Penyanyi Aishah Kini Bergelar Datuk
KUALA PILAH: “Perasaan terharu apabila dapat menerima pingat ini, seolah-olah macam dalam mimpi. Ia merupakan satu sejarah, pengalaman, satu penghargaan bagi saya yang sudah melibatkan diri selama 35 tahun dalam industri muzik.”
Penyanyi Datuk Wan Aishah Wan Ariffin menyifatkan gelaran Datuk kurniaan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai penghargaan tidak ternilai setelah 35 tahun berkecimpung dalam industri muzik.
Aishah, 57, berkata, beliau sangat terharu menerima gelaran Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang dikurniakan sempena Hari Keputeraan Ke-74 Tuanku Muhriz.
“Tiada perkataan yang dapat digambarkan dan tidak sangka dapat penghargaan ini. Saya amat menghargai dan akan terus berkarya serta melakukan perkara yang baik apabila mendapat gelaran ini,” katanya ketika dihubungi semalam.
Anak kelahiran Jempol yang popular menerusi lagu Janji Manismu itu menerima gelaran tersebut di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah Sabtu lalu.
“Pada hujung usia ini saya juga mahu menulis lirik dengan mesej yang baik dan berharap dapat meninggalkan legasi yang baik kepada peminat dan negara. Saya juga berminat untuk menceburi bidang kraftangan dengan lebih serius pada masa akan datang.
“Saya juga teringin terlibat aktif dalam aktiviti perlindungan haiwan kerana saya amat menyukai kucing. Sekiranya ada peluang, saya mahu menjadi jurucakap dan bekerjasama dengan mana-mana pusat perlindungan haiwan,” kata beliau.
Dalam pada itu, Aishah memberitahu akan melancarkan lagu single berjudul Ketentuan Takdir pada 28 Januari ini.
“Alhamdulillah lagu sudah siap. Lagu ini menceritakan perjalanan hidup yang saya lalui dalam kerjaya seni.
“Saya berharap lagu ini dapat diterima dengan baik oleh peminat dengan kehadiran tahun baharu. Status baharu ini juga diharap menjadi fasa terakhir untuk saya yang menjangkau usia 57 tahun ini dan sekali gus dapat memberi manfaat kepada orang lain,” katanya.
Nama Aishah mula mengharum dalam dunia seni sebagai penyanyi pada awal tahun 1980-an bersama kumpulan, The Fan Club dari New Zealand.
Bersama kumpulan berkenaan, Aishah mengeluarkan album Sensation dan mencipta sejarah tersendiri sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia pernah menduduki carta Billboard Hot 100 menerusi lagu Don’t Make Me Fall Alone pada 1990.
Pada 2017, Aishah melakukan kemunculan semula dalam dunia seni tanah air apabila menjuarai program realiti, Gegar Vaganza musim keempat.
Beliau juga sebelum ini pernah aktif dalam dunia politik pada 2013 dan bertanding di Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan mewakili Pas. – UTUSAN
Penyanyi Aishah kini bergelar ‘Datuk’
Baca Artikel Menarik:
Najib saman Adam Mukhriz dan Amin Ahmad
Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Selepas suami disiasat PDRM, Zeti pula disiasat SPRM?
MB Perak dipuji Ketua Pembangkang
7 lokasi Mee Bandung Muar paling sedap sekitar Johor
Uyaina kena kecam pakai tanduk (Video)
GV8: Netizen harap Nikki juara, bukan Aliff Aziz
Bila PAS sama PAS berperang
Vicha akhirnya tayang suami tercinta
Ibu tikam bapa hingga mati disaksi 2 anak
PRNJohor: Tak yakin dengan parti sendiri ke?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM
The post Penyanyi Aishah kini bergelar ‘Datuk’ appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/25/penyanyi-aishah-kini-bergelar-datuk/