Sprm Lapor Polis Dakwaan Palsu Tidak Disahkan Terhadap Azam


MALAYSIA NOW
Seorang pembantu kepada Azam Baki berkata tidak menjadi satu kesalahan bagi pegawai penguatkuasa kanan untuk memiliki saham atau menjadi pengarah syarikat.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa polis menyiasat seorang aktivis NGO berhubung penerbitan berita palsu berkait sebuah artikel yang mendakwa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki mempunyai konflik kepentingan dalam pemilikan beberapa saham syarikat, MalaysiaNow difahamkan.
Dalam sebuah laporan yang dilihat MalaysiaNow, Mohan Munusamy, yang merupakan penolong kanan pesuruhjaya SPRM berkata dakwaan yang dilakukan Lalitha Kunaratnam bukan sahaja salah fakta, bahkan membayangkan pegawai-pegawai kanan penguatkuasan badan itu melakukan rasuah hanya kerana mereka terlibat dalam perniagaan.
“Saya sedia maklum bahawa adalah tidak menjadi satu kesalahan jika seseorang pegawai penguatkuasa kanan memiliki saham atau menjadi pengarah mana-mana syarikat dan perkara ini tidak sama sekali dilarang oleh undang-undang di Malaysia,” katanya.
Ia juga turut berkata dakwaan terhadap Azam tersebut adalah “palsu, tidak berasas, berniat jahat”, sambil menambah artikel Lalitha, yang mempunyai kaitan dengan NGO C4 Center diketuai aktivis Cynthia Gabriel ditulis dengan tujuan memburukkan badan-badan penguatkuasaan dan pegawai kerajaan.
“Saya mendapati penulis artikel itu membuat kenyataan palsu tanpa sebarang percubaan untuk mengesahkannya, dia membuat kesimpulan sendiri bahawa semua penguatkuasan kanan akan menyalahgunakan kuasa dan melakukan rasuah jika mereka memiliki saham atau terlibat dengan perniagaan,” tambahnya.
Pada Khamis, Azam menghantar surat tuntutan terhadap Lalitha, beberapa jam selepas beliau berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan yang dilakukannya.
Azam turut berkata tiada sebarang kesalahan dalam membenarkan adiknya, Nasir Baki untuk melaksanakan perniagaan menggunakan akaun beliau bagi membeli saham dalam pasaran terbuka.
Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) juga turut berkata Azam tidak melakukan sebarang kealahan dan pengerusinya Abu Zahar Ujang turut berkata lembaga itu berpuas hati dengan penjelasan berhubung perkata itu yang diberikan sendiri oleh ketua pesuruhjaya SPRM itu.
Susulan itu, pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyerang Azam dan Abu Zahar, menggesa kedua-duanya disiasat dan diberikan cuti sementara selain turut menggesa siasatan dilakukan terhadap ketua pesuruhjaya SPRM sebelum ini.
Azam yang menduduki jawatan ketua pesuruhjaya selepas Latheefa Koya meletakkan jawatan pada Mac 2020, memiliki empat dekad pengalaman dalam badan pencegahan rasuah termasuk ketika berada dalam agensi rasuah sebelum SPRM, iaitu Badan Pencegahan Rasuah.
Dilatih dalam bidang kejuruteraan dan undang-undang, Azam adalah merupakan pegawai paling kanan dalam SPRM yang mempunyai pengalaman luas dalam siasatan melawan jenayah pengubahan wang haram, selain siasatan kes berprofil tinggi melibatkan ahli perniagaan dan ahli politik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/sprm-lapor-polis-dakwaan-palsu-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Fitnah Aktivis Khaidir Ahmad Buat Laporan Polis Terhadap Pahangku Media

Dakwaan Fitnah Aktivis Khaidir Ahmad Buat Laporan Polis Terhadap Pahangku Media

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 235 hits
TEMERLOH Aktivis alam sekitar Khaidir Ahmad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah disini petang tadi atas dakwaan difitnah oleh portal Kerajaan Pahang Pahangku Media Pahangku Media adalah salah sebuah portal kerajaan selain dari...
Pemuda Pkr Berkonvoi Ke Ibu Pejabat Sprm Protes Terhadap Azam

Pemuda Pkr Berkonvoi Ke Ibu Pejabat Sprm Protes Terhadap Azam

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 240 hits
January 10 2022Salah seorang peserta yang membawa pelekat dalam konvoi protes Pemuda PKR pagi ini PUTRAJAYA Kira kira 50 ahli Pemuda PKR mengambil bahagian dalam konvoi dari Dataran Putra ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi...
Isu Azam Baki Pemuda Harapan Lapor Polis Petang Ini

Isu Azam Baki Pemuda Harapan Lapor Polis Petang Ini

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 261 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON January 7 2022Pemuda Harapan akan membuat satu laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki hari ini Laporan akan dibuat oleh Ketua Pemuda Pakatan Harapan Howa...
Vaksin Kanak Kanak Peguam Lapor Polis Terhadap Kj Noor Hisham

Vaksin Kanak Kanak Peguam Lapor Polis Terhadap Kj Noor Hisham

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 263 hits
Malaysiakini Peguam dan ibu kepada sepuluh anak Asiah Abdul Jalil membuat laporan polis terhadap Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berikutan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan vaksi...
Sprm Jawab Tuduhan Terhadap Azam Pada Rabu

Sprm Jawab Tuduhan Terhadap Azam Pada Rabu

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 217 hits
SPRM jawab tuduhan terhadap Azam pada Rabu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mengadakan sidang media pada hari Rabu bagi menjelaskan dakwaan konflik kepentingan yang melibatkan ketua pesuruhjayanya Azam Baki menurut satu laporan S...
Undur Azam Baki Ahli Parlimen Keadilan Buat Laporan Polis Ketua Sprm K

Undur Azam Baki Ahli Parlimen Keadilan Buat Laporan Polis Ketua Sprm K

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 363 hits
YB Fahmi Fadzil YB Akmal Nasir YB Maszlee Malik YB Mariah Chin dan beberapa orang Ahli Parlimen lain telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki membabitkan isu rasuah
Dakwaan Terhadap Saya Tak Berasas Azam Akan Saman Pihak Terlibat

Dakwaan Terhadap Saya Tak Berasas Azam Akan Saman Pihak Terlibat

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 233 hits
January 5 2022 Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata beliau akan mengambil tindakan undang undang terhadap mereka yang membuat dakwaan itu terhadapnya PUTRAJAYA Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki akhirnya ...
Kes Azam Baki Pengerusi Lppr Salahkan Media Kerana Salah Lapor

Kes Azam Baki Pengerusi Lppr Salahkan Media Kerana Salah Lapor

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 255 hits
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Abu Zahar Ujang mempersalahkan media berhubung kontroversi yang timbul daripada sidang medianya pada 5 Januari lalu ketika dia mengisytiharkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki tidak melakukan se...
Hadi Kritik Media Lapor Dakwaan Salah Laku Sebelum Dibawa Ke Mahkamah

Hadi Kritik Media Lapor Dakwaan Salah Laku Sebelum Dibawa Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 218 hits
Hadi kritik media lapor dakwaan salah laku sebelum dibawa ke mahkamah Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengecam media kerana melaporkan dakwaan salah laku individu sebelum perkara itu dibawa ke mahkamah Abdul Hadi tidak menamakan individu itu ...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Radiohead Let Down Chord

Asal Nak Bikin Youtube Content Kini Dah Jadi Pengarah Filem Penghukum Nusantara Assassin

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sekadar Celoteh Prk Sabah 2025

Grindelwald Day 7 2

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa