Peranan Besar Pondok Dan Madrasah Dalam Melahirkan Usahawan Melayu


Suatu ketika dulu, institusi pondok dan madrasah sangat berjasa dalam melatih, mengkader dan seterusnya melahirkan usahawan-usahawan Melayu. Pelajar-pelajar juga diasah pemikiran mereka supaya lebih memilih usaha sendiri berbanding makan gaji.
Mohd Kamil Haji Ab. Majid dalam makalahnya yang bertajuk ‘Idea Besar Ulama Kelantan Satu Abad’ telah menulis seperti berikut:-
“Dalam konteks latihan keusahawanan, apa yang menariknya, pelajar pondok telah mempelajarinya secara langsung daripada pengalaman budaya hidup berdikari yang diamalkan oleh guru pondok.
Guru pondok rata-ratanya boleh dikatakan sebagai usahawan yang berjaya sehingga dapat menarik minat masyarakat Melayu pada masa itu, seperti mana hanya mubaligh awal yang mengembangkan ajaran Islam di Alam Melayu yang terdiri daripada saudagar besar.
Hasilnya, mereka sangat disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu yang mendorong proses penyebaran Islam dapat berjalan dengan lancar dan tanpa menumpahkan darah.
Guru pondok terlibat dalam pelbagai aktiviti keusahawanan seperti penternakan (lembu, kambing dan ikan), pertanian (padi, tanaman kontan, getah, buah-buahan dan sayuran), pengilangan padi dan balak, kedai runcit, orang tengah untuk penjualan tanah dan getah serta selaku wakil Syeikh Haji.
Apa yang diusahakan oleh guru pondok ini telah ditiru oleh pelajar mereka secara langsung sehingga ianya mampu melahirkan beberapa orang usahawan lulusan pondok yang berjaya.
Sikap mandiri ini kemudiannya telah mula berubah apabila pihak British memperkenalkan sistem pendidikan barat di Tanah Melayu yang mewujudkan sindrom makan gaji dalam kalangan masyarakat Melayu.
Apa yang diperkenalkan oleh pihak British ini bertentangan sama sekali dengan budaya keusahawanan dan hidup berdikari yang diterapkan dalam sistem pondok, berpaksikan kepada prinsip tauhid (hanya Allah yang menentukan hidup dan rezeki makhluk tanpa perlu bergantung harap kepada makhluk) dan hadis Rasulullah tentang 90 peratus daripada sumber rezeki bersumberkan kepada perniagaan.
Atas dasar inilah kita dapat melihat bagaimana institusi pondok berbentuk swasta (bebas) tanpa kongkongan dan kekangan polisi dari pihak pemerintah. Keadaan ini menyebabkan seseorang ulama itu dapat bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu.
Lebih tepat lagi, ulama pondok dalam era tradisi telah bertindak selaku agen perubahan dan intelektual ummah yang bersikap sensitif dan proaktif dengan isu semasa yang timbul dalam masyarakat.”
Gambar : Maahad Ihya asy-Syarif pimpinan Ustaz Abu Bakar al-Baqir, suatu ketika dulu pernah menubuhkan koperasi perniagaan yang dinamakan Persatuan Ihya asy-Syarif. Persatuan ini berjaya mengusahakan tiga jenis projek perniagaan iaitu kilang padi, stesen pam minyak dan stesen jana kuasa elektrik.

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/01/peranan-besar-pondok-dan-madrasah-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Yadim Dia Kan Melayu Islam Itu Bukan Masalah Besar Kata Lim Guan Eng

Isu Yadim Dia Kan Melayu Islam Itu Bukan Masalah Besar Kata Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 388 hits
Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh dari DAP Sheikh Omar Ali dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia tidak sepatutnya menimbulkan kontroversi kerana beliau berbangsa Melayu dan beragama Islam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata...
Resepi Tapai Pulut Warisan Melayu Asli

Resepi Tapai Pulut Warisan Melayu Asli

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 1033 hits
RESEPI TAPAI PULUT WARISAN MELAYU ASLIBAHAN BAHAN 1 kg beras pulut 1 biji ragi manis Daun pisang secukupnyaCARA CARANYA Cuci beras pulut bersih bersih kemudian ditanak sehingga masak Setelah itu angkat dan sejukkan di dalam sebuah talam yan...
Saya Anggap Melayu Jelutong Macam Anjing Ppbm

Saya Anggap Melayu Jelutong Macam Anjing Ppbm

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 1333 hits
PARTI Pribumi Bersatu Malaysia dikatakan sedang porak peranda di banyak kawasan Jika sebelum ini tular pimpinan PPBM Melaka mahu menjatuhkan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dari jawatan Ketua Badan Pimpinan Bersat...
Kisah Sebenar Lagenda 5 Puteri Alam Melayu Yang Ramai Orang Tak Tahu Percayalah Anda Pasti Kagum

Kisah Sebenar Lagenda 5 Puteri Alam Melayu Yang Ramai Orang Tak Tahu Percayalah Anda Pasti Kagum

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 2403 hits
Kalau ditanya kepada budak budak zaman sekarang puteri dongeng mana yang dorang minat mesti dorang akan jawab Elsa atau Anna daripada Frozen Kalau setakat Puteri Gunung Ledang atau Mahsuri tu mestilah dorang kenal Tapi cuba kalau korang seb...
Kerjasama Umno Pas Akan Hasil Tsunami Melayu Lebih Hebat

Kerjasama Umno Pas Akan Hasil Tsunami Melayu Lebih Hebat

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 299 hits
PRK Cameron Highlands bukti Melayu Bumiputera tolak DAPBANGI Kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands membuktikan orang Melayu dan Bumiputera yakin UMNO dan PAS adalah sandaran terbaik dalam memperjuang kepentin...
Kalah Undi Melayu Di Cameron Tumpu Dasar Untuk Semua Tpm

Kalah Undi Melayu Di Cameron Tumpu Dasar Untuk Semua Tpm

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 274 hits
Kita nak semua memberikan kita sokongan Bukan saja PAS jelas Dr Wan Azizah Wan Ismail
Stamford Raffles Tragedi Untuk Bangsa Melayu

Stamford Raffles Tragedi Untuk Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 366 hits
Esok tepat 200 tahun yang lepas Stamford Raffles berjaya mendarat di Singapura dalam misinya mencari sebuah pelabuhan baharu bagi Britain untuk memecah monopoli perdagangan Belanda di Asia Pendaratan Raffles membawa kepada 4 buah perjanjian...
Bangsa Melayu Harus Terima Realiti Ph Dap Sebagai Kerajaan Malaysia Baru

Bangsa Melayu Harus Terima Realiti Ph Dap Sebagai Kerajaan Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 305 hits
Pakatan Harapan masih belum dapat meyakinkan pengundi Melayu bahawa Malaysia Baru bukanlah satu ancaman kata veteran Parti Tindakan Demokratik Lim Kit Siang Apabila ditanya mengenai strategi gabungan pemerintah untuk meyakinkan pengundi Mel...
Sazali Jadi Badang Dalam Mobile Legends Kebangkitan Pahlawan Melayu Buat Pemain Teruja

Sazali Jadi Badang Dalam Mobile Legends Kebangkitan Pahlawan Melayu Buat Pemain Teruja

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 2516 hits
Sabtu lalu pelancaran permainan video Mobile Legends dengan siri perkenalan hero baru Pahlawan Badang dengan kehadiran bekas jaguh bina badan negara Sazali Abd Samad sebagai Badang dalam kehidupan yang sebenar Kemunculan Sazali berpakaian l...
Johor Apa Yang Menarik Di Iskandar Puteri

Business Marketing For Success

Ayam Madu Sira Masak Guna Resipi Ni Memang Sangat Sedap

Andika Putera Biodata Usahawan Kacak Geng Old Money

Ikan Siakap Masak Berlada

Biarkan Aku Menangis

Apa Itu Old Money Memahami Konsep Old Money Dan Keistimewaannya Yang Unik

Lirik Lagu Nombor 1 Sleeq


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Breakfast Hari Ini

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Wings Mayang Sulit Chord

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Fakta Tentang Susu Kucing Dan Jenama Susu Untuk Dicuba