Panggilan Papa Mama Antara Suami Isteri Hati Hati Dengan Zihar



Apabila dilihat sirah dan kehidupan Rasulullah SAW dengan para isterinya, ramai yang cuba meneladaninya. Hebatnya baginda dalam mengurus rumah tangga dan melayan isteri-isterinya dengan baik sehingga mampu menjadi idola dalam setiap perhubungan yang dibina agar ia kekal mawaddah dan penuh dengan rahmat.
Romantiknya kisah baginda sehingga ia mampu membuktikan bahawa Islam mengajar dari sekecil-kecil aspek dalam rumah tangga sehingga perkara yang paling besar.
Kita melihat cerita baginda yang selalu bergurau dan bermain manja dengan Siti Aisyah sehingga menggelarnya dengan nama yang disukainya dan akan mengajak isterinya berlumba lari untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri antara mereka.
Baginda juga dikatakan akan membantu isterinya Safiyyah untuk naik ke atas unta dengan membengkokkan kakinya. Jika dilihat pada zaman sekarang, ia suatu perbuatan yang gentleman apabila dilihat si suami yang membukakan pintu untuk isterinnya.
Rasulullah SAW juga dikatakan sering memberi hadiah sebagai tanda penghargaan terhadap rumah tangga mereka. Hal ini ada diceritakan melalui kisah isterinya, iaitu Ummu Kalthum binti Abi Salamah yang pernah mendapat hadiah minyak kasturi dan pakaian daripada baginda.
Memanggil isteri dengan panggilan manis juga merupakan salah satu sikap romantik yang pernah baginda tuturkan kepada isteri-isterinya. Sebagai contoh, apabila Siti Aisyah merajuk, baginda akan memanggilnya dengan panggilan ‘Ya Aisy’ sambil memegang hidungnya.
Banyak lagi perbuatan romantik yang telah baginda tuturkan kepada para isterinya yang boleh dijadikan panduan terhadap lelaki yang ingin memulakan alam rumah tangga atau yang sudah berumah tangga.
Segala bentuk perbuatan ini membuktikan bahawa Rasulullah SAW bersikap adil terhadap rumah tangga baginda. Baginda juga tidak pernah membezakan cara layanan antara isterinya walaupun wujudnya jarak umur dan juga status.
Kenali Zihar
Walau bagaimanapun, berkaitan dengan isu panggilan antara suami isteri, wujudnya persoalan adakah dibolehkan jika memanggil isteri dengan panggilan ‘mama’ atau menggelar suami dengan panggil ‘abi’. Sedangkan, panggilan tersebut adalah dalam konteks anak-anak dan ibu bapa sendiri.
Malah, isu ini telah mula menular dalam kalangan masyarakat kita dengan wujudnya hukum-hakam yang dibuat berdasarkan sebelah pihak sahaja.
Ada sebahagian ulama’ yang memfatwakan situasi ini sebagai haram kerana panggilan yang keluar adalah sama seperti kita memanggil ibu bapa kita.
Dalam Islam, ia disebut sebagai Zihar. Sebelum kita melihat hukum panggilan ini, penulis ingin merungkaikan terlebih dahulu maksud zihar, apa itu zihar dan bagaimana hukumnya boleh sama dengan situasi di atas?
Zihar sebenarnya berasal daripada Bahasa Arab, iaitu ظَاهَرََ yang bermaksud ungkapan menziharkan isterinya dalam bentuk ucapan.
Dari segi istilah, ia adalah perkataan suami yang menyamakan isterinya yang masih sah (belum diceraikan) secara bain (nyata).
Ia telah dinamakan zihar kerana orang Arab dahulu sering menyamakan isteri mereka dengan bahagian belakang ibunya. Dalam konteks ini, ia seolah-olah perkara yang haram kerana seorang anak lelaki diharamkan untuk bersetubuh dengan ibunya.
الَّذِينَ يُظَاهِرُونَ مِنكُم مِّن نِّسَائِهِم مَّا هُنَّ أُمَّهَاتِهِمْ ۖ إِنْ أُمَّهَاتُهُمْ إِلَّا اللَّائِي وَلَدْنَهُمْ ۚ وَإِنَّهُمْ لَيَقُولُونَ مُنكَرًا مِّنَ الْقَوْلِ وَزُورًا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَعَفُوٌّ غَفُورٌ
“Orang-orang yang “ziharkan” isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
(Surah Al-Mujadila, 58:2)
Lafaz zihar boleh terjadi dengan dua keadaan, iaitu lafaz sarih (jelas) dan kinayah (kiasan).
Lafaz yang jelas adalah dengan menyebut, “rambut kamu adalah sama dengan rambut ibuku” atau kaki kamu sama sahaja dengan kaki ibuku.” Dalam konteks ini, seorang suami itu telah membuat lafaz zihar dan wajib ke atasnya untuk membayar kaffarah.
Manakala, bagi lafaz kiasan pula, “panjangnya rambutmu mengingatkan aku kepada ibuku” atau melihatmu membuat aku tenang seperti aku melihat ibuku.” Melalui lafaz ini, ia perlu dilihat berdasarkan niat seseorang. Sekiranya ia memaksudkannya dengan zihar, maka ia telah dikira zihar dan sekiranya tidak, maka Imam Syafi’e dan Abu Hanifah menganggap ia adalah bukan zihar.
Pada zaman jahiliyyah, zihar dianggap sebagai talak, kemudian Allah memberikan keringanan (rukhsah) dengan tidak menganggapnya sebagai talak, namun hanya kaffarah.
Oleh itu, mereka yang melafazkan zihar peru bertaubat dan melaksanakan kaffarah. Pasangan suami isteri tidak perlu bimbang kerana tidak jatuh ke atasnya talak, namun hanya perlu membayar kaffarah.
Ia ada disebut melalui kalamNya yang berbunyi:
وَالَّذِينَ يُظَاهِرُونَ مِن نِّسَائِهِمْ ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا قَالُوا فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مِّن قَبْلِ أَن يَتَمَاسَّا ۚ ذَٰلِكُمْ تُوعَظُونَ بِهِ ۚ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ مِن قَبْلِ أَن يَتَمَاسَّا ۖ فَمَن لَّمْ يَسْتَطِعْ فَإِطْعَامُ سِتِّينَ مِسْكِينًا ۚ ذَٰلِكَ لِتُؤْمِنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۚ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّـهِ ۗ وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Mafhum: “Dan orang-orang yang “ziharkan” isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan ingatlah, Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (surah Al-Mujadila, 58:3-4)
Berdasarkan kalam di atas, terdapat tiga cara untuk melaksanakan kaffarah, iaitu:
#1 – Bebaskan Hamba
Zaman Arab jahiliyyah dahulu, para suami yang melafazkan zihar perlu membebaskan seorang hamba sama ada lelaki atau perempuan.
#2 – Berpuasa
Walau bagaimanapun, apabila dilihat pada zaman kita hari ini, sudah jarang ditemui hamba di sini. Oleh itu, suami yang melakukan zihar perlu berpuasa selama dua bulan secara berturut-turut jika mampu.
#3 – Memberi Makan Orang Miskin
Jika tidak mampu untuk berpuasa selama dua bulan berturut-turut, maka Allah memberi keringanan lagi, iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.
Adakah Berdosa Panggilan Mama Papa Sesama Suami Isteri
Islam tidak menetapkan panggilan yang khusus sesama pasangan. Dalam masyarakat kita, sering kita dengar panggilan manja antara suami isteri, iaitu sayang, abang, mama & papa, umi & abi serta sebagainya.
Walau bagaimanapun, wujud persoalan berkenaan panggilan mama & papa yang dikatakan menyerupai panggilan dengan ibu dan bapa kandung masing-masing. Malah, ada yang mengatakan ia adalah haram digelar demikian kerana ia menyerupai zihar.
Menurut jumhur ulama’ dan beberapa fatwa yang telah dikeluarkan, panggilan-panggilan seperti ini, jika dinyatakan dengan niat untuk menambahkan lagi kemesraan sesama suami isteri atau untuk memberi penghormatan dan kemuliaan, maka ia adalah tidak mengapa dan tidak jatuh hukum zihar ke atasnya.
Namun, jika niatnya memanggil isterinya dengan panggilan mama atau ummi dan meniatkan ia adalah sama dengan panggilan terhadap ibu kandungnya, di sini sudah jatuh hukum zihar dan wajib ke atasnya membayar kaffarah.
Perkahwinan mereka masih sah, namun mereka tidak boleh melakukan hubungan suami isteri selagi kaffarahnya belum selesai.
Terdapat dua perbezaan pendapat ulama’, iaitu sebahagian ulama’ menjatuhkan hukum makruh terhadap panggilan seperti ini dan sebahagiannya mengatakan harus untuk menguatkan lagi kemesraaan rumah tangga mereka.
#1 – Makruh
عن أبي تميمة الهجيمى أن رجلا قال لامرأته يا أخية فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم أختك هى . فكره ذلك ونهى عنه
Maksud: “Daripada Abu Tamimah al-Hujaimi berkata, bahawa seorang lelaki telah berkata kepada isterinya dengan panggilan “saudara”. Maka, Rasulullah SAW bersabda, “dia kakakmu”. Baginda berfikir dan melarangnya. (Hadis Riwayat Abdullah Ibn Abbas)
Menurut Ibnu Qudamah al-Hambali yang telah bersandarkan kepada riwayat ini menyebut bahawa makruh memanggil isteri dengan panggilan mama, umi, ibu dan sebagainya.
#2 – Harus
خيركم خيركم لاهله وأنا خيركم لاأهلى .
Maksud: “Aku berbuat baik kepadamu dan sesungguhnya aku adalah yang terbaik buatmu.” (Hadis Riwayat Ibu Abbas)
Rasulullah SAW pernah memanggil isterinya, Siti Aisyah dengan panggilan ‘Ya Aisy’ yang bermaksud kehidupan. Rasulullah suka memberi gelaran yang baik-baik terhadap isteri dan anaknya untuk menambahkan lagi kemesraan dalam keluarganya.
Oleh itu, Syeikh Albani, Ibnu Usaimin, Syeikh Sayyid Hadi dan kebanyakan jumhur ulama’ lagi berpendapat bahawa harus hukumnya menggelar isteri dengan gelaran yang manja dan disukainya asalkan niatnya tidak terpesong sehingga jatuh kepada zihar.
انما ألاعمال بالنيات
Maksud: “Setiap amalan bergantung kepada niat.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Kesimpulan
Tidak salah sebenarnya untuk bermanja dan bermesra sesama pasangan kerana ia merupakan sunnah yang boleh diamalkan bagi mengekalkan kemesraan dalam rumah tangga suami isteri.
Pasangan yang tidak mengamalkan gurau senda dan panggilan yang disukai akan menyebabkan rumah tangga yang suram dan akhirnya mungkin akan menyebabkan berlakunya pergolakan. Namun, perlu berhati-hati dalam bergurau senda agar tidak jatuh hukum zihar atau talak secara sengaja.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Panggilan Papa & Mama Antara Suami Isteri – Hati-Hati Dengan Zihar appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/panggilan-papa-mama-antara-suami-isteri-hati-hati-dengan-zihar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Ni Banyak Benda Dia Pendam Kalau Suami Rasa Kusut Mesti Isteri Terasa Hati

Isteri Ni Banyak Benda Dia Pendam Kalau Suami Rasa Kusut Mesti Isteri Terasa Hati

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 900 hits
Bunyi macam besar je kan bila cakap hutang kepada isteri Tapi inilah benda paling suami terlepas pandang HUTANG NAFKAH Sebab apa rezeki selalu tak cukup Sebab apa dapat banyak pun tak cukup Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa Hati ku...
24 Jam Kerja Tanpa Henti Uruskan Anak Suami Kalau Dapat Senangkan Hati Isteri Dah Cukup Memadai

24 Jam Kerja Tanpa Henti Uruskan Anak Suami Kalau Dapat Senangkan Hati Isteri Dah Cukup Memadai

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 590 hits
Besarnya pengorbanan seorang ayah mencari rezeki untuk anak anak namun jangan menidakkan tanggungjawab yang digalas seorang ibu buat anak anaknya Isteri dan ibu kepada anak anak kita sebenarnya bekerja lebih lama dari kita tanpa henti Bangu...
Isteri Suruh Suami Sado Kemas Rumah Disumbat Dalam Lokap 17 Jam

Isteri Suruh Suami Sado Kemas Rumah Disumbat Dalam Lokap 17 Jam

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 270 hits
Seorang wanita disumbat dalam lokap selepas meminta suaminya membantu melakukan kerja kerja rumah nbsp Valerie Sanders 58 dari Catterick North Yorkshire berkata dia hanya meminta suaminya Michael 58 meninggalkan beberapa sesi gym untuk meng...
Nak Ajar Isteri Berdikari Tak Ada Masalah Tapi Suami Jangan Sampai Lepas Tangan

Nak Ajar Isteri Berdikari Tak Ada Masalah Tapi Suami Jangan Sampai Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 560 hits
Tidak dinafikan wanita ialah insan yang dilahirkan serba boleh Kalau boleh memang mahu suami bersama mengharungi semuanya namun atas kekangan isteri faham ada beberapa keadaan yang perlu dilalui seorang diri Kekangan waktu bekerja suami mis...
7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami Isteri Dan Keluarga

7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami Isteri Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 1321 hits
7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami Isteri dan Keluarga Kadang kita tak tahu kenapa rezeki tu susahnya nak melekat kan The post appeared first on
Hadiah Dari Suami Untuk Isteri

Hadiah Dari Suami Untuk Isteri

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 724 hits
Hadiah dari suami untuk isteri Alhamdulillah hajat untuk memiliki laptop sendiri akhirnya tercapai jugak bila mana encik suami telah menghadiahkan sebuah laptop berjenama ASUS buat Fiza Color rose gold pulak tu Actually warna tu Fiza pilih ...
Tak Berkira Dengan Anak Isteri Allah Permudahkan Urusan Suami Rezeki Pun Makin Dekat

Tak Berkira Dengan Anak Isteri Allah Permudahkan Urusan Suami Rezeki Pun Makin Dekat

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 553 hits
Berbuat baik kepada orang yang terdekat adalah perbuatan yang terpuji Anak dan isteri ialah insan yang paling dekat bagi seorang lelaki bergelar seorang suami dan ayah Suami yang tidak berkira wang ringgit dan perhatian dengan anak dan iste...
Isteri Sedang Sakit Bersalin Terus Tersenyum Melihat Tarian Pesona Lemah Gemalai Suami Dalam Bilik Bersalin

Isteri Sedang Sakit Bersalin Terus Tersenyum Melihat Tarian Pesona Lemah Gemalai Suami Dalam Bilik Bersalin

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 531 hits
Satu sentuhan hati paling manis ialah apabila melihat para suami sanggup mengiringi dan terus menemani isteri mereka yang sakit mahu melahirkan ke dalam bilik bersalin tetapi lelaki dari China ini telah pergi lebih jauh dan ia sungguh mence...
Seorang Suami Membina Astana Minangkabau Bernilai Rm4 5 Juta Khas Buat Isteri Tercinta Sungguh Romantik

Seorang Suami Membina Astana Minangkabau Bernilai Rm4 5 Juta Khas Buat Isteri Tercinta Sungguh Romantik

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 318 hits
Setiap orang mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk membuktikan cinta kepada seseorang Ada yang akan membawa pasangan pergi bercuti ada juga yang sanggup berhabis wang membelikan pasangan kereta barangan kemas bahkan sebuah rumah Apa s...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids