Muhyiddin Rancang Tarik Pemimpin Umno Sertai Bersatu


Manzaidi Mohd Amin Rakaman audio Muhyiddin tular di media sosial dan dijadikan bahan propaganda penyokong PH. KUALA LUMPUR – Satu rakaman suara perbincangan antara Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan beberapa pemimpinnya sedang merancang untuk menarik seramai mungkin pemimpin UMNO menyertai parti itu tular di media sosial sejak semalam.
Rakaman berdurasi 2.24 minit yang dijadikan bahan propaganda oleh penyokong Pakatan Harapan (PH) itu mendedahkan bagaimana perancangan Muhyiddin hendak menjadikan Bersatu sebuah parti Melayu terbesar dengan mengajak pemimpin UMNO menyertainya.
Dalam perbualan itu, hanya suara Muhyiddin yang kedengaran jelas merangka perancangan, disambut sokongan dan hilai ketawa pemimpin lain yang hadir pada perjumpaan berkenaan.
“Saya katakan ada 30 lebih yang (pemimpin) UMNO sekarang ini, boleh tak kita jumpa dan cakap dengan mereka? Hei, kita nak membentuk kerajaan kan? mengapa tidak sertai Bersatu?
“Kalau Bersatu sudah (ada) 41 (orang), campur 10 daripada UMNO, sudah (ada) 40. Kita adalah parti yang terbesar. Saya sedihlah, Tun (Dr. Mahathir Mohamad) tak ikut perancangan besar ini, dan saya rasa ia boleh dilaksanakan.
“Kalau kita ambil seorang (demi) seorang, mungkin ada antara mereka (pemimpin UMNO) kalau kita tawarkan jawatan tertentu, apa beza (mereka) nak sertai Bersatu, (dan) apa beza nak kekal dalam UMNO?,” soal beliau yang dipetik sebagai berkata dalam rakaman audio itu.
Menurut Muhyiddin, jika usaha sedemikian dilakukan, beliau percaya sebahagian besar pemimpin UMNO akan menyertai Bersatu.
Katanya, ini terbukti apabila sudah ada beberapa pemimpin UMNO yang menyertai parti itu yang merujuk kepada kemasukan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan beberapa yang lain.
“Bayangkan kalau 30 masuk dengan kita? Dengan 40 yang ada, kita adalah satu-satunya parti Melayu paling besar yang memerintah. Yang ini perancangan besar. Maaflah, nak cakap sikit walaupun saya sakit, saya buat kerja. Tiap malam saya cakap dengan orang.
“Hari tu saya cakap dengan Hamzah, Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu). mengapa kita tidak berbincang? Awak pun boleh Rafiq (Mohd Rafiq Naizamohideen – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Melaka).
“Cakap (pujuk dengan) seorang dua, tiga, empat, lima (orang)… kalau tambah seorang dua, tiga… kalau dia (mereka) tau kerajaan baru nak terbentuk, (pemimpin) UMNO (akan) masuk,” katanya.
Beliau turut menyatakan, kenapa pemimpin berkenaan tidak menyertai Bersatu sekarang, dan kenapa perlu mahu menyertainya kemudian?
Katanya, kalau jika jentera Bersatu melakukan dari sekarang, bukan sahaja 10 atau 20 pemimpin UMNO akan menyertai parti itu, termasuk yang memihak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Muhyiddin berkata, pemimpin yang menyertai Bersatu akan diberikan jawatan Menteri dan sekurang-kurangnya pengerusi di syarikat kerajaan (GLC) supaya mereka tidak menyertai PH dan menjadi sebahagian daripada kerajaan.
“Sudah tentulah, Tun beritahu saya No (tidak).. mungkin dia akan buat sesuatu. Saya tak fikir dia boleh buat sesuatu, dan semua orang ikut Najib punya tuntutan, dan ugut kita kalau kita tak bagi ini, kami akan keluar beramai-ramai.. mungkin boleh, tapi mungkin tak berjaya.
“Jadi, saya fikir jangan buat kesimpulan tersebut kerana jika ia terjadi, kelebihan adalah pada UMNO. Pada dasarnya, kalau kita buat begitu akan menguatkan Bersatu.
“Kalau Tun panggil dua tiga orang UMNO, kita cadangkan sertai sekarang. Kalau begitu kita jadi majoriti, lebih besar dari parti-parti lain yang ada sekarang. Bila masa lagi, inilah masanya,” katanya. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/muhyiddin-rancang-tarik-pemimpin-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mahu Hapuskan Bersatu Dengan Menjemput Muhyiddin Sertai Umno

Umno Mahu Hapuskan Bersatu Dengan Menjemput Muhyiddin Sertai Umno

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 396 hits
Tawaran Muhyiddin Kembali Pada UMNO Hanya Untuk Menghapuskan BERSATU dan Membunuh Karier Muhyiddin SahajaSekiranya Muhyiddin Yaasin bijak dia tidak akan menerima pelawaan UMNO ini Jaminan menjadi Perdana Menteri hanyalah jaminan kosong saha...
Zahid Tawar Bersatu Kembali Sertai Umno Tapi Muhyiddin Tak Akan Setuju

Zahid Tawar Bersatu Kembali Sertai Umno Tapi Muhyiddin Tak Akan Setuju

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 347 hits
Diterbitkan Hari ini 11 34 amExco Pemuda Bersatu Muzammil Ismail mendedahkan bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pernah menawarkan Bersatu supaya kembali menyertai Umno Bagaimanapun kata Muzammil Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tidak ...
Umno Tolak Sertai Pn Secara Rasmi Apa Langkah Muhyiddin Nanti

Umno Tolak Sertai Pn Secara Rasmi Apa Langkah Muhyiddin Nanti

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 440 hits
Umno tidak akan menyertai Perikatan Nasional secara rasmi jika gabungan itu didaftarkan pada masa akan datang menurut anggota Majlis Tertinggi parti itu Dr Mohd Puad Zarkashi Beliau mendakwa ia berbeza dengan hasrat Bersatu yang menurutnya ...
Muhyiddin Singkir Tiga Pemimpin Bersatu Dari Geng Mahathir

Muhyiddin Singkir Tiga Pemimpin Bersatu Dari Geng Mahathir

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 1176 hits
Tiga pemimpin Bersatu di peringkat pusat dan negeri yang diketahui umum berpihak kepada Dr Mahathir Mohamad telah dipecat oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin Mereka adalah anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Akramsyah Muammar Ubaid...
Youth Exco Muhyiddin Rejected Zahid S Offer For Bersatu To Join Umno

Youth Exco Muhyiddin Rejected Zahid S Offer For Bersatu To Join Umno

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 279 hits
Bersatu Youth exco Muzammil Ismail revealed that Umno president Ahmad Zahid Hamidi had offered splinter party Bersatu to return to Umno However he said Bersatu president Muhyiddin Yassin did not agree He told Malaysiakini this when asked ab...
Third Audio Recording Of Bersatu Meeting Surfaces Supposedly Of Muhyiddin Wanting To Join Forces With Umno

Third Audio Recording Of Bersatu Meeting Surfaces Supposedly Of Muhyiddin Wanting To Join Forces With Umno

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 375 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin MOHD SAHAR MISNI The StarPETALING JAYA A third audio recording allegedly of a Parti Pribumi Bersatu Malaysia meeting that occurred before Malaysia s political turmoil in February is making its rounds on social media...
Pemimpin Bersatu Yang Dipecat Dakwa Muhyiddin Kini Jadi Diktator

Pemimpin Bersatu Yang Dipecat Dakwa Muhyiddin Kini Jadi Diktator

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 326 hits
SHAH ALAM Lima pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dipecat hari ini melabelkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai diktator kerana berpolitik ketika pandemik Covid 19 dan kegawatan ekonomi Menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluar...
Rakaman Suara Mirip Muhyiddin Cadang Pikat Mp Umno Pula Tersebar

Rakaman Suara Mirip Muhyiddin Cadang Pikat Mp Umno Pula Tersebar

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 1046 hits
Halaman Facebook yang dikaitkan dengan Dr Mahathir Mohamad mendedahkan satu lagi rakaman audio yang didakwa dirakam pada mesyuarat majlis tertinggi Bersatu pada 23 Februari lalu Dalam rakaman itu seorang lelaki yang suaranya mirip dengan Pr...
Sebahagian Besar Bersatu Adalah Umno

Sebahagian Besar Bersatu Adalah Umno

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 499 hits
IBRAHIM MAT ISATidak semua sahabat di dalam parti Bersatu bersama dengan pengkhianat Mereka masih mendokong perjuangan bersama Pakatan Harapan tapi mereka terperangkap dalam pergolakan dalam parti sendiri Tidak adil bagi kita mengecam merek...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam