Penyata Akaun Bank Palsu 4 Lagi Individu Ditahan Sprm


 
Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat lagi individu termasuk pemilik syarikat bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank milik syarikat yang mempunyai butiran palsu kepada syarikat pembersihan.
Menurut sumber, empat individu berusia antara 37 hingga 51 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kedah selepas hadir memberi keterangan berhubung dakwaan mengemukakan penyata akaun bank palsu bagi melayakkan syarikatnya memasuki tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.
Beliau memberitahu, seorang individu berusia 44 tahun yang merupakan pengurus ditahan kira-kira jam 8 malam pada Isnin.
“Seorang wanita berusia 38 tahun yang merupakan pemilik syarikat ditahan pada jam 10.15 pagi Selasa manakala dua lagi individu yang juga pemilik syarikat berusia 37 tahun dan 51 tahun masing-masing ditahan jam 2.30 petang dan 7.30 malam hari yang sama.
“Pengurus berkenaan direman selama lima hari mulai 11 Jan dan wanita yang juga pemilik syarikat akan dirakamkan pernyataan dan dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Sumber memberitahu, permohonan reman terhadap dua lagi pemilik syarikat akan dilakukan pada Rabu.
Beliau menjelaskan, pihak SPRM kini sedang mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam kes ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi dilaporkan mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Sebelum ini, media melaporkan seramai 15 individu termasuk seorang wanita direman bagi membantu siasatan berhubung kes sama.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Nor selepas mendapat permohonan SPRM Kedah.
Siti Norhidayah membenarkan perintah reman terhadap semua suspek berusia 31 hingga 68 tahun antara tiga hingga lima hari bermula Selasa.
Kesemua suspek antara 21 individu ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, bagaimanapun enam lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/penyata-akaun-bank-palsu-4-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Tahan 21 Individu Bantu Kes Penyata Palsu

Sprm Tahan 21 Individu Bantu Kes Penyata Palsu

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 211 hits
BH ONLINE ALOR SETAR Seramai 21 individu termasuk tiga wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat...
Sprm Tahan 25 Individu Kes Dokumen Palsu Tender Pembersihan Rm60 Juta

Sprm Tahan 25 Individu Kes Dokumen Palsu Tender Pembersihan Rm60 Juta

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 280 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seramai 25 individu bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun palsu beberapa syarikat kepada sebuah syarikat pembersihan bagi memasuki tender bernilai lebih RM60 juta pada 2018 dan ...
Sijil Vaksin Palsu Polis Tahan 6 Lagi Individu Aktif Cari Pelanggan

Sijil Vaksin Palsu Polis Tahan 6 Lagi Individu Aktif Cari Pelanggan

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 211 hits
KUALA TERENGGANU Seramai enam individu termasuk seorang juruteknik ditahan bagi membantu siasatan berhubung penipuan sijil vaksinasi dipercayai palsu didalangi seorang doktor antivaksin Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata ke...
Sprm Lapor Polis Dakwaan Palsu Tidak Disahkan Terhadap Azam

Sprm Lapor Polis Dakwaan Palsu Tidak Disahkan Terhadap Azam

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 230 hits
MALAYSIA NOW Seorang pembantu kepada Azam Baki berkata tidak menjadi satu kesalahan bagi pegawai penguatkuasa kanan untuk memiliki saham atau menjadi pengarah syarikat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki Suruh...
Curi Duit Rm25 Juta Pegawai Kanan Sprm Ditahan Di Penjara Simpang Renggam

Curi Duit Rm25 Juta Pegawai Kanan Sprm Ditahan Di Penjara Simpang Renggam

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 384 hits
Polis menahan seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dikaitkan dengan kehilangan barang kes iaitu wang tunai berjumlah RM25 juta yang disita badan itu Timbalan Ketua Polis Negara Razarudin Husain ber...
Poliklinik Diserbu 7 Ditahan Terlibat Keluarkan Sijil Vaksinasi Palsu

Poliklinik Diserbu 7 Ditahan Terlibat Keluarkan Sijil Vaksinasi Palsu

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 232 hits
BERNAMA Modus operandi poliklinik itu adalah bagi individu antivaksin mereka tidak akan disuntik tetapi hanya dikeluarkan sijil selepas dikenakan bayaran tertentu Seorang wanita melihat perbandingan dua sijil digital vaksinasi di dalam apli...
Aplikasi Scammer Melalui Whatsapp Mampu Sedut Duit Dalam Akaun Bank

Aplikasi Scammer Melalui Whatsapp Mampu Sedut Duit Dalam Akaun Bank

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 275 hits
Berupaya mencipta pelbagai aplikasi khas khusus digunakan untuk menggodam telefon pintar mangsa selain menyedut duit simpanan di dalam akaun bank dalam tempoh masa singkat kegiatan jenayah licik kian menjadi jadi selepas ramai mangsa diperd...
Skandal Sprm Artikel Cari Pasal

Skandal Sprm Artikel Cari Pasal

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 197 hits
MOHD NASIR ABDULLAH TULISAN aku ini bukan untuk meneliti betul atau salah pengakuan Tan Sri Azam tetapi sikap kita terhadap berita yang diterima Aku mengambil beberapa masa bagi mencari kekuatan menulis tulisan ini Melihat kepada gelombang ...
Forest Fire Breaks Out In Kajang Prima

Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

Syok Bersuka Ria Di Splash Carnival Legoland Johor

Pas Youth Unaware Of Muhyiddin S Meeting With Other Opposition Parties

Belajar Menerima Pandangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

Kenapa Lama Tak Update Blog

Imam Masjid Ar Rahmat Di Felda Lembah Klau Raub Meninggal Dunia Ketika Sedang Pimpin Solat Jumaat

Hantaran Memetik Titah Dan Menggunakan Gambar Ydpa Sultan Ibrahim Berhubung Dunia Islam Adalah Tidak Benar

Jemputan Dihantar Kepada Kepemimpinan Tinggi Pas Namun Tiada Wakil Yang Hadir Dakwa Bersatu

Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan