Selawat Ke Atas Nabi Muhammad Saw Ini Kelebihan Dan Manfaatnya



Sebagai umat Islam kita dianjurkan supaya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Banyak kelebihan dan manfaat yang akan kita perolehi.

Kita digalakkan berselawat bukan sahaja waktu solat, tapi juga diluar waktu solat dan dimana-mana sahaja.

Bagi saya lebih suka berselawat ketika waktu yang tenang dan sunyi. Memang dapat rasa getaran halus ditengah dada dan fikiran jadi kosong.

Anda semua boleh cuba ketika ada masa lapang dan waktu yang sunyi. Perhatikan fikiran dan suasana hati anda ketika berselawat.


30 KELEBIHAN BERSELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki atau wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani.


Diharapkan apa yang kita usaha dan amalkan dapat menambah keimanan serta mendekatkan diri dengan Nabi Muhammad SAW kelak. Semoga kita sama-sama mendapat rahmat Allah. Aaminnn....

Barangsiapa berselawat sekali keatasku, Allah berselawat sepuluh kali keatasnya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maurelaxjer.com/2019/07/kelebihan-selawat-ke-atas-rasulullah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agus Dashmunsyid Maknai Ketauladan Nabi Muhammad Saw Dalam Hadapi Penetrasi Budaya

Agus Dashmunsyid Maknai Ketauladan Nabi Muhammad Saw Dalam Hadapi Penetrasi Budaya

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 303 hits
Agus Dashmunsyid Penyanyi Nasyid Kecanggihan teknologi telekomunikasi dan informasi membuat semua orang mudah untuk mengakses aktivitas dunia di berbagai bidang sesuai yang diminati mereka baik di bidang kesenian olahraga politik religi ilm...
Hukum Berdiri Saat Pembacaan Maulid Nabi Muhammad Saw

Hukum Berdiri Saat Pembacaan Maulid Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 422 hits
Photo Embrio Ulama NusantaraBagaimana hukumnya berdiri pada waktu membaca Maulud Nabi SAW Apakah hal itu telah menjadi adat kebiasaan yang ditetapkan oleh syara sehingga pelaksanaannya tidak berbeda beda di segala tempat atau merupakan adat...
Dzikir Dengan Jaminan Masuk Surga Yang Diajarkan Nabi Muhammad

Dzikir Dengan Jaminan Masuk Surga Yang Diajarkan Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 322 hits
Berzikir merupakan amalan yang paling mudah untuk dilakukan meski terkadang rasa malas membuat kita berat melakukannya Padahal zikir bisa dipanjatkan dimanapun dan tidak pula disyaratkan harus suci dari hadas Di antara zikir tersebut ada ya...
Kpk Akan Periksa Anggota Komisi Vii Muhammad Nasir Atas Perkara Bowo Sidik

Kpk Akan Periksa Anggota Komisi Vii Muhammad Nasir Atas Perkara Bowo Sidik

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 191 hits
Belum diketahui secara pasti kaitan Nasir dengan kasus suap dan gratifikasi yang menjerat Bowo dan Indung Namun ruang kerja Nasir yang merupakan Wakil Ketua Komisi VII DPR pernah digeledah tim penyidik KPK pada 4 Mei 2019 lalu
Sejarah Bacaan At Tahiyyat Perbualan Antara Allah Swt Dan Nabi Saw

Sejarah Bacaan At Tahiyyat Perbualan Antara Allah Swt Dan Nabi Saw

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 498 hits
At Tahiyyat adalah doa yang sangat penting dan sering di baca kerana kita mengulanginya di dalam solat harian dan jika anda tahu kisah disebalik ayat ini ia sebenarnya amat menyentuh hati kerana adalah sebahagian daripada perbualan antara P...
Mengapa Selawat Dan Salam Pada Tasyahud Akhir Khusus Untuk Nabi Ibrahim Dan Keluarganya

Mengapa Selawat Dan Salam Pada Tasyahud Akhir Khusus Untuk Nabi Ibrahim Dan Keluarganya

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 247 hits
Soalan Kita diperintahkan untuk tidak membeza bezakan antara para Rasul seperti dalam firman Allah SWT Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul rasulnya Namun begitu kenapa di dalam bacaan tahiyyat akhir kita hanya menguc...
Dialog Allah Dengan Nabi Muhammad Tentang Pahala Sedekah

Dialog Allah Dengan Nabi Muhammad Tentang Pahala Sedekah

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 247 hits
Dalam Kitab Al Mawaidh Al Ushfuriyyah Imam Muhammad Bin Abu Bakar menerangkan tentang pahala sedekah Beliau mengutip salah satu hadits nabi yang diriwayatkan dari Sayyidina Abdullah Bin Umar Hadis ini berbentuk dialog antara nabi dengan All...
Bantahan Filem Innocence Of Muslim Dan Kartun Nabi Muhammad S A W

Bantahan Filem Innocence Of Muslim Dan Kartun Nabi Muhammad S A W

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 398 hits
BANTAHAN FILEM INNOCENCE OF MUSLIM DAN KARTUN NABI MUHAMMAD S A WSAYA SEBAGAI SEORANG UMAT ISLAM MEMBANTAH DENGAN SEKERAS KERASNYA DENGAN PENGELUARAN FILEM TERSEBUT DAN JUGA KARTUN NABI MUHAMMAD YAND DITERBITKAN OLEH AKHBAR MINGGUAN PERANCI...
Peristiwa Terhempas Ke Atas Lantai Terlantar Di Atas Katil

Peristiwa Terhempas Ke Atas Lantai Terlantar Di Atas Katil

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 228 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids