Peranan Waraqah Bin Naufal Memantapkan Hati Nabi Saw



Ditunjuk sebagai seorang utusan Allah bukan suatu hal yang mudah bagi Muhammad bin Abdullah ﷺ. Beliau merasa kebingungan dan tak percaya sepenuhnya dengan apa yang terjadi padanya. Begitu aneh, begitu membingungkan, begitu mengejutkan kerana beliau hanya menginginkan ketenangan dengan uzlahnya. Tiba-tiba Malaikat datang. Karena itu, Nabi Muhammad ﷺ memerlukan orang berilmu yang meneguhkannya, memerlukan mereka yang kenal risalah untuk menterjemahkan khabar langit itu.

Di antara orang yang meneguhkan Nabi Muhammad ﷺ dengan khabar risalah adalah Waraqah bin Naufal radhiallahu ‘anhu. Seorang berilmu yang beriman terhadap kenabian Musa dan Isa ‘alaihimassalam.

Dialog khabar wahyu

Isteri beliau ﷺ, Khadijah radhiallahu ‘anha berangkat menemui Waraqah untuk kali kedua. Dia hendak bertanya padanya tentang perihal wahyu yang baru saja diterima suaminya. Kali ini dia tidak bersendirian, dia mengajak suaminya turut serta bersamanya mendengar langsung dari ulama' ahli kitab ini. Dan Khadijah pun ingin agar Waraqah mendengar langsung khabar dari suaminya.

Waraqah bertanya: “Saudaraku, apa yang kau lihat?” Kemudian Rasulullah ﷺ mengkhabarkan padanya apa yang beliau lihat.

Tanpa ragu, Waraqah terus berucap: “Itu adalah an-Namus yang dulu datang kepada Musa. Duhai sekiranya saat itu aku masih kuat. Sekiranya waktu itu tiba aku masih hidup, waktu ketika kaummu mengusirmu.”

“Apakah aku akan diusir?” tanya Rasulullah ﷺ menyambar penjelasan Waraqah.

“Ya. Tidak seorang pun yang datang dengan apa yang datang kepadamu kecuali dimusuhi. Jika aku mendapati hari itu, aku akan menolongmu sekuat tenaga,” jawab Waraqah.

(HR. al-Bukhari Kitab Bad’ul Wahyi No.3 dan Muslim Kitabul Iman, Bab Bad’ul Wahyi, No. 160)

Pengajaran dari pertemuan dengan Waraqah

1. Pada kisah sebelumnya, Waraqah tidak menjawab dengan ‘Muhammad ﷺ benar (dengan kisahnya)’. Dia menjawab: “Jika engkau jujur padaku wahai Khadijah.” Dia bukan meragukan berita yang datang dari Muhammad ﷺ kepada Khadijah. Hanya saja dia khuatir khabar yang disampaikan kepadanya kurang terperinci, sebagaimana ketika seseorang menceritakan peristiwa Isra Mi’raj kepada Abu Bakar, Abu Bakar mengatakan: “Kalau memang dia yang mengatakannya, pasti itu benar.” (HR. al-Hakim 4407)

2. Dalam kisah sebelumnya juga Waraqah mengatakan kepada Nabi ﷺ bahawa beliau adalah Nabi umat ini. Umat yang dimaksud Waraqah boleh jadi adalah bangsa Arab, boleh jadi juga dalam ertinya lebih luas seluruh umat manusia. Waraqah juga mengetahui bahawa beliau ﷺ adalah Rasul terakhir untuk umat di dunia ini.

3. Waraqah mengetahui sosok yang ditemui oleh Nabi Muhammad ﷺ adalah an-Namus al-Akbar. An-Namus adalah pembawa rahsia. Allah ﷻ menunjukkan kepada Jibril suatu rahsia yang tidak ditunjukkan kepada selainnya. Itulah rahsia wahyu.

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَىٰ غَيْبِهِ أَحَدًا. إِلَّا مَنِ ارْتَضَىٰ مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا
“(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada Rasul yang diredhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (Malaikat) di muka dan di belakangnya.” (Al-Jin ayat 26-27)

Waraqah tahu bahawa pembawa rahsia itu adalah Jibril. Pembawa rahsia dari Rabb semesta alam kepada para Nabi. Tapi dia hanya menyebut an-Namus yang datang kepada Musa dan tidak mengatakan yang datang kepada Isa, padahal dia seorang Nasrani. Kemungkinan kerana syariat Nasrani adalah syariat Yahudi kemudian disempurnakan oleh Nabi Isa. Sebagaimana firman Allah ﷻ:

وَمُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَلِأُحِلَّ لَكُمْ بَعْضَ الَّذِي حُرِّمَ عَلَيْكُمْ ۚ وَجِئْتُكُمْ بِآيَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ
“Dan (aku datang kepadamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebahagian yang telah diharamkan untukmu, dan aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) daripada Tuhanmu. Kerana itu bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.” (Ali Imran ayat 50)

Oleh itu, ucapan Waraqah ini mencakup ajaran dua ahlul kitab, kerana keduanya beriman kepada Jibril yang datang kepada Musa.

4. Waraqah menjawab dengan penuh keyakinan, tanpa sedikit pun ragu. Bahkan jawapan itu dia lontarkan langsung tanpa perlu berfikir, kerana dia tahu masa-masa itu akan datang seorang Nabi. Dia juga tahu, Nabi itu akan diutus di Makkah, dia sudah mengenal siapa Muhammad bin Abdullah. Ketika mendengar khabar tentang an-Namus al-Akbar, dia pun segera menunjukkan keimanannya.

5. Waraqah memberikan khabar yang berulang dan pula akan menimpa Muhammad ﷺ. Dia mengatakan: “Tidak seorang pun yang datang dengan apa yang datang kepadamu kecuali dimusuhi.” Demikian juga bagi orang-orang yang mendakwahkan ajaran Nabi Muhammad ﷺ. Berlaku baginya ketentuan ini kerana peperangan antara yang haq dan yang batil akan sentiasa terjadi.

6. Sebelum menerima wahyu, Nabi ﷺ tidak mengetahui khabar tentang umat terhdahulu. Kerana itu beliau ﷺ bertanya: “Apakah aku akan diusir?”

Beliau ﷺ tidak membaca sejarah para Nabi. Juga tidak mengetahui jalan yang mereka titi. Tidak ada tukang cerita yang menuturkan padanya. Beliau tidak tahu bahawa para Nabi terdahulu didustakan. Kerana itu beliau mengajukan pertanyaan itu. Tidak mungkin semua itu diketahui kecuali melalui jalan wahyu. Hal ini semakin mengukuhkan bahawa Al-Quran benar-benar mukjizat.

تِلْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْغَيْبِ نُوحِيهَا إِلَيْكَ ۖ مَا كُنْتَ تَعْلَمُهَا أَنْتَ وَلَا قَوْمُكَ مِنْ قَبْلِ هَٰذَا ۖ فَاصْبِرْ ۖ إِنَّ الْعَاقِبَةَ لِلْمُتَّقِينَ
“Itu adalah di antara berita-berita penting tentang yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad); tidak pernah kamu mengetahuinya dan tidak (pula) kaummu sebelum ini. Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Hud ayat 49)

Kewafatan Waraqah

Dalam riwayat al-Bukhari, Ummul Mukminin Aisyah radhiallahu ‘anha mengatakan:

ثُمَّ لَمْ يَنْشَبْ وَرَقَةُ أَنْ تُوُفِّيَ وَفَتَرَ الْوَحْيُ
“Kemudian tak berselang lama Waraqah meninggal dan wahyu berhenti beberapa lama.” (HR. al-Bukhari, Kitab Bad’ul Wahyi No.3 dan Muslim Kitabul Iman, Bab Bad’ul Wahyi, No. 160)

Waraqah wafat sehari atau dua hari setelah Rasulullah ﷺ mendapat risalah. Tidak ada kata lagi yang terucap dari Waraqah kecuali kalimah itu. Kalimah yang terucap dengan penuh yakin bahawa beliau (Muhammad ﷺ) adalah seorang Nabi.

Wafatlah seorang yang beriman dengan kerasulan Muhammad ﷺ. Seorang yang teguh dengan ajaran yang hanif, ajaran tauhid yang dibawa oleh Nabi Musa dan Isa ‘alaihimassalam. Kerna itu, Rasulullah ﷺ bersabda:

لا تَسبُّوا ورقةَ بنَ نوفلٍ، فإنِّي رأيتُ له جَنةً أو جَنتينِ
“Jangan kalian mencela Waraqah bin Naufal. Sesungguhnya aku melihatnya memiliki satu atau dua taman (di syurga).” (HR. al-Hakim 4211, dia mengatakan hadith sahih sesuai dengan syarat al-Bukhari dan Muslim walaupun tidak diriwayatkannya)

Rasulullah ﷺ bersedih dengan wafatnya Waraqah. Dialah yang memberinya kekuatan dan keyakinan -setelah Allah ﷻ- tentang datangnya risalah. Semoga Allah meredhai dan merahmati Waraqah bin Naufal.

+ Ustaz Nurfitri Hadi | Kisah Muslim
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/peranan-waraqah-bin-naufal-memantapkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Bacaan At Tahiyyat Perbualan Antara Allah Swt Dan Nabi Saw

Sejarah Bacaan At Tahiyyat Perbualan Antara Allah Swt Dan Nabi Saw

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 490 hits
At Tahiyyat adalah doa yang sangat penting dan sering di baca kerana kita mengulanginya di dalam solat harian dan jika anda tahu kisah disebalik ayat ini ia sebenarnya amat menyentuh hati kerana adalah sebahagian daripada perbualan antara P...
Selawat Ke Atas Nabi Muhammad Saw Ini Kelebihan Dan Manfaatnya

Selawat Ke Atas Nabi Muhammad Saw Ini Kelebihan Dan Manfaatnya

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 1139 hits
Sebagai umat Islam kita dianjurkan supaya berselawat ke atas Nabi Muhammad S A W Banyak kelebihan dan manfaat yang akan kita perolehi Kita digalakkan berselawat bukan sahaja waktu solat tapi juga diluar waktu solat dan dimana mana sahaja Ba...
Hukum Berdiri Saat Pembacaan Maulid Nabi Muhammad Saw

Hukum Berdiri Saat Pembacaan Maulid Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 411 hits
Photo Embrio Ulama NusantaraBagaimana hukumnya berdiri pada waktu membaca Maulud Nabi SAW Apakah hal itu telah menjadi adat kebiasaan yang ditetapkan oleh syara sehingga pelaksanaannya tidak berbeda beda di segala tempat atau merupakan adat...
Sampai Sekarang Ada Saja Anasir Membolak Balikkan Hati

Sampai Sekarang Ada Saja Anasir Membolak Balikkan Hati

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 211 hits
Tampil berhijab selepas pulang dari menunaikan umrah tertanya ianya menerima reaksi positif dan rata rata netizen meluahkan rasa syukur dengan imej terbaru Lisa The post appeared first on
Kisah Partner Yang Menyakitkan Hati

Kisah Partner Yang Menyakitkan Hati

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 399 hits
Kisah partner yang menyakitkan hatiBolivia FlagIni kisah aku kat kilang kejadian ini berlaku lebih kurang setahun lebih yang lalu Kerja aku ialah untuk memeriksa sample yang dihantar untuk melihat jika ada reject terhadap barang tersebut be...
Sedih Hati Seorang Ibu

Sedih Hati Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 918 hits
Maaf kalau gambar agak kurang menyenangkan yang melihat Tapi sebagai ibu Tersentuh juga hati melihat anak diperlakukan begini oleh seorang guru agama Ingatkan guru agama merotan anak tak angkat ketiak Rupanya dipulas dada anakku sampai mele...
Puas Hati Betul Mouse Speaker Gaming Beli Online

Puas Hati Betul Mouse Speaker Gaming Beli Online

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 419 hits
Hari tu saya ada tunjuk dan kongsi cerita pasal beli komputer gaming kat Shopee Sampai ke saat ini saya rasa sangat puas hati dapat beli pc gaming yang gunakan pemproses AMD Ryzen 5 tu Specs pc gaming saya beli secara custom built tu taklah...
Panggilan Papa Mama Antara Suami Isteri Hati Hati Dengan Zihar

Panggilan Papa Mama Antara Suami Isteri Hati Hati Dengan Zihar

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 396 hits
Apabila dilihat sirah dan kehidupan Rasulullah SAW dengan para isterinya ramai yang cuba meneladaninya Hebatnya baginda dalam mengurus rumah tangga dan melayan isteri isterinya dengan baik sehingga mampu menjadi idola dalam setiap perhubung...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense