Langkah Biadap Speaker Pada Sultan Dan Agama Islam Disokong Adun Dap Selangor




Langkah speaker Selangor menghalang pindaan Enekmen berkaitan dengan Islam adalah sebenarnya menunjukkan wajah sebenar DAP yang sememangnya tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan. malah mereka bukan tidak mengetahui bahawa perkara berkaitan dengan Islam adalah dibawah kuasa dan perkenan Sultan Selangor.
Tindakan Speaker DAP berkenaan bukanlah satu langkah peribadi kerana semua Adun DAP Selangor menyatakan sakongan pada kepada Speaker malah telah berikrar akan menghalang kerana terdapat ura – ura bahawa Ng bakal disingkirkan. Berikut adalah laporan daripada portal pro pembangkang yang kini kerajaan turut mengesahkan perkara tersebut.
Adun DAP ikrar halang cubaan singkir speaker S’gor
Wakil rakyat DAP berikrar akan mempertahankan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim yang didakwa cuba disingkirkan, dengan menyifatkan beliau menjalankan tugas dengan baik.
Ng disifatkan mempertaruhkan kedudukannya untuk berpegang pada prinsip apabila menangguhkan persidangan sebelum rang undang-undang penukaran agama kepada Islam secara sepihak dibentangkan.
“Speaker membuat langkah yang berani.
“Ini kerana dia tahu rang undang-undang itu boleh menyebabkan kekacauan, jadi dia mengorbankan dirinya dan mengambil risiko untuk memastikan rang undang-undang itu tidak dibentangkan,” kata sumber yang enggan namanya didedahkan kepada Malaysiakini.
Iklan
Sumber berkata, Ng menggunakan “cara bijak dan sah” untuk menghalang rang undang-undang itu dibentangkan.
“Adun DAP akan mempertahankan dia (Ng), kerana dia bertindak demi kepentingan masyarakat dan semua kumpulan etnik.
“Kita boleh kata dia tidak mementingkan diri sendiri. Dia tahu perbuatannya boleh menyebabkan menteri besar (Amirudin Shari) kurang senang, tetapi dia berani untuk meneruskannya,” katanya.
Pemimpin DAP Selangor yang lain, seperti timbalan pengerusinya, Ean Yong Hian Wah dan naib ketuanya, V Ganabathirau, enggan mengulas.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa menteri besar Selangor cuba menggesa pindaan kepada enakmen negeri terhadap penukaran agama kanak-kanak di bawah umur.
Ketika ini, enakmen itu menyatakan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran “ibu dan bapa” sebelum memeluk Islam. Pindaan itu bagi mengubahnya kepada “ibu atau bapa”.
Rang undang-undang berkenaan dikatakan mendapat sokongan istana atas saranan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Ng dikatakan enggan menandatangani dokumen yang akan membenarkan rang undang-undang pindaan enakmen itu dibentangkan dan menangguhkan persidangan.
Malaysiakini diberitahu bahawa sehari selepas itu, Amirudin mengadakan mesyuarat dengan semua Adun PKR dan seorang wakil rakyat Bersatu yang beragama Islam.
Salah satu agenda mesyuarat itu dikatakan adalah cadangan penyingkiran Ng sebagai speaker dewan.
Mengikut perlembagaan negeri, tidak ada klausa untuk menentukan dengan jelas bagaimana speaker dapat disingkirkan secara sah.
Fasal (2) Seksyen 71 perlembagaan hanya menyenaraikan empat syarat di mana speaker boleh meletakkan jawatan dan mengosongkan jawatannya, iaitu: Ketika dewan legislatif pertama kali bersidang setelah pilihan raya umum; Apabila dia berhenti menjadi anggota dewan; Apabila dibatalkan kelayakan di bawah Fasal (3A) di mana speaker terlibat dalam menggunakan jawatan untuk meraih keuntungan, korporat atau perniagaan; Sekiranya diputuskan oleh dewan. Dalam situasi ini, sesuatu usul dapat diluluskan dengan sokongan sekurang-kurangnya separuh daripada wakil rakyat untuk menyingkirkan speaker.
Sumber DAP juga mengatakan bahawa pihak yang ingin menyingkirkan Ng sebagai speaker tidak dapat sokongan myang mencukupi.
Bagaimanapun, dua anggota PKR iaitu Juwairiya Zulkifli (Bukit Melawati) dan Azmizam Zaman Huri (Pelabuhan Klang) menafikan sebarang cubaan untuk menyingkirkan Ng.
Malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/08/halang-pindaan-enakmen-berkaitan-islam-adun-dap-dan-speaker-biadap-pada-sultan-dan-agama-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Exco Bukan Islam Mengadap Sultan Selangor Hari Ini

4 Exco Bukan Islam Mengadap Sultan Selangor Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 356 hits
Empat Exco bukan Islam kerajaan Selangor hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini kira kira pukul 11 pagi Empat exco berkenaan adalah Datuk Teng Chang Khim V Ganabatirau Hee Loy Sian ...
Adun Islam Di Selangor Diajak Sokong Mb

Adun Islam Di Selangor Diajak Sokong Mb

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 293 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari foto NOOREEZA HASHIM KUALA LUMPUR Pemuda Pas Selangor menyeru agar seluruh Ahli ahli Dewan Undangan Negeri itu yang beragama Islam menyokong pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Timbalan Ketua Pemuda...
Apakah Mb Selangor Akan Tunduk Pada Allah Dan Rasulnya Serta Sultan Selangor Atau Kepada Dap

Apakah Mb Selangor Akan Tunduk Pada Allah Dan Rasulnya Serta Sultan Selangor Atau Kepada Dap

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 595 hits
Laman blog nie ada siarkan tulisan mengenai tindakan Speaker DUN Selangor Ng Sue Limm yang menangguhkan persidangan DUN Selangor yang baru saja bersidang selama 2 hari tanpa memberikan apa apa alasan yang munasabah Sumber mengatakan tindaka...
Adun Dap Ikrar Halang Cubaan Singkir Speaker S Gor

Adun Dap Ikrar Halang Cubaan Singkir Speaker S Gor

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 228 hits
Diterbitkan Hari ini 9 43 malamWakil rakyat DAP berikrar akan mempertahankan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Ng Suee Lim yang didakwa cuba disingkirkan dengan menyifatkan beliau menjalankan tugas dengan baik Ng disifatkan mempertaruh...
Dap Bertaring Bantah Ruu Islam S Ngor Mana Suara Adun Islam Ph

Dap Bertaring Bantah Ruu Islam S Ngor Mana Suara Adun Islam Ph

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 427 hits
DAP kian bertaring BELUM pun reda kemelut isu tulisan Jawi dan Khat yang dibantah keras oleh sebahagian pemimpin DAP kita dikejutkan pula dengan gelagat DAP di Selangor yang membantah RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yan...
Dap Rep Vows To Defend Selangor Speaker Against Ouster Attempts

Dap Rep Vows To Defend Selangor Speaker Against Ouster Attempts

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 384 hits
Following Selangor Legislative Assembly speaker Ng Suee Lim s alleged role in blocking an attempt to introduce a unilateral conversion bill a PKR faction floated the idea of removing him However a DAP lawmaker promised that the party will d...
Kemelut Mb Selangor Dengan Dap Tak Mampu Ditutup Lagi

Kemelut Mb Selangor Dengan Dap Tak Mampu Ditutup Lagi

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 284 hits
SHAH ALAM 3 Ogos Selepas UMNO dan Pas Dewan Pemuda Ikatan Negeri Selangor pula tampil bersuara mengenai pergolakan dalaman Pakatan Harapan negeri yang menyaksikan wujudnya pertembungan antara Menteri Besar Amirudin Shari dengan DAP Ketuanya...
Kaduk Naik Junjung Cacing Naik Ke Mata Inilah Yg Telah Dap Lakukan Di Dun Selangor

Kaduk Naik Junjung Cacing Naik Ke Mata Inilah Yg Telah Dap Lakukan Di Dun Selangor

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 472 hits
Cacing naik ke mata Sejarah baru tercatat di DUN Selangor baru baru ini manisfistasi dari Malaysia baru acuan PH Speaker memendekkan tempoh masa perbahasan tanpa berbincang dengan kerajaan negeri dengan alasan tersirat untuk menghalang Exco...
Adun Ijok Dapat Sokongan Majoriti Ganti Amirudin Jadi Mb Selangor

Adun Ijok Dapat Sokongan Majoriti Ganti Amirudin Jadi Mb Selangor

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 438 hits
Sumber yang dekat dengan PKR berkata pihak yang merancang menggulingkan Amirudin Shari mendakwa mempunyai majoriti mencukupi untuk mengangkat Adun Ijok Idris Ahmad sebagai menteri besar Selangor Setakat ini Idris cukup sokongan untuk diangk...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua