Perbezaan Di Antara Wajib Dan Fardhu




Soalan:
Apakah terdapat perbezaan di antara lafaz wajib dan juga fardhu ?
Jawapan:
Para ulama terbahagi kepada beberapa pendapat di dalam isu ini. Sebahagian mereka tidak membezakan di antara takrif keduanya. Ini bererti fardhu dan wajib adalah suatu yang sama. Manakala sebahagian lain membezakannya dari sudut pentakrifan dengan meletakkan ciri-ciri tertentu di antara keduanya. Berikut kami jelaskan secara lebih terperinci berkenaan hal ini.
Definisi Wajib Di Sisi Jumhur
Jumhur fuqaha yang kami maksudkan di sini adalah al-Malikiyyah, al-Syafieyyah, dan al-Hanabilah. Di sisi mereka, wajib dan fardhu adalah merupakan perkara yang sama dan tidak ada beza di antara keduanya dari sudut hukum dan makna. Kedua-duanya membawa maksud: Sesuatu yang mesti untuk dilakukan dan akan dikenakan hukuman terhadap sesiapa yang meninggalkannya.
Imam al-Subki Rahimahullah ketika mendefinisikan wajib berkata: Wajib adalah suatu yang dituntut untuk melakukannya secara jazam. Lihat Al-Ibhaj Syarh al-Minhaj, Al-Subki (1/52).
Manakala Imam al-Baidhawi mentakrifkan wajib sebagai: Sesuatu yang menyebabkan orang yang meninggalkannya secara sengaja akan dicela oleh syarak. Rujuk Al-Ibhaj Syarah al-Minhaj, al-Subki (1/51).
Definisi Wajib Di Sisi Hanafiyyah
Para fuqaha bermazhab Hanafi mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendefinisikan wajib. Salah seorang tokoh besar dari kalangan mereka iaitu Imam al-Kamal bin Humam Rahimahullah berkata: Sekiranya sesuatu tuntutan yang jazam itu datang secara zhanni maka ianya adalah wajib.
Ibn Ami Haj al-Hanafi ketika mengulas kenyataan Ibn Humam ini berkata: Ataupun tuntutan yang jazam itu datang secara zhanni dalalahnya dari al-Quran atau zhanni dari sudut tsubutnya daripada Sunnah atau Ijma’ maka itu adalah wajib. Lihat Al-Taqrir wa Al-Tahbir Fi ‘Ilm Al-Usul (2/107).
Berdasarkan kenyataan ini, dapat kita fahami bahawa wajib di sisi hanafiyyah adalah apa-apa yang syarak lazimkan kepada kita untuk melakukannya dan perintah itu datang secara zhanni dalalahnya atau zhanni al-thubut ataupun zhanni kedua-duanya. Iaitu apa-apa yang menyebabkan orang yang meninggalkannya berhak mendapat celaan daripada syarak sekiranya dia meninggalkannya dengan sengaja pada setiap masa.
Perbezaan Wajib Di Sisi Jumhur dan Al-Hanafiyyah
Bagi golongan Hanafiyyah, mereka membezakan di antara fardhu dan juga wajib dengan melihat dari sudut dalil datangnya sesuatu perintah. Sebagai contohnya, golongan hanafiyyah mengatakan bahawa hukum sembelihan korban adalah wajib. Ini kerana, perintah melakukannya datang dalam bentuk khabar ahad yang merupakan dalil zhanni.
Manakala, sekiranya perintah melakukan sesuatu perbuatan itu datang dari dalil yang qath’ie, maka amalan tersebut merupakan suatu yang fardhu. Sebagai contohnya, perintah menunaikan solat datang secara qath’ie, maka ia adalah fardhu di sisi mereka.
Maka Hanafiyah meneliti kepada dalil yang melazimkan sesuatu perbuatan. Maka mereka pun membahagikan di antara wajib dan juga fardhu. Manakala Jumhur fuqaha meneliti kepada keadaan perbuatan itu yang merupakan suatu tuntutan lazim kepada mukallaf, tanpa melihat dari sudut dalilnya sama ada ia qath’ie ataupun zhanni.
Berdasarkan perbezaan ini, terdapat athar atau kesannya di sisi Hanafiyyah. Kami nyatakan seperti berikut:
Kemestian (luzum) dalam melakukan perbuatan wajib lebih rendah kedudukannya berbanding kemestian melakukan perbuatan fardhu.
Hukuman meninggalkan yang fardhu jauh lebih besar berbanding hukuman meninggalkan perbuatan yang wajib.
Seseorang yang mengingkari perkara wajib tidak jatuh ke tahap kufur. Manakala sesiapa yang mengingkari perkara fardhu boleh menjadi kufur.
Kesimpulan
Akhir kalam, kami berpandangan bahawa khilaf yang berlaku di antara Jumhur dan Al-Hanafiyyah dalam isu ini hanyalah khilaf dari sudut penamaan lafaz dan bukannya khilaf yang hakiki. Satu kaedah masyhur disebutkan oleh para ulama:
لَا مُشَاحَة فِي الِاصْطِلَاحِ
Maksudnya: Tidak perlu saling bercanggahan dalam penamaan sesuatu istilah.
Ini kerana, kedua-duanya iaitu jumhur dan hanafiyyah bersepakat bahawa wajib dan fardhu merupakan tuntutan melakukan sesuatu perbuatan secara jazam dan sesiapa yang meninggalkannya berhak mendapat hukuman dan seksaan.
Kami berdoa semoga Allah S.W.T memberikan kemudahan kepada kita semua dalam memahami isu ini. Ameen.
muftiwp.gov.my



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/19/perbezaan-di-antara-wajib-dan-fardhu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbezaan Antara Migrain Dan Sakit Kepala Yang Perlu Anda Ketahui

Perbezaan Antara Migrain Dan Sakit Kepala Yang Perlu Anda Ketahui

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 384 hits
Migrain bukanlah penyakit yang mengancam nyawa tetapi cukup untuk membuatkan aktiviti seharian terganggu Satu dari tujuh orang mengalami sakit kepala akibat migrain setiap hari Perbezaan Antara Migrain Dan Sakit Kepala Yang Perlu Anda Ketah...
Perbezaan Antara Bertunang Dan Bercouple Dalam Islam

Perbezaan Antara Bertunang Dan Bercouple Dalam Islam

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 410 hits
Kita semua tahu bertunang itu ada dalam agama Tetapi kita kekadang lupa bahawa setiap urusan agama ada tujuan yang tersendiri Poligami sebagai contoh tidak boleh sewenang2nya dijadikan senjata kononnya sunnah lalu diambil sambil lewa sehing...
Sopir Truk Ditabrak Brigadir Sahri Di Cilandak Jadi Tahanan Luar Kena Wajib Lapor

Sopir Truk Ditabrak Brigadir Sahri Di Cilandak Jadi Tahanan Luar Kena Wajib Lapor

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 143 hits
Jadi bukan bebas Dia bisa tahanan luar karena ada alasan Ini orang rumahnya ada KTP nya ada kerja tetap rumah di situ nggak mengontrak Terus kesalahanya tidak fatal Penilaian polisi nggak mungkin dia melarikan diri jadi bisa tahanan luar ka...
7 Tanda Livermu Terserang Penyakit Perut Buncit Dan Kulit Menguning Tanpa Sebab Wajib Diwaspadai

7 Tanda Livermu Terserang Penyakit Perut Buncit Dan Kulit Menguning Tanpa Sebab Wajib Diwaspadai

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 451 hits
Hati atau liver merupakan organ tubuh yang memiliki banyak fungsi Akan sangat berakibat fatal untuk tubuh jika livermu terserang penyakit Jadi mengetahui tanda tanda kerusakan liver sangatlah diperlukan Berikut ini 7 tanda livermu tererang ...
Begini Loh Jurus Jago Jualan Yang Wajib Dipahami

Begini Loh Jurus Jago Jualan Yang Wajib Dipahami

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 239 hits
Di postingan ini kami akan ulas terkait dengan Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya income ta...
Penikmat Kopi Wajib Baca Kedai Kopi Ini Ada Sejak Jaman Kolonial

Penikmat Kopi Wajib Baca Kedai Kopi Ini Ada Sejak Jaman Kolonial

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 384 hits
Penikmat Kopi Wajib Baca Kedai Kopi Ini Ada Sejak Jaman Kolonial Dari sabang sampai merauke Indonesia ada beberapa kedai kopi yang masih mempertahankan ketenarannya Meski melewati zaman ke zaman keda kedai sederhana ini tetap menyajikan rac...
Mainan Yang Wajib Ada Di Dalam Rumah

Mainan Yang Wajib Ada Di Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 295 hits
MAINAN YANG WAJIB ADA DI RUMAH DAN PARA Mainan dan kanak kanak ni memang tak boleh dipisahkan tak semua mainan boleh The post appeared first on
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik