Dap Bersekongkol Dengan Umno Kerana Mahu Sekat Pengaruh Parti Islam Hadi


agendaily.com09/01/2023
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Langkah DAP yang sanggup bersekongkol dengan UMNO adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh parti Islam yang berjaya memenangi kerusi banyak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata DAP ternyata bimbang dengan kebangkitan parti Islam tersebut apabila menjadi pemenang terbanyak pada PRU-15 sehingga terpaksa mengenepikan prinsip mereka untuk bekerjasama dengan UMNO walaupun sudah bermusuh sejak sekian lama.

“Tidak menghairankan juga berlaku penubuhan kerajaan di luar tabii demokrasi pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana PAS berjaya mendapat jumlah kerusi terbesar.

“Walaupun PAS telah berusaha bersama dalam Perikatan Nasional (PN) daripada pelbagai parti yang tidak ekstrem untuk menubuhkan kerajaan campuran mengikut prosesnya tanpa PAS menjadi pemimpin utama,” katanya dalam tulisan terbaharu di Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu kekal dengan pendirian, DAP masih sebuah parti yang menentang Islam dan terpaksa menutup mulut mereka daripada mengkritik kerana sudah menjalinkan kerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan diperingkat Persekutuan.

“Maka, PAS tidak merasa hairan kerana mendapat tentangan daripada parti seperti DAP dan lain-lain parti, yang nyata ideologinya menentang Islam walaupun kini bertukar nadanya kepada tidak bersuara secara terang-terangan. Hal ini disebabkan mereka sudah berjaya mengadakan pasukan baharu, daripada kalangan rakan-rakan berwajah Islam yang berwalikannya.

“Mereka itu laksana kayu bersama mata kapak bagi menebang pokok besar, mengambil pendekatan menipu dengan segala cara, seperti melaksanakan amar ma‘ruf secara terpilih dan menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran yang nyata,” katanya lagi.

Katanya lagi, parti politik berkenaan juga kini bergabung dengan kumpulan liberal daripada segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan media, tanpa batas akhlak dan halal haram.

Katanya, semua itu dilakukan demi mencukupkan jumlah sokongan yang dapat menghalang pengaruh Islam dalam kerajaan, walaupun mereka berlindung sementara waktu sebalik Islam dalam perlembagaan mengikut tafsiran salah oleh mereka yang buta al-Quran.

“Gabungan itu juga turut diikut serta kluster mahkamah dan mereka yang sedang menunggu perbicaraan kerana kes rasuah berskala besar, termasuklah kesalahan lain yang bersedia dengan umpan untuk diselamatkan,” katanya.

Untuk rekod, PAS muncul parti paling banyak memenangi kerusi Parlimen sebanyak 49 kerusi, diikuti DAP tempat kedua sebanyak 40 kerusi dan PKR juga 40 kerusi.

Bagaimanapun, tindakan UMNO memilih untuk bersama Pakatan Harapan (PH) dan DAP menyebabkan PAS terlepas peluang untuk membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/dap-bersekongkol-dengan-umno-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Agihan Awal Kerusi Antara Umno Dap Pkr Amanah Selesai

Prn Agihan Awal Kerusi Antara Umno Dap Pkr Amanah Selesai

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 270 hits
agendaily com30 12 2022UMNO akan bekerjasama dengan DAP PKR dan AMANAH menghadapi PRN di enam negeri tahun depan UMNO serta Barisan Nasional dan gabungan parti dalam Pakatan Harapan PKR DAP AMANAH dikatakan masih berunding agihan kerusi unt...
Dakwaan Tubuh Parti Baharu Berniat Jahat Kata Adun Umno Sabah

Dakwaan Tubuh Parti Baharu Berniat Jahat Kata Adun Umno Sabah

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 220 hits
FMT Reporters Shahelmey Yahya Jasnih Daya James Ratib Yusuf Yacob dan Arsad Bistari menafikan mereka akan menubuhkan parti baharu jika ditunjukkan jalan keluar oleh Umno Sabah PETALING JAYA ADUN Tanjung Keramat Shahelmey Yahya menyangkal da...
Siapa Nak Undi Umno Lagi Jika Dah Bergabung Dengan Anwar Dap

Siapa Nak Undi Umno Lagi Jika Dah Bergabung Dengan Anwar Dap

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 271 hits
agendaily com29 12 2022Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz kerap mengeluarkan pendapat kritikal terhadap UMNO dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faizal Ismail A...
Umno Sedang Cuba Bersihkan Imej Dap Pada Mata Bangsa Melayu

Umno Sedang Cuba Bersihkan Imej Dap Pada Mata Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 239 hits
agendaily com31 12 2022Dilema Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membersihkan imej DAP pada pandangan bangsa Melayu Walau bagaimana pemimpin politik Melayu cuba untuk membersihkan imej DAP sebuah parti yang bimbang Islam ment...
Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 318 hits
agendaily com03 01 2023Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Sokongan orang Melayu berkemungkinan akan beralih daripada UMNO kepada Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri dalam beberapa bulan akan datang menurut Timba...
No Anwar No Dap Hantui Ph Umno Hadapi Prn Enam Negeri

No Anwar No Dap Hantui Ph Umno Hadapi Prn Enam Negeri

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 326 hits
agendaily com06 01 2023PH dan BN wajar berasa bimbang melihat kepada gelombang hijau pada PRU 15 lalu kata Ketua Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung Perkahwinan antara P...
Kecewa Usaha Bertahun Tahun Tak Dihargai Amp Asyik Ditolak Fadlan Hazim Undur Diri Dari Dunia Lakonan

Marissa Dania Sunting Gambar Ai Sedang Peluk Dirinya Masa Kecil Lagu Putar Waktu Buat Netizen Sebak

Federal Govt Scrapped Gas Pipeline Project Not Me Says Shafie

Perjalanan 15 Tahun Pekerjaan Paling Asyik Adalah Hobi Yang Dibayar

Malaysia Bakal Miliki Tapak Pelancar Roket Pertama Asia Tenggara Menjelang 2029

Isu Istilah Kafir 2 Pemimpin Pas Dituduh Main Wayang Politik

Rebut Harta Motif Pembunuhan Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Suspek Lari Ke Luar Negara Polis

Nasi Ambeng Di Selangor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ios 26 Apa Yang Baru Untuk Iphone 15 Pro Max Dan Pengguna Iphone Lain

Widget Top Komentar Perlu Ada Di Dalam Paparan Blog Anda

Apa Khabar Korang Dari Blogger Lama Yang Masih Berfikir Perlu Tak Tutup Je Blog Ni

Tebus Penghargaan Sara Adik Lelaki

Sambutan Birthday Makan Di Satay Bonda

Makan Roti Coffee Mix Royal Choco Menu Baru Di Roticoffee