memajukan negara dan menambah kekayaan untuk semua lapisan rakyat Semasa kita b...
Kes Src Najib Bicara Hari Ke 4 Bermula

Kes Src Najib Bicara Hari Ke 4 Bermula

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 739 hits
Diterbitkan Hari ini 8 51 pagi LANGSUNG Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak masuk hari keempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 32 pagi Najib Razak masuk ke bilik mahkamah dan duduk di tempat duduk awam Sementara menunggu...
Najib Zahid Tak Perlu Menonjol Ketika Umno Sedang Bangkit

Najib Zahid Tak Perlu Menonjol Ketika Umno Sedang Bangkit

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 305 hits
16 04 2019Tsunami patah balik orang Melayu kepada BN kerana meluatkan PHBANGI 10 Syaaban 1440H Selasa Tsunami patah balik orang Melayu kepada UMNO serta kebangkitan semula parti itu tidak seharusnya diganggu oleh bekas Perdana Menteri Datuk...
China Should Not Be Involved In Managing Ecrl Says Najib

China Should Not Be Involved In Managing Ecrl Says Najib

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 361 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak has criticised the stipulation in the renegotiated East Coast Rail Link deal for the China Communications Construction Company to form a joint venture with Malaysia Rail Link The suggestion for the Ch...
Rm Juta2 Masuk Akaun Ambank Najib Malu Apa Bosskuurr Kan Pas

Rm Juta2 Masuk Akaun Ambank Najib Malu Apa Bosskuurr Kan Pas

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 372 hits
Terdapat sekurang kurangnya 10 transaksi antara RM5 juta dan RM40 juta yang dikaitkan dengan akaun Ambank bekas perdana menteri Najib Razak SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd Transaksi berkenaan berlaku...
Kes Src Najib Transaksi Rm40 Juta Dan Rm5 Juta Dikesan Pegawai Bnm

Kes Src Najib Transaksi Rm40 Juta Dan Rm5 Juta Dikesan Pegawai Bnm

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 399 hits
Astro Awani Menurut pegawai penyiasat Bank Negara Azizul Adzani Abdul Ghafar transaksi tersebut antara Disember 2014 hingga Februari 2015 yang mana semua dokumen ini diperolehi ketika serbuan yang dibuat pada 6 Julai 2015 Foto Astro AWANI S...
Bursa Malaysia Naik Pangkat Kepada Bursa Paling Teruk Dalam Dunia Najib

Bursa Malaysia Naik Pangkat Kepada Bursa Paling Teruk Dalam Dunia Najib

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 415 hits
Semalam Bloomberg telah menaikkan pangkat Bursa Saham kita dari sole loser di Asia menjadi bursa paling teruk dalam dunia untuk tahun 2019 ini Bukan senang untuk menjadi nombor satu di dunia Tahniah kepada Menteri Kewayangan kita Bloomberg ...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Business With Limited Resources

Buasir Otak Tv Roblox Tob Tobi Tob Tob Tobi Tob Obby Live

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Feast O Tuan Chord

Ukays Azan Scan Keena Mentor Rina Eva Feat Aesar Mustafa Citarasa Kita Chord

Us S Pro Israel Stance Attracting More Critics Says Scholar

Hari Raya Bagi Saya Seorang Oku

Sentiment Of Malays Being Treated As Second Class Citizen Abounds In Mat Belon Dbkl Pre Raya Scuffle

Hati Yang Kering Dan Karat Apa Sebabnya