Perbezaan Antara Bertunang Dan Bercouple Dalam Islam



Kita semua tahu, bertunang itu ada dalam agama. Tetapi kita kekadang lupa, bahawa setiap urusan agama ada tujuan ( maqasid ) yang tersendiri. Poligami sebagai contoh, tidak boleh sewenang2nya dijadikan ‘senjata’ kononnya sunnah , lalu diambil sambil lewa sehingga mencetuskan pelbagai kes penganiayaan kepada wanita dan sebagainya.

Perbezaan Antara Bertunang Dan Bercouple Dalam Islam
Credit Pic : SUMBER
Bertunang juga begitu. Tujuan utamanya adalah untuk lebih mengenali antara satu sama lain, bukan sahaja dari segi individu tetapi juga dari segi keluarga. 

Perbezaan Antara Bertunang Dan Bercouple Dalam Islam 
Dan perhubungan ini WAJIB dikawal. Sebab itu, bila melibatkan keluarga, maka ia diharap menjadi satu garis sempadan yang boleh menjaga dan mengawal.

Dalam fatrah bertunang pula, sebaiknya peluang itu diguna sebaik mungkin untuk menyiapkan diri secara serius, membuat perbincangan2 berkaitan masa depan serta menguruskan hal ehwal perkahwinan. Begitu juga fatrah pertunangan sewajarnya dimanfaatkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara satu sama lain. 

Dari situ, ia akan memberi kesan yang positif secara bersama selepas perkahwinan nanti.Baik, sekarang kita perlu perbetulkan kembali tanggapan kita kepada pertunangan itu sendiri.

Cuba lihat sekeliling kita, berapa ramai manusia yang gagal membezakan antara bercouple dan bertunang?

Contoh situasi :

Keluar berduaan setiap minggu. Naik kereta bersama. Pergi shopping bersama. Makan bersama. Kemudian berpegangan tangan setiap kali berjumpa. Dekat facebook penuh dengan gambar berdua. Apabila ditanya, katanya : kami sudah bertunang. ( mak ayah pun bagi ).

Anda sudah memijak satu anak tangga menuju perkahwinan, tinggal masa untuk akad nikah sahaja lagi, alangkah sayangnya kalau anda masih tidak tahu apa itu pertunangan yang sebenarnya dalam Islam.


TUNANG ATAU COUPLE?Dalam dua entri lepas, saya menulis tentang couple. Kesimpulannya , couple itu tidak OK. Secara jelas, terang lagi bersuluh. Itu kalau benar2 mengikut garis panduan Islam ( Al-Quran / Sunnah ). Tetapi kalau ikut kitab keluaran barat, mungkin tidak.

Sekarang, saya tanyakan pula, apa beza situasi di atas ( bertunang ) dengan situasi yang saya bawakan dalam entri ‘saya couple, saya OK’ ?

Jawabnya, tiada beza. Sama sahaja. Dosanya sama. Maksiat yang sama. Tegahan yang sama. Haram yang sama.

Malangnya, hari ini ramai orang mengikat tali pertunangan, kemudian melakukan hal yang serupa sewaktu belum bertunang, atau hal2 yang kebiasaannya dilakukan oleh orang bercouple, kemudian menganggap itu sebagai ‘halal’.

Sebenarnya, dalam situasi sedemikian, anda sebenarnya tetap dikira sebagai bercouple. Pandangan anda kepada pasangan pada keadaan2 yang tidak diharuskan, tetap haram. 

Pegang tangan, tetap haram. Pakai wangi2 keluar dating, tetap haram, bergayut lama2 dan bercakap hal2 yang tidak berkaitan, tetap haram. Melakukan perkara2 yang boleh membawa mukaddimah zina, tetap haram. Walaupun ada telah diikat dengan tali pertunangan.

Jadi kena faham ; bertunang tidak menghalalkan sesuatu apa pun yang diharamkan sebelum bertunang.

Bertunang itu bagaimana? Ibaratnya, ada mengikat janji. Itu sahaja. Janji untuk berkahwin kiranya ada jodoh. Apabila telah ditunangkan, maka si perempuan tidak lagi boleh menerima pinangan dari orang lain.

Pada saya, bertunang sehingga 4,5 tahun bukan suatu perkara yang bagus. Itu pandangan saya. Bahkan kalau ada kawan2 yang bertanya pendapat tentang bertunang, saya akan nyatakan demikian. Usahlah bersyarah kepada saya tentang contoh si fulan dan si fulan yang ‘berjaya’ , tetapi tolong baca dengan mata hati segala kisah kegagalan sedia ada akibat dari pertunangan yang terlalu lama. 

Apa relevannya anda mengikat seorang wanita sehingga bertahun2, dalam keadaan anda tidak nampak jalan untuk mengahwininya?
Saya tidak menolak secara mutlak, dan tidak mengatakan boleh secara mutlak. Ia bergantung kepada situasi.

Cuma, kalau ditanya bertunang itu bagaimana, jawabnya seperti di atas. Tidak sesekali pertunangan itu menjadi lesen atau tiket untuk anda ringan2, keluar berdua2an atau bersentuhan. Jika itu anda lakukan, maka hukumnya tetap haram.

RealitiSedikit sangat yang benar2 mengikut ‘undang2′ ketika tempoh pertunangan. Rata2nya main redah sahaja. Pada saya, realiti ini sangat menyedihkan. Seperti yang saya sebutkan dalam bab kenapa couple tidak OK , sebab ia memberi kesan pada HATI, maka dalam bab pertunangan, juga begitu. Ia sangat memberi kesan pada HATI.

Anda mahu menuju sebuah perhubungan yang diredhai, lalu anda bertunang. Satu langkah yang murni telah anda mulakan. Tapi sayangnya, anda tidak benar2 menjaga hubungan tersebut sebagai satu amanah dari Allah. 

Apakah anda menyangka anda mampu menjaga amanah Allah selepas berkahwin, sedangkan sebelum berkahwin anda tidak pernah mahu menjaganya? Tepuk dada, tanya iman.

NasihatAda orang bertanya kepada saya tentang pertunangan. Dirinya sudah diikat agak lama, tetapi si lelaki nampaknya tidak serius dan tidak bersedia. Tambah menyedihkan, sebarang usaha ke arah perkahwinan juga tidak kelihatan. Malah kelihatannya agak ‘selesa’ dengan perhubungan seperti itu.

Saya katakan begini. Apabila anda berada dalam fatrah pertunangan, sewajarnya anda mampu berbincang dan saling menguatkan demi mencapai matlamat yang telah diletakkan , iaitu pernikahan. Justeru, sebarang kelemahan perlu dikenalpasti dan seboleh mungkin cuba diatasi. Jangan biarkan diri anda ibarat digantung tak bertali.

Apatah lagi, dalam kes2 sebegini, biasanya terdapat lelaki yang tidak serius pun dengan pertunangan, sebaliknya masih gemar mencari pasangan lain dalam diam. 

Mereka tidak suka berusaha keras ke arah perkahwinan, sebaliknya lebih selesa dengan perhubungan tanpa tekanan. Pada saya, ini menggambarkan keadaan mereka yang masih tidak bersedia memikul tanggungjawab dan masih gemar bermain2.

Kalau setahun hingga 3 tahun, mungkin boleh bertahan lagi. Tetapi kalau menjangkau 4 tahun atau lebih, dan keadaan itu masih berterusan, sebaiknya buatlah keputusan. Samada mahu meneruskan pertunangan dengan target yang jelas, atau mohon dilepaskan supaya dapat memberi peluang kepada yang lain.

Memang benar, situasi yang kerap berlaku adalah ; si perempuan sudah bersedia, tetapi si lelaki pula yang tidak ‘gentle’. Ini masalahnya. So, anda lelaki, kenalah buktikan kelelakian anda !!

Kesimpulan1- Bertunang tidak sama dengan bercouple , kerana pertunangan itu sebahagian dari syariat Islam yang mempunyai maqasid tersendiri.

2- Bertunang boleh menjadi sama dengan bercouple, terutama dalam bab dosa pahalanya, iaitu apabila masing2 tidak menjaga batas yang telah digariskan oleh syara’.

3- Dalam bab hubungan lelaki dan perempuan ( ikhtilat ) , tiada pendapat yang syadid mahupun tidak syadid, secara dasarnya. Ini kerana kesemua pendapat tetap merujuk kepada nas Al-Quran dan Sunnah, yang mana meletakkan garis panduan yang jelas dan terang.

4- Method menyatakan larangan, menegah, mencegah dan sebagainya boleh menjadi penentu penerimaan orang yang mendengar. Ada orang boleh terima dengan cara direct, ada orang perlu dipujuk, ada orang perlu berkias dan sebagainya.

5- Lafaz akad nikah adalah satu2nya cara yang boleh menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan, manakala selain itu tidak ada.


SUMBER

Baca Juga : Kisah Kejujuran Seorang Pemuda Menemukan Cintanya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2019/08/perbezaan-antara-bertunang-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Doa Mustajab Di Hari Arafah Adalah Mendoakan Kaum Kapir Mendapat Hidayah Peluk Islam

Antara Doa Mustajab Di Hari Arafah Adalah Mendoakan Kaum Kapir Mendapat Hidayah Peluk Islam

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 621 hits
Ia bermula dengan akhlak Islam seperti AMANAH bijaksana berhemah SEBAGAI imej awal yang menarik PERHATIAN bukan Islam Ia harus bermula dengan bekerjasama bukannya bermusuhan Tanganinya dan berhadapan secara fakta dan kebenaran dan bukannya ...
Perbezaan Di Antara Wajib Dan Fardhu

Perbezaan Di Antara Wajib Dan Fardhu

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 247 hits
Soalan Apakah terdapat perbezaan di antara lafaz wajib dan juga fardhu Jawapan Para ulama terbahagi kepada beberapa pendapat di dalam isu ini Sebahagian mereka tidak membezakan di antara takrif keduanya Ini bererti fardhu dan wajib adalah s...
Antara Sebab Sebab Setiap Pelancong Islam Mesti Menginap Di Eid Guesthouse Seoul

Antara Sebab Sebab Setiap Pelancong Islam Mesti Menginap Di Eid Guesthouse Seoul

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 382 hits
Anda mungkin pernah mendengar restoran Korea halal di Seoul mereka baru baru ini menubuhkan sebuah rumah tumpangan yang memenuhi keperluan pelancong Muslim Berikut adalah 6 sebab untuk meyakinkan anda mengapa rumah tamu Eid sesuai untuk pen...
Langkah Biadap Speaker Pada Sultan Dan Agama Islam Disokong Adun Dap Selangor

Langkah Biadap Speaker Pada Sultan Dan Agama Islam Disokong Adun Dap Selangor

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 994 hits
Langkah speaker Selangor menghalang pindaan Enekmen berkaitan dengan Islam adalah sebenarnya menunjukkan wajah sebenar DAP yang sememangnya tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan malah mereka bukan tidak mengetahui bahawa p...
Aibkan Suami Pastu Gelak Macam Hantu Peminat Izzue Islam Bengang Isteri Conteng Muka

Aibkan Suami Pastu Gelak Macam Hantu Peminat Izzue Islam Bengang Isteri Conteng Muka

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 801 hits
Gara gara video gurauan isteri Izzue Islam yang menconteng muka semasa Izzue sedang tidur isteri penyanyi dan pelakon itu dikecam oleh peminat dan netizen di laman media sosial BACA 6 Tahun Berkahwin Tiada Anak Izzue Islam Kecewa Dituduh Ma...
4 Exco Bukan Islam Mengadap Sultan Selangor Hari Ini

4 Exco Bukan Islam Mengadap Sultan Selangor Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 339 hits
Empat Exco bukan Islam kerajaan Selangor hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini kira kira pukul 11 pagi Empat exco berkenaan adalah Datuk Teng Chang Khim V Ganabatirau Hee Loy Sian ...
Sokong Pasar Mini Bani Jawi Milik Bumiputera Islam

Sokong Pasar Mini Bani Jawi Milik Bumiputera Islam

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 641 hits
Assalamualaikum w t b Nama kedai BJ Mini mart Diuruskan oleh Syarikat Mofi Equity Sdn BhdAlamat No 28 Arked Niaga Bandar Puteri Jaya 08000 Sg Petani KedahBarangan Niaga Memerlukan pelbagai produk barangan keluaran Bumiputera Kategori 1 Maka...
Dap Bertaring Bantah Ruu Islam S Ngor Mana Suara Adun Islam Ph

Dap Bertaring Bantah Ruu Islam S Ngor Mana Suara Adun Islam Ph

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 396 hits
DAP kian bertaring BELUM pun reda kemelut isu tulisan Jawi dan Khat yang dibantah keras oleh sebahagian pemimpin DAP kita dikejutkan pula dengan gelagat DAP di Selangor yang membantah RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yan...
Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Islam Tahun 4

Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Islam Tahun 4

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 1289 hits
dan Salam Sejahtera semua saja nak kongsikan beberapa Bahan Bantu Mengajar atau pun Lembaran kerja yang ros sediakan sendiri untuk anak murid ros mengikut tahap mereka Antara tajuk yg terkandung adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini y...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids