Penyingkiran 5 Pemimpin Bersatu Tiada Kaitan Lembaga Disiplin

Pembatalan  keahlian Dr Mahathir Mohamad, anaknya Mukhriz dan tiga yang lain  sebagai ahli Bersatu tiada kaitan dengan lembaga disiplin parti itu,  kata pengerusinya, Megat Najmuddin Megat Khas.
Ketika dihubungi, ahli politik veteran itu memberitahu bahawa surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Suhaimi  Yahya itu adalah "urusan pentadbiran" yang berada di luar bidang kuasa  lembaga disiplin.
"Surat itu tidak datang dari saya atau lembaga disiplin. (Ini) tindakan pengurusan.
"Ini  melibatkan fasal 10.2.2 10.2.3 yang memperuntukkan pendaftaran sebagai  ahli gugur secara automatik disebabkan tingkah laku dan tindakan mereka  sendiri," katanya mengenai peruntukan yang disebut sebagai alasan untuk  membatalkan status mereka sebagai ahli.
Berikutan  surat berkenaan, pemimpin dan anggota Bersatu yang menyokong Mahathir  berpendapat sebarang tindakan memecat mereka mesti mendapat kebenaran  Majlis Pimpinan Tertinggi atas nasihat lembaga disiplin parti.
Ditanya  adakah keperluan memanggil pemimpin berkenaan di hadapan lembaga  disiplin, Megat Najmuddin berkata: "Tidak. Fakta-fakta itu bercakap  dengan sendirinya.Lembaga Disiplin nak tengok apa?"
"Tiada kaitan dengan lembaga disiplin.
"Ini adalah tindakan pentadbiran semata-mata untuk mengumumkan bahawa mereka secara automatik gugur sebagai ahli," katanya.
Selain  Dr Mahathir dan Mukhriz, tiga pemimpin lain yang menerima surat  berkenaan ialah Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Rahman,  Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Maszlee Malik (Simpang Renggam).
Susulan itu mereka mengeluarkan kenyataan bersama dengan mengatakan pemecatan tersebut adalah salah dari segi undang-undang dan bertentangan perlembagaan parti.
Megat Najmuddin, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan bersama itu.
Terdahulu,  anggota majlis tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan berpendapat parti  itu tidak memecat lima pemimpin berkenaan, namun tindakan mereka duduk  di blok pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu  menyebabkan status keahlian mereka gugur secara automatik.
Sebelum ini Mahathir mengatakan beliau akan tetap duduk di blok pembangkang di parlimen.
Bagaimanapun, Pengerusi Bersatu Pulau Pinang, Marzuki Yahya mendakwa kelima-lima mereka duduk sebagai anggota parlimen bebas.
MR :  Bersatu nak bercerai roboh
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/penyingkiran-5-pemimpin-bersatu-tiada.html