Skandal Sprm Artikel Cari Pasal


MOHD NASIR ABDULLAH  TULISAN aku ini bukan untuk meneliti betul atau salah pengakuan Tan Sri Azam, tetapi sikap kita terhadap berita yang diterima. Aku mengambil beberapa masa bagi mencari kekuatan menulis tulisan ini. Melihat kepada gelombang yang maha dahsyat, menghempas kepada ramai orang ketika ini, iaitu keyakinan yang terhakis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akibat daripada satu pendedahan oleh ‘whistleblower’ berkenaan pemilikan saham atas nama Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki yang kemudiannya dinafikan oleh beliau, bahawa saham itu kepunyaan adiknya, tetapi menggunakan akaun sahamnya.

Setelah aku menunggu masa sesuai, kemudiannya muncullah tulisan Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS dalam tajuk ‘Apabila Media Menjadi Hakim’ yang secara jelas menunjukkan kepada kerosakan yang dibawa oleh media apabila mengajak rakyat berhukum dengan apa yang mereka dedahkan, tanpa mengambil kira perbicaraan di mahkamah. Tulis beliau, ada ajakan untuk mengembalikan seruan zaman kuno dahulu iaitu ‘suara rakyat adalah suara tuhan’.
Dengan memetik beberapa ayat al-Quran, Tan Sri Presiden PAS menjelaskan Islam menyuruh manusia untuk berhukum mengikut aturan Allah yang diturunkan melalui al-Quran. Begitulah beliau mengulanginya lagi, buat kesekian kalinya, yang dituduh tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah. Inilah ketetapan beliau yang teguh, tanpa berubah, walau dengan sesiapa sekalipun. Beliau tidak berganjak, kerana ini adalah suruhan Allah. Sudah banyak kali beliau menyatakan pendiriannya ini dan beliau melakukannya, bukan cakap kosong.
Apabila Dato’ Seri Najib didakwa, beliau diam. Bukan kerana pernah berbaju sedondon, tetapi kerana Allah menyuruh, tunggu sehingga hukuman dijatuhkan. Apabila Lim Guan Eng (LGE) didakwa, sikap yang sama beliau ambil, walaupun sudah banyak kali LGE menyakiti beliau, walau LGE bukan-Islam. Berseteru dalam politik, tidak mengheret beliau ke kancah kezaliman. Beliau melakukan kerja-kerja dakwah lain yang lebih berfaedah daripada menghukum LGE ketika masih belum terbukti bersalah. Ini semua kerana Islam ajarkan.
Ramai yang sinis dengan PAS, apabila PAS menyatakan berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda berkenaan 1MDB dahulu. Yang memerli PAS atau mengutuk PAS itu, kerana tidak faham apa kehendak Islam. Pertamanya PAS bukan hakim atau mahkamah di mana pendapat PAS terhadap sesuatu perkara itu, adalah hukuman tuntas atau menjadi satu keputusan rujukan bagi penghakiman. Bukan begitu. PAS hanya menyatakan pendapatnya setelah mendengar penjelasan oleh pihak yang autoriti.
Jelas sikap PAS berkait rapat dengan kisah Rasulullah S.A.W dengan dua orang yang sedang bertelagah. Rasulullah S.A.W mengingatkan supaya mereka bercakap benar dan tidak mengambil hak orang. Rasulullah S.A.W hanya akan berhakim dengan apa yang Baginda dengar. Baginda tidak tahu apa isi hati manusia. Ia bukan kerja Rasulullah S.A.W. Jika pandai berbelit, dia mungkin terlepas hukuman dunia. Jadi Rasulullah S.A.W yang mulia juga berkemungkinan dipengaruhi dengan perkataan manusia. PAS apatah lagi.
Dalam satu lagi kisah, Rasulullah S.A.W berhukum dengan pengakuan seorang wanita yang menafikan dirinya berzina, sedang dalam keadaan Rasulullah S.A.W tahu dia berbohong. Maka kemudiannya setelah lahirnya anak itu, wajah anak itu, saling tidak tumpah dengan lelaki yang dia berzina itu. Beginilah sikap dalam Islam. Berhukum dengan bukti, saksi dan keterangan lain. Bukan hanya dengan pendedahan sahaja. Islam memberi peringatan, bahawa ada dua mahkamah dalam hidup kita. Jika terlepas dari mahkamah dunia, maka akan berhadapan pula dengan mahkamah akhirat yang mana tiada lagi kelepasan.
Ramai yang bukan sahaja menjatuhkan hukuman bersalah kepada Tan Sri Azam Baki, malah dengan kerasnya menghina beliau serta adiknya. Ini juga tidak betul kerana Rasulullah S.A.W melarang kita menghina pendosa. Kisah berkenaan Sahabat yang menghina seorang penzina ketika hukuman sedang dijalankan setelah didapati bersalah, ditegur oleh Rasulullah S.A.W supaya tidak menghina diri pesalah, tetapi boleh merasa marah dengan dosa itu. Bermaksud jangan menyerang peribadi. Dia mungkin kalah kepada nafsunya, ada ruang yang sangat banyak untuk bertaubat. Apa lagi yang belum dibicarakan.
Masalah manusia yang tidak mengenal agama, mereka mahukan hukuman segera dijatuhkan di dunia. Paling jahat, mereka mahukan hukuman dijatuhkan kepada orang yang mereka tuduh, tanpa perbicaraan. Jika mereka dakwa, dikira sudah bersalah. Begitulah bagi golongan yang tiada asas agama dalam diri mereka. Ajakan mengenakan hukuman ini dengan beberapa slogan yang memberikan gambaran bahawa sesiapa yang tidak bersama mereka, adalah golongan pelindung kepada pesalah.
Tiada salahnya menyuruh yang terkena tuduhan untuk berehat sebentar. Mungkin bagi melegakan tekanan atas dirinya atau boleh diadakan siasatan menyeluruh dengan lebih terbuka. Siasat, jangan tidak siasat. Tetapi berilah juga peluang kepada yang dituduh untuk bernafas. Dan jika beliau tidak mahu berehat, jangan disalahkan beliau, kerana LGE juga dahulu, tidak berehat daripada tugasannya, tiada pula dari pihak sana yang bantah. Ambil kisah Kaab bin Malik yang dihukum setelah terbukti kesalahannya, tetapi tidak dihina kerana dosanya itu. Kaab tidak dihukum sebelum datangnya ketetapan Allah.
Aku hanya mengintai dari kejauhan yang mana kemungkinan pencalaran imej ini, adakah berkait dengan beberapa kes yang sedang berlangsung sekarang di mahkamah? Jika calaran ini dalam dan berbekas, maka nanti apa-apa sahaja daripada SPRM, akan ditolak orang. Tiada lagi kepercayaan. Masih ingat kisah Teoh Beng Hock? Sehingga selepas menang, mereka membuka semula kes itu, tetapi tiada apa-apa kesalahan yang membolehkan mereka mendakwa SPRM. Keluarga Beng Hock merasa tertipu. Kita juga. Masih lupa? Jika lupa, ingat pula kes-kes yang didedahkan oleh pakar formula dari PKR. Masih berbau hancingnya.
Lihat kepada sejarah. Uthman dibunuh kerana tuduhan salah guna kuasa, Ali dibunuh kerana dituduh tidak menghukum pembunuh Uthman. Fitnah yang digerakkan oleh golongan pemberontak ketika itu. Bukti sekarang ini sudah cukup, nanti jika Tan Sri Azam tidak didapati bersalah, maka SPRM akan dituduh macam-macam. Maka benarlah nasihat Tan Sri Presiden PAS yang kita mesti ikut Islam dalam berhukum, jangan ikut pihak yang jahil Islamnya. Aku bersama Presiden PAS yang sekarang ini diserang kerana menyampaikan kebenaran Islam. HARAKAHDAILY


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/skandal-sprm-artikel-cari-pasal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Cari Pasal Jangkitkan Diri Dengan Virus Covid 19

Jangan Cari Pasal Jangkitkan Diri Dengan Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 205 hits
AGENDA DAILY Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melancarkan program Inisiatif Mengakhiri AIDS Melalui Kerjasama Pintar Kerajaan badan bukan kerajaan atau secara ringkasnya GO NGO Model KK 2 0 Peringkat Kebangsaan di Klang hari ini Orang ra...
Skandal Ketua Sprm Hanya Hasil Siasatan Bebas Akan Diyakini Rakyat

Skandal Ketua Sprm Hanya Hasil Siasatan Bebas Akan Diyakini Rakyat

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 166 hits
Kontroversi kes pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki hanya akan selesai sekiranya satu jawatankuasa siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan Menurut Ahli Parlimen Sunga...
Wujud Pesakit Suka Cari Pasal Tak Faham Situasi Farmasi Kita Je Kena Faham Dia Jururawat

Wujud Pesakit Suka Cari Pasal Tak Faham Situasi Farmasi Kita Je Kena Faham Dia Jururawat

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 326 hits
Semalam kecoh di media sosial isu berkaitan pesakit dilayan dengan biadap oleh ahli farmasi selepas beliau meminta agar ubatnya dihantar terus ke rumah dengan menggunakan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tamb...
Terence Gomez Letak Jawatan Panel Sprm Dakwa Dakwaan Babit Pegawai Tinggi Tak Dibincangkan

Terence Gomez Letak Jawatan Panel Sprm Dakwa Dakwaan Babit Pegawai Tinggi Tak Dibincangkan

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 252 hits
PETALING JAYA Ahli ekonomi Edmund Terence Gomez meletak jawatan sebagai ahli panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan laporan yang membabitkan pegawai pegawai tinggi SPRM Gomez dala...
Pemuda Amanah Desak Ketua Pesuruhjaya Sprm Azam Baki Bercuti

Pemuda Amanah Desak Ketua Pesuruhjaya Sprm Azam Baki Bercuti

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 257 hits
FAZLI RADZIPemuda AMANAH Nasional mendesak agar Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki bercuti bagi memberikan laluan kepada penyiasatan mengenai aduan terhadapnya Ketua Pemuda AMANAH Nasional Hasbie Muda berkata ahli ekonomi Edmund Te...
Nasi Tidak Boleh Jadi Bubur Puad Mahu Pm Bertindak Segera Susulan Ahli Panel Sprm Letak Jawatan

Nasi Tidak Boleh Jadi Bubur Puad Mahu Pm Bertindak Segera Susulan Ahli Panel Sprm Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 167 hits
December 28 2021 Puad Zarkashi berkata kalau semua pihak mendiamkan diri dan tidak berani membincangkan dakwaan Edmund Terence Gomez maka siapa lagi yang patut bertindak kalau bukan Perdana Menteri PETALING JAYA Perdana Menteri perlu berani...
Ahli Panel Sprm Letak Jawatan Dakwa Tiada Tindakan Isu Libatkan Azam Baki

Ahli Panel Sprm Letak Jawatan Dakwa Tiada Tindakan Isu Libatkan Azam Baki

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 335 hits
Ahli ekonomi Edmund Terence Gomez meletakkan jawatan sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Gomez mendakwa ia selepas panel tersebut gagal bertindak terhadap dakwaan pemilikan kira kira d...
How To Unlock Disabled Ipad Without Itunes Bypass 2021 Softwaredive Com Artikel Magic Artikel Magic

How To Unlock Disabled Ipad Without Itunes Bypass 2021 Softwaredive Com Artikel Magic Artikel Magic

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 184 hits
How to unlock iPad without iTunes My iPad is disabled and I cannot use it Daniel asked for our support July 25We 2021 Need a solution to unlock a damaged iPad from iTunes you are here You get annoyed when you get the message iPad is Disable...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025