Perap Adunan Lama Baru Tart Telur Makin Rapuh Sedap Lagi Berlemak


Menikmati tart telur ketika waktu panas dengan secawan kopi tak terungkap rasanya. Rasa manis, rangup dan lembut bergabung membuatkan suapan terasa cukup nikmat.
Nak beli mahal, apa kata untuk anak-anak di rumah, mama cuba sediakan sahaja untuk seisi keluarga. Jimat lagi sedap. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ariana Sofia Ahmad ini. Memang rapuh!

Hari pertama PKP, saya nak share resepi tart telur. Ni cara saya buat tart telur.
Resepi Tart Telur
2 biji kuning telur ( kuning sahaja)
260g tepung gandum
150g butter
50g gula kastor
1sk esen vanila
4 biji telur gred B
170g susu pekat manis
210ml susu segar
1sk esen vanila
1sk pewarna kuning
1 1/2 sudu besar tepung kastard

Untuk buat kulit tart, mula-mula gaul@kaup balik butter dan gula hingga sebati. Bila dah sebati masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau bagi sebati.

Lepas tu masukkan tepung gandum dan kacau sebati.

Dah gaul dengan spatula, adunan jadi macam ni. Sambung gaul dengan tangan supaya betul-betul sebati.

Lepas tu wrap bekas dan simpan dalam peti ais selama 20-30 minit supaya tart lebih rapuh bila dimakan.

Lepas dah keluarkan dari peti ais, timbang anggaran 20g setiap acuan. Bergantung pada acuan yang digunakan juga. Kalau taknak timbang pun tak apa.

Lepas tu bulatkan macam ni supaya bila tekan dalam acuan lebih mudah.

Pastikan kulit tart tak nipis dan tebal sangat. Lebihan bahagian tepi kikis atau sisih dengan pisau atau tangan. Cucuk bahagian tengah dengan garfu supaya adunan telur melekat.

Over sangat cahaya. Lepas tu bakar 10-15 minit dengan suhu 140°c api atas bawah.
Cara Masa Filling Tart

 
Sementara tunggu kulit tart masak, masukkan telur dalam bekas. Pukul hingga kembang. Telur 4 biji ye, 1 biji lagi tertinggal tapi dah masukkan.
Lepas tu masukkan susu segar, susu pekat manis, esen vanila, pewarna kuning dan tepung kastard. Pukul hingga sebati. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan susu pekat manis.

Bila dah sebati macam ni. Tapis banyak kali sehinggalah putih-putih yang timbul tu tak ada.

Ok kulit tart dah masak. Biarkan sejuk sekejap. Lepas tu nak keluarkan kulit tart atau biarkan dalam acuan mana-mana pun boleh.

Kalau tak keluarkan kulit tart, terus tuang adunan telur tadi. Jangan tuang melebihi paras kulit, nanti bila dah masak tart susah untuk dikeluarkan.

Lepas tu sambung bakar 15-20 minit dengan suhu 140°c api atas bawah. Tart ni akan gelembung naik bahagian tengah bila dah nak masak.

Ok tart dah masak. Nanti gelembung manja tu akan surut.

Tadaaa. Dah siap. Pastikan tart sejuk dulu baru keluarkan dari acuan. Kalau keluarkan ketika panas-panas mudah rapuh.
Artikel berkaitan: Tart Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakery, First Time Buat Memang Tak Menyesal
Hokkaido Cheese Tart Leleh, Resipi Simple Senang Sangat Anak Buat

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Perap Adunan Lama, Baru Tart Telur Makin Rapuh, Sedap Lagi Berlemak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/perap-adunan-lama-baru-tart-telur-makin-rapuh-sedap-lagi-berlemak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ayam Perap Mayo Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Ayam Perap Mayo Sedap Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 415 hits
Resipi Ayam Perap Mayo perkongsian dari saudari Ezani Hana Syafniza ni nampak sangat mudah dan sedap Memang senang sahaja cara pembuatannya Pasti jadi kegemaran anak anak Maklumlah lauk berasaskan ayam ni budak budak memang suka Jadi jomlah...
Budaya Baru Umno Kini Lebih Terbuka Yang Belum Tu Harap Berubah Sebab Lama Kelamaan Akan Quyub

Budaya Baru Umno Kini Lebih Terbuka Yang Belum Tu Harap Berubah Sebab Lama Kelamaan Akan Quyub

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 247 hits
Meriahlah FB selepas ini dengan KC KC buat kenyataan media desak KB masing masing berundur
Petua Buat Ikan Masin Homemade Yang Sedap Tahan Lama Tak Hapak

Petua Buat Ikan Masin Homemade Yang Sedap Tahan Lama Tak Hapak

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 349 hits
Ikan Masin sesuai dimasak dengan pelbagai gaya hidangan Selain goreng ia boleh dimasak sambal acar gulai kari dan sebagainya Namun agak sukar untuk mendapatkan produk yang dihasilkan oleh orang Muslim Jadi untuk mengelakkan rasa was was pua...
Cara Blogger Memindahkan Blogspot Yang Sudah Lama Ke Akun Gmail Baru

Cara Blogger Memindahkan Blogspot Yang Sudah Lama Ke Akun Gmail Baru

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 191 hits
Cara Blogger Memindahkan Blogspot Yang Sudah Lama Ke Akun Gmail Baru Mudah koq untuk kamu memindahkan blog ke akun email yang menggunakan gmail lainnya karena fasilitas untuk melakukannya memang sudah tersedia di dalam blogspot itu sendiri ...
Resipi Sambal Tumis Bilis Legend Paling Sedap Air Tangan Orang Lama Superb

Resipi Sambal Tumis Bilis Legend Paling Sedap Air Tangan Orang Lama Superb

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 394 hits
Hambar rasanya bila menikmati nasi lemak dengan sambal yang kurang rasa dan kepedasannya Nak tahu cara masak sambal tumis legend yang sedap dan meletop macam dijual di kedai ini rahsianya Resipi superb lagi legend yang dikongsikan oleh ini ...
Spray Gold Mencantikkan Barang Yang Lama Jadi Baru

Spray Gold Mencantikkan Barang Yang Lama Jadi Baru

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 561 hits
hai assalammualaikum Spray Gold Mencantikkan Barang Yang Lama Jadi Baru Kalau dulu nad nampak barang tu buruk dah tak lawa macam tak boleh guna walaupun masih sempurna mesti terus buang sebab takda tempat nak letak Takkan nak semakkan rumah...
Resepi Sayur Kobis Telur Masak Sos Tiram

Resepi Sayur Kobis Telur Masak Sos Tiram

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 1024 hits
AssalamualaikumBismillahSebenarnya nama Resepi Sayur Kobis Telur Masak Sos Tiram aku reka sendiri saja hahaha Korang bolehlah ikut resepi paling mudah dan simple ini sepanjang PKP 2 0 Resepi yang aku selalu kongsi ini resepi bajet tau sebab...
Telur Masak Lomak Cili Api

Telur Masak Lomak Cili Api

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 324 hits
Assalamualaikum BARU perasan hari ini pageview blog telah mencapai lebih 14 Juta Maknanya sepanjang berblog sejak tahun 2009 jika blog ini adalah sebuah buku ia telah diselak lebih 14 juta kali Masih ingat tahun tahun awal berblog dulu nak ...
I M A Lucky Person Toh Puan Raghad Taib Makin Bahagia Ada Orang Orang Ini Dalam Hidupnya

I M A Lucky Person Toh Puan Raghad Taib Makin Bahagia Ada Orang Orang Ini Dalam Hidupnya

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 1529 hits
Rupa paras yang jelita dengan penampilan serba elegan merupakan kelebihan luar biasa isteri TYT Yang di Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib Sejak berumah tangga dengan Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud s...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran