Kampung Sungai Perdak Karak Kini Jadi Sunyi Selepas Tragedi Kepala Air Dan Banjir Lumpur




BENTONG – Kampung Sungai Perdak, Karak di sini yang dilanda kejadian kepala air dan banjir lumpur kini bagaikan kawasan penempatan yang ditinggalkan.
Tinjauan media  mendapati kawasan kampung tersebut sunyi sepi kerana penduduk masih belum pulang ke kediaman masing-ma­sing kerana rumah mereka rosak, malah hampir roboh dihentam batang pokok.
Batang pokok yang hanyut ke kawasan rumah itu sebahagian besarnya dikumpulkan di tepi sungai selain terdapat longgokan balak masih ‘tersadai’ di pekarangan rumah penduduk.
Di kawasan tebing sungai pula, terdapat longgokan batang kayu dikumpulkan bagi memastikan aliran sungai lancar.
Ketua Kampung Sungai Perdak, Thu Yin Li berkata, meskipun kerja-kerja pembersihan masih dilakukan, pokok yang hanyut masih lagi banyak terutama di tebing sungai berhampiran kampung tersebut.
“Kejadian bah teruk yang membawa lumpur dan kayu-kayu telah menyebabkan kira-kira 29 buah rumah rosak, manakala dua buah rumah lagi telah dihanyutkan arus deras.
“Selepas 25 hari bencana ini berlaku, hanya enam buah rumah yang diperbuat daripada batu bata boleh didiami oleh penghuninya, manakala selebih­nya pula yang dibina daripada papan musnah. Penduduk terpaksa mencari tempat lain untuk berteduh,” katanya kepada Kos­mo! di sini semalam.


Menurut Yin Li, pada masa ini, kebanyakan mangsa-mangsa banjir masih menumpang di rumah saudara-mara mereka atau menyewa di rumah lain sementara kediaman masing-masing dibaiki dan dibina semula.
Tambah beliau, setakat ini, hanya satu keluarga masih me­numpang di Dewan Telemong di sini yang sebelum ini dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara.
Sementara itu, penduduk, See Kam Heng, 55, memberitahu, dia bersama ibu bapa dan anaknya masih menumpang di Dewan Telemong memandangkan rumah­nya masih belum dapat dibaiki dan dibersihkan sepenuhnya.
“Struktur rumah saya separuh batu dan papan rosak dan dipenuhi lumpur sehingga paras lutut menyebabkan proses pembersihan dan pembaikan memakan masa agak lama.
“Jadi, saya tidak mempu­nyai pilihan kecuali menumpang di sini untuk sementara waktu sehingga rumah kami dapat diduduki semula,” ujarnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/01/kampung-sungai-perdak-karak-kini-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peristiwa Banjir Lumpur Besar Di Bentong Memang Tidak Akan Dilupakan Sampai Bila Bila

Peristiwa Banjir Lumpur Besar Di Bentong Memang Tidak Akan Dilupakan Sampai Bila Bila

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 287 hits
Assalamualaikum Tak tahu nak mula dari mana Hari ini baru ada kekuatan untuk throwback peristiwa banjir yang melanda rumah Mak Abah rumah di mana Fiza membesar tenggelam dalam satu hari akibat hujan yang tidak berhenti Banjir Memang Fiza me...
Hujan Lebat Berterusan Jalan Di Gambang Di Naiki Air Kini Di Tutup Untuk Kenderaan Ringan

Hujan Lebat Berterusan Jalan Di Gambang Di Naiki Air Kini Di Tutup Untuk Kenderaan Ringan

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 223 hits
KUANTAN Hujan lebat berterusan sejak pagi Ahad menyebabkan beberapa jalan di kawasan Gambang berhampiran Bukit Gambang Water Park ditutup sepanjang 200 meter akibat dinaiki air Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari W...
Setahun Selepas Kontroversi Buli Aoa Kemas Kini Instagram Rasmi Buat Pertama Kali

Setahun Selepas Kontroversi Buli Aoa Kemas Kini Instagram Rasmi Buat Pertama Kali

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 256 hits
Umum mengetahui bahawa kumpulan AOA terpalit dengan kontroversi buli pada tahun lalu selepas pendedahan bekas ahlinya iaitu Kwon Mi na ARTIKEL BERKAITAN Walaubagaimanapun kesemua ahli lain dilihat sudah kembali meneruskan aktiviti seni mere...
Sebulan Selepas Banjir Mangsa Di Klang Masih Tunggu Bantuan

Sebulan Selepas Banjir Mangsa Di Klang Masih Tunggu Bantuan

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 221 hits
Taman Klang Utama ditenggelami air pada 18 Dis tahun lepas PETALING JAYA Mangsa banjir Loganathan Asaithandy masih menunggu bantuan kerajaan walaupun sudah hampir sebulan air banjir di Taman Klang Utama yang didiaminya surut Hujan yang turu...
Gadis Serik Amal Diet Air Mineral Selepas Takut Tengok Kesannya Sekarang Pagi Pagi Dah Makan Nasi Lemak

Gadis Serik Amal Diet Air Mineral Selepas Takut Tengok Kesannya Sekarang Pagi Pagi Dah Makan Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 345 hits
SETIAP wanita pasti mahu memiliki tubvh yang ramping dan menawan Pelbagai kaedah tip atau diet yang diamalkan demi menurunkan berat badan Namun ada yang tersalah percaturan dalam merealisasikan impian tersebut sehingga boleh memudaratkan ke...
Bayi Kembar 2 Kepala 1 Badan Meninggal Dunia Selepas 3 Jam

Bayi Kembar 2 Kepala 1 Badan Meninggal Dunia Selepas 3 Jam

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 235 hits
BH ONLINE Pasukan doktor RSMH Palembang berdoa untuk bayi kembar dengan dua kepala dengan satu badan Foto ANTARA Jabatan Perhubungan Awam RSMH Palembang SUMATERA SELATAN Bayi kembar yang dilahirkan dengan dua kepala pada satu badan di Hospi...
Kepala Nyaris Digilis Kereta Api Selepas Cuba Berpaut

Kepala Nyaris Digilis Kereta Api Selepas Cuba Berpaut

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 230 hits
TANGKAP layar menunjukkan lelaki itu berjaya ditarik ke bahagian tengah platform selepas diselamatkan dua pengawal keselamatan Dinesh Dubey SWNS MUMBAI Seorang lelaki di India berdepan dengan detik detik cemas apabila kepalanya nyaris digil...
Tlndakan Raja Bomoh Lakukan Ritual Haiau Banjir Kini Tular Netizen Minta Jgn Tambah Murka Allah

Tlndakan Raja Bomoh Lakukan Ritual Haiau Banjir Kini Tular Netizen Minta Jgn Tambah Murka Allah

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 298 hits
Insiden MH360 yang masih lagi hilang tanpa khabar berita sehingga hari ini benar benar berbekas dalam diri rakyat Malaysia
Senarai Sekolah Ditutup Akibat Banjir Dikemas Kini Setiap Rabu

Senarai Sekolah Ditutup Akibat Banjir Dikemas Kini Setiap Rabu

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 290 hits
Senarai sekolah ditutup akibat banjir dikemas kini setiap Rabu Senarai sekolah yang masih belum dibuka susulan terkesan akibat banjir akan dikemas kini setiap Rabu bagi membolehkan sekolah terlibat memulakan pengoperasian bagi minggu seteru...
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al

Editing Tools For Drawing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Serawa Buah Bachang

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna