Stamford Raffles Tragedi Untuk Bangsa Melayu


Esok, tepat 200 tahun yang lepas (29 Januari 1819), Stamford Raffles berjaya mendarat di Singapura, dalam misinya mencari sebuah pelabuhan baharu bagi Britain untuk memecah monopoli perdagangan Belanda di Asia.
Pendaratan Raffles membawa kepada 4 buah perjanjian yang mengilhak Singapura dari Empayar Johor-Riau – peristiwa yang disambut oleh warga Singapura sebagai “founding of modern Singapore”.
Walaupun kebanyakan warga Singapura melihat ulang tahun “founding” tersebut yang ke-200 sebagai sesuatu historic moment yang patut dibanggakan, namun hakikatnya ia adalah lebih kepada sebuah tragedi.
Mula-mula, Raffles berjumpa dengan Temenggong Abdul Rahman untuk mendapat izin membuka pelabuhan Britain di Singapura. Itu membawa kepada perjanjian antara Raffles dan Temenggong pada 30 Januari 1819.
Tapi “tuan” sebenar Singapura ialah Sultan Johor-Riau. Sultan ketika itu ialah Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga. Namun pertabalan Sultan Abdul Rahman ada kontroversi sikit sebab baginda menjadi sultan kerana abangnya, Tengku Hussain tidak berada di samping ayahanda mereka, Sultan Mahmud Syah III ketika mangkat. By right, Tengku Hussain lebih berhak mewarisi takhta selaku putera sulung.
Tengku Hussain dan Sultan Abdul Rahman masing-masing disokong oleh Temenggong dan YamTuan Muda. YamTuan Muda di bawah pengaruh Belanda dan Belanda memain peranan aktif dalam pertabalan Sultan Abdul Rahman. Jadi Temenggong dan Tengku Hussain melihat kehadiran Britain sebagai peluang.
Justeru, Raffles menandatangani perjanjian dengan Tengku Hussain pada 6 Februari 1819 dengan janji memberi sokongan kepada baginda sebagai Sultan. Raffles juga bersetuju untuk membayar elaun tahunan sebanyak 5,000 Dolar Sepanyol kepada Sultan dan 3,000 kepada Temenggong sebagai “sewa” Singapura.
Tapi itu bukan bermaksud Sultan dan Temenggong terus “menjual” Singapura. Sultan dan Temenggong menganggap kerjasama tersebut bertujuan mengimbangi Belanda semata-mata. Malah selepas menyewa Singapura kepada Britain, Sultan Hussain dan Temenggong masih in contact dengan Belanda untuk balancing antara Britain dan Belanda. 
Takut Singapura terlepas dari tangan Britain, maka Raffles memaksa Sultan dan Temenggong untuk menandatangani Perjanjian 7 Jun 1823 yang melucut kuasa Sultan dan Temenggong terhadap tanah Singapura. Untuk cover, dia offer elaun bulanan 1,500 dan 800 kepada Sultan dan Temenggong masing-masing dan mengekalkan kuasa Sultan dan Temenggong terhadap jajahan mereka.
Selepas Britain dan Belanda mencapai kata sepakat pada 17 Mac 1824 mengenai zon pengaruh masing-masing di Nusantara melalui Anglo-Dutch Treaty, maka Britain bolehlah sembelih Sultan dan Temenggong tanpa segan silu. Belanda tak mahu kacau Britain lagi, Britain tak mahu kacau Belanda lagi. Maka Sultan dan Temenggong tidak lagi mempunyai Belanda sebagai “bargaining chip” atau “leverage” dalam diplomasinya dengan Britain.
John Crawfurd yang menggantikan Raffles (pencen dan balik kampung selepas mencapai KPI) memuktamadkan dominasi Britain ke atas Singapura melalui Perjanjian Persahabatan dan Perikatan (Treaty of Friendship and Alliance) pada 2 Ogos 1824. Nama perjanjian punyalah suci tapi isi kandungannya jahat namati. 
Crawfurd offer untuk membeli seluruh Singapura dengan membayar lump sum 33,200 tambah elaun bulanan 1,300 kepada Sultan, dan lump sum 26,800 tambah elaun bulanan 700 kepada Temenggong. Siap offer kalau Sultan dan Temenggong meninggalkan Singapura, mereka masing-masing boleh dapat extra 20,000 dan 15,000 serta pembatalan hutang.
Sultan dan Temenggong enggan, maka Crawfurd menghentikan bayaran elaun yang dijanjikan oleh Raffles. Lepas 3 bulan, akhirnya Sultan dan Temenggong akur dan menandatangani perjanjian tersebut. Temenggong ialah pembesar, di bawah beliau ada ratusan kalau tidak ribuan pengikut, kalau tak ada elaun macam mana nak sara hidup mereka. Trump pun surrender lepas 35 hari. Trump ok lagi ada duit poket sikit, ni Britain langsung memonopoli hasil Singapura dengan melarang Sultan dan Temenggong mengutip cukai dan hadiah dari para pedagang. 
Akhirnya, pada 1826, Singapura dimasukkan ke dalam Negeri-Negeri Selat, menjadi jajahan Britain sehingga tahun 1963. 
Mark Twain pesan, sejarah tidak sentiasa berulang, tetapi rentaknya sama (history does not repeat itself, but it does rhyme). 100 tahun kemudian, episod yang lebih kurang sama berlaku di sebelah Tanah Arab pula.
Pada 16 Oktober 1916, Thomas Edward Lawrence, atau lebih dikenali sebagai “Lawrence of Arabia” tiba di Jeddah untuk berbincang dengan Syarif Hussain, Raja Hijjaz yang memerintah Mekah dan Madinah mengenai kerjasama menentang Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Keluarga Syarif Hussain memerintah Hijjaz sejak tahun 1201 dan berbaiah kepada Khalifah Uthmaniyyah sejak 1517, tapi sekarang beliau rasa nak memberontak, sebab beliau rasa khalifah kat Istanbul tu dah tak ada keabsahan. Syarif Hussain pula nak try jadi khalifah, lagi-lagi dengan keturunan beliau sebagai Ahlul Bait yang dianggap mampu rally semua umat Arab di bawah satu panji.
Britain tahu pasal ni, jadi Lawrence diutuskan untuk membincangkan hal pemberontakan tersebut. Britain memberi “jaminan” mereka akan membantu Syarif Hussain mencapai cita-cita khalifah tersebut jika mereka memberi kerjasama untuk menyerang Uthmaniyyah secara bersama. 
Tapi akhirnya, bukan saja Britain mungkir janji, malah Palestin juga tergadai. Tanah Arab yang diimpikan oleh Syarif Hussain (“dari Laut Mediterranea hingga ke Teluk Parsi”) sebagai jajahan khilafah baharu di bawah beliau dipecahkan kepada 4 negara (Syria, Lubnan, Jordan, Iraq). 
Skripnya sama kerana penulis skripnya sama. Britain, master dalam “divide and conquer” telah berjaya memanipulasi tension dalaman sesebuah empayar dan merampas hak mereka step by step. 
Malah dalam kedua-dua kes, Britain guna orang macam Raffles dan Lawrence untuk mendapatkan kepercayaan pemerintah tempatan. Raffles bukan saja fasih berbahasa Melayu, mahir tulisan Jawi malah dikatakan memiliki “budi” yang mampu mencairkan para pemerintah Melayu.
Lawrence pula bukan saja fasih berbahasa Arab, pandai seni pedang Arab, malah siap berjubah lengkap ikut gaya Arab. Syarif tengok, masha Allah, macam mana tak yakin dengan “keikhlasan” Britain.
Pengalaman Sultan Hussain dan Syarif Hussain membuktikan bahawa formula bekerjasama dengan orang luar untuk menyelesai masalah dalaman tidak pernah memberi solusi, malah hanya membuka Pandora Box perpecahan bangsa dan negara. 
Realpolitik yang berasaskan logik “musuh kepada musuh saya ialah kawan” tanpa mengambil kira maslahat ada risikonya. Apatah lagi berdepan dengan musuh yang licik seperti Britain.
Sejarah menyediakan banyak lesson (ibrah) percuma untuk kita, cuma kita terlalu ego untuk belajar darinya. Sultan Hussain dan Syarif Hussain (nama pun sama, scary) learnt their lesson hard. 
29 Januari 2019. Sementara jiran di seberang laut menyambut ia sebagai titik permulaan naratif negara, kita wajar mengenang sejarah pengilhakan Singapura sebagai pengajaran kita untuk 100 tahun yang akan datang.


Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/01/stamford-raffles-tragedi-untuk-bangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Eropah Pun Hormat Ilmu Maritim Bangsa Melayu

Orang Eropah Pun Hormat Ilmu Maritim Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 335 hits
Panglima Awang Henricus Nicrum Enrique De Malacca Dato Laut Dalam Statue Panglima Awang diabadikan di Muzium Singapura Orang Portuguese menggelar Melayu sebagai Lord Of The Sea Bagi yang suka mengkaji sejarah pasti tahu bagi yang malas meng...
Kenali Bangsa Dap Apa Kata Mereka Terhadap Melayu Islam

Kenali Bangsa Dap Apa Kata Mereka Terhadap Melayu Islam

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 658 hits
Nga Kor Ming DApig hasil pilihan Melayu Taiping merangkap pemilik Old Town White Coffee Background Pemilik Oldtown Ngeh Koo Ham MP DAP hasil pilihan Melayu Beruas Nga Kor Ming MP DAP hasil pilihan Melayu Taiping Oldtown adalah salah satu su...
Melayu Akan Selamanya Mundur Jika Berterusan Main Sentimen Agama Bangsa Dr Mujahid

Melayu Akan Selamanya Mundur Jika Berterusan Main Sentimen Agama Bangsa Dr Mujahid

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 321 hits
LIPIS Orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini akan terus mundur jika isu agama serta bangsa menjadi sentimen dan salah satu agenda perjuangan mereka Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof berkata perasaan takut dalam kalangan o...
Melayu Mundur Main Isu Agama Dan Bangsa

Melayu Mundur Main Isu Agama Dan Bangsa

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 489 hits
Melayu Mundur Main Isu Agama Dan Bangsa Orang Melayu terus mundur jika isu agama dan bangsa asyik dijadikan agenda perjuangan mereka kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Melayu Mundur Main Isu Agama Dan Bangsa Beliau yang juga Naib Presi...
Bagi Pas Dan Umno Pru14 Tragedi Buat Melayu Islam

Bagi Pas Dan Umno Pru14 Tragedi Buat Melayu Islam

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 428 hits
PRK CAMERON Malam tadi menandakan kali pertama Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan bergandingan dalam satu pentas ceramah Bertempat di kubu kuat PAS di Felda Sungai Koyan mereka menyifatkan PRU ke 14 yang ...
Bangsa Melayu Harus Terima Realiti Ph Dap Sebagai Kerajaan Malaysia Baru

Bangsa Melayu Harus Terima Realiti Ph Dap Sebagai Kerajaan Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 311 hits
Pakatan Harapan masih belum dapat meyakinkan pengundi Melayu bahawa Malaysia Baru bukanlah satu ancaman kata veteran Parti Tindakan Demokratik Lim Kit Siang Apabila ditanya mengenai strategi gabungan pemerintah untuk meyakinkan pengundi Mel...
Kalah Undi Melayu Di Cameron Tumpu Dasar Untuk Semua Tpm

Kalah Undi Melayu Di Cameron Tumpu Dasar Untuk Semua Tpm

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 280 hits
Kita nak semua memberikan kita sokongan Bukan saja PAS jelas Dr Wan Azizah Wan Ismail
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba