Bangsa Melayu Harus Terima Realiti Ph Dap Sebagai Kerajaan Malaysia Baru



Pakatan Harapan (PH) masih belum dapat meyakinkan pengundi Melayu bahawa "Malaysia Baru" bukanlah satu ancaman, kata veteran Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang.

Apabila ditanya mengenai strategi gabungan pemerintah untuk meyakinkan pengundi Melayu berikutan kekalahannya dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands, Lim berkata bahawa PH mesti membantu pengundi Melayu memahami bahawa kerajaan baru ini tidak akan mengancam kepentingan mereka.

"Keputusan di Prk Cameron Highlands menunjukkan bahawa matlamat kami masih jauh.

"Kami perlu membuat mereka memahami bahawa Malaysia Baru akan memenuhi aspirasi semua rakyat Malaysia dan bukan satu ancaman," katanya kepada media selepas pelancaran sebuah buku di Petaling Jaya.

"Kami menyedari bahawa kami perlu meningkatkan kecekapan (melaksanakan) dasar kami," kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri tersebut sambil menambah bahawa kegagalan PH dalam pilihan raya kecil baru-baru ini merupakan pengajaran yang baik untuk semua parti komponennya.

Lim mengakui walaupun banyak usaha yang beliau lakukan di kalangan pengundi Orang Asli dan Melayu, itu tidak cukup "untuk mengatasi kekuatan gabungan Umno dan Parti Islam Malaysia (PAS)" di Cameron Highlands. 

Lim juga mendakwa kedua-dua parti Melayu menggunakan "politik yang sangat ganas dan berunsur pembohongan mengenai bangsa dan agama" sambil menolak tanggapan bahawa pengundi telah bosan mendengar halatuju PH tentang memerangi rasuah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelumnya.

"Saya tidak fikir begitu (pengundi yang bosan mendengar bahawa kerajaan terdahulu rasuah).

"Masalahnya adalah di Jelai (kerusi negeri) di mana majoriti orang Melayu dan Orang Asli.., dan sukar untuk mengatasi pembohongan dan kepalsuan BN." ujar beliau.

Lim yang berkempen secara meluas di Cameron Highlands dalam tempoh dua minggu yang lalu, menyifatkan bahawa PH perlu menangani sensitiviti dan keprihatinan terhadap kawasan tertentu.

"Agenda PH tidak boleh mengabaikan kawasan luar bandar, yang akan merasa tertinggal jika seluruh negara berubah.

"PH akan menghadapi ujian lain dalam pilihan raya kecil Semenyih pada 2 Mac, kerana Umno dan PAS sekali lagi dijangka bergabung dan menggunakan "politik beracun" mereka.

"Pilihan raya kecil Semenyih akan menjadi menarik dengan jangkaan bahawa Umno dan PAS akan menduplikasi strategi toksik mereka. Ia sangat memberi kesan kepada PH jika BN-PAS menang di Semenyih," tegas beliau.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.utaranews.com/2019/01/bangsa-melayu-harus-terima-realiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Dap Ph Tiada Perancangan Untuk Ekonomi Malaysia

Kerajaan Dap Ph Tiada Perancangan Untuk Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 334 hits
Heboh sekarang ringgit Malaysia yang semakin menurun berbanding matawang asing terutama Thai Baht Thailand mengekalkan pemisahan jelas antara tindak tanduk politik dengan dasar ekonomi Walaupun negara mereka telah dilanda pelbagai krisis po...
Naratif Melayu Dalam Malaysia Baru

Naratif Melayu Dalam Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 389 hits
Perlu diakui bahawa selepas PRU14 perubahan yang berlaku bukan sekadar dalam arena politik tetapi suatu gelombang besar namun senyap sedang bergerak Keresahan terhadap masa depan orang Melayu dan Islam mula kedengaran dan semakin meluas Dal...
Kenali Bangsa Dap Apa Kata Mereka Terhadap Melayu Islam

Kenali Bangsa Dap Apa Kata Mereka Terhadap Melayu Islam

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 647 hits
Nga Kor Ming DApig hasil pilihan Melayu Taiping merangkap pemilik Old Town White Coffee Background Pemilik Oldtown Ngeh Koo Ham MP DAP hasil pilihan Melayu Beruas Nga Kor Ming MP DAP hasil pilihan Melayu Taiping Oldtown adalah salah satu su...
Raja Baru Malaysia Fans Setia Arsenal

Raja Baru Malaysia Fans Setia Arsenal

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 311 hits
Raja baru Malaysia ini juga seorang yang cerdas terbukti pernah menjalankan studi di Queen Elizabeth College Oxford University Inggris Di sana Sultan Abdullah mempelajari ilmu kebijakan luar negeri dan diplomasi
Spesis Semut Baru Ditemui Dinamakan Sebagai Mo Salah

Spesis Semut Baru Ditemui Dinamakan Sebagai Mo Salah

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 333 hits
Fenomena bintang bola sepak ternama yang beraksi bersama sama gergasi Liga Perdana Inggeris Liverpool ini terus menjadi sebutan apabila spesis semut baru yang ditemui dinamakan bersempena namanya Jika Zlatan Ibrahimovic mempunyai burgernya ...
Adun Cina Pkr Tak Boleh Terima Di Tegur Ketua Melayu Pkr

Adun Cina Pkr Tak Boleh Terima Di Tegur Ketua Melayu Pkr

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 399 hits
Pemimpin Cina Laungkan Kembali Perkataan MELAYU BODOH Dan MELAYU SAKAI MASUK HUTAN Yang Pernah Mencetuskan Tragedi 13 May 1969PEMIMPIN CINA PARTI KERAJAAN MASIH MENGAMALKAN SIKAP RASIS WALAU PUN BERADA DALAM PARTI YANG SAMA Bila seorang pem...
Tengok Jauh Jauh Nubhan Kongsi Sikap Anak Sulungnya Tak Boleh Terima Adik Baru

Tengok Jauh Jauh Nubhan Kongsi Sikap Anak Sulungnya Tak Boleh Terima Adik Baru

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 615 hits
Kehadiran anak kedua yang juga bayi lelaki kepada penyanyi Nubhan Ahmad dan isterinya Dr Afifah Tawfek pada 19 Januari lalu menjadi pelengkap rumah tangga mereka selepas mempunyai anak perempuan Aafiya Kamilia yang kini berusia dua tahun Ba...
Ph Kalah Bukti Rakyat Tolak Kerajaan Rasis Dikuasai Dap

Ph Kalah Bukti Rakyat Tolak Kerajaan Rasis Dikuasai Dap

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 480 hits
Oleh Siti Fatimah IshakRakyat beri mesej jelas pilih PH adalah kesilapan yang perlu diperbetulBANGI Kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands membuktikan rakyat menolak kerajaan rasis yang dikuasai parti ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles