Penyakit Misteri Muntah 14 Jam Sehari


Penyakit misteri yang menyebabkan Megan Stone, 6, muntah-muntah hampir 14 jam sehari, sejak dua tahun lalu mendatangkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarganya.

Megan Stone (kanan), penghidap penyakit misteri

Kanak-kanak yang didiagnosis dengan sindrom kitaran muntah itu dikatakan mengalami muntah lebih daripada 30 kali sehari setiap kali penyakit itu menyerang.

Justeru, Megan hanya mampu berbaring dan terpaksa menahan kesakitan sehingga berhari-hari setiap kali diserang penyakit tersebut.

Ibunya, Rachel Stone, 35, berkata, sindrom misteri tersebut hanya dapat dikenal pasti ketika Megan berusia tiga tahun.

Pada waktu itu, Megan dikatakan sering mengalami pening, kekejangan perut dan peluh yang berlebihan.

"Bermula dari situ, dia sering muntah-muntah dengan teruk dan keadaan tersebut berlanjutan sehingga beberapa minggu," jelasnya.

"Walaupun telah menemui tiga orang pakar untuk merawat penyakit misteri dialami Megan, namun mereka masih keliru dan gagal mengenal pasti punca penyakit tersebut," jelasnya.

Doktor bagaimanapun mengaitkan sindrom misteri tersebut dengan beberapa jangkitan seperti virus, alahan terhadap makanan dan penyakit bulimia.

Bulimia merupakan gangguan emosi yang menyebabkan pesakit memuntahkan kembali makanan yang baru dimakan.

Ubat


Bagi meredakan muntah, Megan pernah diberi ubat alahan, namun kanak-kanak malang tersebut memuntahkan semula ubat yang diberi.

Setelah lebih dua tahun berperang dengan penyakit misteri tersebut, Megan akhirnya disahkan menghidap sindrom kerap muntah (CVS) iaitu pesakit akan muntah dalam tempoh lama tanpa henti.

Ujar Rachel, penyakit misteri tersebut menyebabkan dia tidak sanggup melihat penderitaan yang dialami Megan.

"Saya lihat dia begitu letih dan kakinya akan menjadi lembik seperti jeli setiap kali diserang sindrom misteri tersebut.

"Disebabkan itu, kami terpaksa mendukungnya sewaktu ke tandas ataupun ketika mahu membawa berjumpa doktor," jelasnya.

Walaupun doktor tahu penyakit misteri yang dialami Megan, namun mereka masih tidak dapat memberi ubat-ubatan yang sesuai untuknya.

Bingung dengan situasi tersebut, Rachel mengurung anaknya di rumah dan mengehadkan aktiviti harian kerana bimbang salah satu daripada aktiviti yang dilakukan bakal menyebabkan dia diserang sindrom misteri itu.

"Namun, apabila melihat abangnya berlatih sukan karate di rumah, Megan berminat dan meminta keizinan saya untuk turut serta dalam aktiviti tersebut.

"Minggu pertama Megan menyertai aktiviti tersebut, saya dapat melihat ada sedikit perubahan dalam dirinya dan dia semakin aktif," jelasnya.

Karate


Ujar Rachel, jika dahulu Megan mengalami serangan misteri tersebut empat kali dalam setiap dua minggu, namun selepas menyertai aktiviti tersebut dia jarang diserang sindrom tersebut dan tanpa bantuan sebarang bantuan ubat.

Bukan itu sahaja, Megan juga kini mampu berjalan kaki sewaktu pulang dari sekolah tanpa rasa sakit.

"Melihat keadaan tersebut, saya dapat merumuskan sindrom misteri ini berkemungkinan bersangkut paut dengan stamina Megan.

"Jadi, saya mula mencari beberapa aktiviti sukan lain selain karate supaya penyakit tersebut mampu sembuh sepenuhnya," jelas Rachel.

Disebabkan itu, karate kini menjadi sebahagian daripada aktiviti keluarga mereka sekeluarga.

"Megan sekarang semakin aktif dan lebih membanggakan apabila dia telah melepasi tiga peringkat tali pinggang dalam aktiviti karate," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Sindrom Kerap Muntah London, Dr. Robin Dover berkata, sindrom tersebut telah menjejaskan kira-kira dua peratus daripada kumpulan kanak-kanak sekolah.

Lebih mengejutkan, orang dewasa juga berpotensi menghidap penyakit misteri tersebut kerana CVS tidak tertakluk pada mana-mana peringkat umur.

"Ia adalah satu keadaan yang kurang difahami kerana penghidap pada kebiasaannya kelihatan sihat dan normal, namun pada masa yang sama mereka sering diserang loya-loya dan muntah.

"Lazimnya, individu akan diserang selang dua hingga empat hari sebelum serangan yang seterusnya bermula pada dua minggu akan datang," jelasnya.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Penyakit Paru-paru Berair?

Sumber: Kosmo.com.my



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/09/penyakit-misteri-muntah-14-jam-sehari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misteri Gadis Cantik Tidur 22 Jam Sehari

Misteri Gadis Cantik Tidur 22 Jam Sehari

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 291 hits
Waktu tidur amat penting dalam kehidupan bukan sahaja merehatkan tubuh badan dan minda tetapi mempunyai hubung kait dengan sistem badan seseorang Kita sering disarankan untuk mendapatkan tempoh tidur normal selama 8 jam sehari kerana ianya ...
Orang Indonesia Internetan Lebih Dari 7 Jam Sehari Paling Suka Akses Apa Sih

Orang Indonesia Internetan Lebih Dari 7 Jam Sehari Paling Suka Akses Apa Sih

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 304 hits
Meskipun durasi internetan ini terbilang cukup tinggi nyatanya tahun 2022 lalu angkanya justru lebih tinggi lagi loh
Misteri Penyakit Keloid Parut Hodoh Yang Hidup

Misteri Penyakit Keloid Parut Hodoh Yang Hidup

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 331 hits
Pernahkah anda ternampak seseorang yang mempunyai kesan melecur pada badan Kemudian wujud pula kesan timbul seperti bekas parut yang masih baru dan bekas parut itu kelihatan kemerah merahan Fenomena ini selalunya disebut sebagai parut hidup...
Tak Mahu Zuriat Sebab Nak Tidur 8 Jam Sehari Influencer Anggap Anak Beban

Tak Mahu Zuriat Sebab Nak Tidur 8 Jam Sehari Influencer Anggap Anak Beban

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 252 hits
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti inginkan zuriat sendiri Tapi lain pula bagi influencer terkenal dari Indonesia ini apabila dia dan suami memilih untuk child free sejak 2021 Mereka sememangnya memilih untuk berkahwin tanpa...
Genre Aksi Misteri Kim Namgil Dilamar Terajui Drama Execution

Genre Aksi Misteri Kim Namgil Dilamar Terajui Drama Execution

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 305 hits
Selepas Island Kim Nam gil berkemungkinan akan membintangi sebuah lagi drama bergenre aksi ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 3 Februari media melaporkan bahawa Kim Nam gil sedang dalam perbincangan untuk terajui drama aksi misteri baru berjudu...
Video Misteri Motif Eks Wali Kota Blitar Samanhudi Terlibat Perampokan Rumdin Walkot

Video Misteri Motif Eks Wali Kota Blitar Samanhudi Terlibat Perampokan Rumdin Walkot

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 256 hits
Samanhudi disebut ikut merencanakan perampokan bersama tiga tersangka yang sudah ditangkap saat masih berada di Lapas Sragen Jawa Tengah
Tampil Misteri Pelakon Ini Dijangka Akan Jadi Watak Penting Dalam Bahagian 2 The Glory

Tampil Misteri Pelakon Ini Dijangka Akan Jadi Watak Penting Dalam Bahagian 2 The Glory

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 324 hits
Mempunyai pengakhiran yang tergantung pasti ramai yang teruja menantikan bahagian 2 The Glory kan ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu The Glory membawa kisah Moon Dong eun yang dibuli di sekolah oleh sekumpulan pelaku hingga menyebabkan ...
Misteri Penemuan Orang Pendek Di Sumatera

Misteri Penemuan Orang Pendek Di Sumatera

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 455 hits
Sekitar tahun 2001 2003 sepasukan tiga orang pengkaji British dan seorang penunjuk arah yang ketika itu sedang meredah hutan tebal di Taman Negara Kerinci Sumatera telah menyaksikan kelibat makhluk seakan Bigfoot melintasi mereka Namun saiz...
Bila Naik Kereta Nak Berjalan Jauh Anak Selalu Pening Muntah Dalam Kereta Kan Cuba Cara Ini Untuk Atasinya

Bila Naik Kereta Nak Berjalan Jauh Anak Selalu Pening Muntah Dalam Kereta Kan Cuba Cara Ini Untuk Atasinya

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 342 hits
Ibu adik pening duduk dalam kereta lama lama rasa macam kepala berpusing Ayat seperti ini mungkin akan keluar dari mulut si manja anda setiap kali bawa anak naik kereta untuk perjalanan yang jauh bukan Ya ia memang kedengaran menyusahkan Di...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi

Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ngatmombilung Sumelang Chord

Butterfly Ketika Cinta Memilih Untuk Terbang

Ford Ranger Wildtrak Vs Ford Ranger Raptor Which Pickup Suits Your Lifestyle

Bantuan 30 Tan Beras Uae Bukan Dari Kerajaan Salah Faham Punca Dipulangkan Mendagri Indonesia

Dapatkah Najib Tahanan Rumah 22 Disember Ini

Papagomo Didakwa Terima Sumbamgan Bayar Saman Anwar Tanpa Kemas Kini Perniagaan