Bila Naik Kereta Nak Berjalan Jauh Anak Selalu Pening Muntah Dalam Kereta Kan Cuba Cara Ini Untuk Atasinya


“Ibu, adik pening duduk dalam kereta lama-lama, rasa macam kepala berpusing”. Ayat seperti ini mungkin akan keluar dari mulut si manja anda setiap kali bawa anak naik kereta untuk perjalanan yang jauh bukan? Ya, ia memang kedengaran menyusahkan.

Dilema anak kecil & kenderaan
Setiap kali tiba cuti sekolah, si manja anda pasti tidak boleh duduk diam dan mula bertanya kepada anda berkenaan aktiviti yang ingin dilakukan pada waktu itu bukan? Mereka mungkin memilih untuk balik ke kampung halaman ataupun pergi melancong dan bercuti ke mana-mana pusat peranginan.
Bagi mana-mana ibu bapa, ia boleh jadi satu perkara yang menyeronokkan tetapi membimbangkan pada masa yang sama. Ini kerana anda perlu merancang terlebih dahulu perjalanan anda dengan baik agar si manja tidak meragam sepanjang perjalanan menuju destinasi pilihan.
Persoalannya, apa yang ibu bapa perlu lakukan sebagai tip bawa anak naik kereta untuk perjalanan jauh?
Tip bawa anak naik kereta untuk perjalanan jauh
Sebenarnya, tiada sebarang masalah untuk ibu bapa bawa anak naik kereta. Asalkan anda sebagai ibu bapa amalkan tip-tip berikut:
#1. Tentukan waktu dan tempoh perjalanan
Sebelum memulakan apa-apa perjalanan yang jauh, ibu bapa seharusnya merancang waktu dan tempoh perjalanan anda. Tidak ada waktu atau tempoh spesifik yang perlu dipatuhi kerana ia bergantung sepenuhnya kepada individu.
Namun begitu, cuba elakkan daripada terus memandu selama berjam-jam tanpa berehat seketika bagi mengelakkan kanak-kanak berasa mual dan stres sepanjang perjalanan. Ia juga pasti akan membuat anda berasa tidak selesa.
#2. Pastikan kondisi kereta berada dalam keadaan baik
Anda juga perlu memastikan kondisi kereta berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Periksa bahagian dalaman enjin, tekanan angin tayar, beg udara serta pasang kerusi kanak-kanak jika perlu.
Tali pinggang keledar dan beg udara direka untuk penumpang yang mempunyai ketinggian lebih 145 cm dan berat melebihi 36 kg sahaja. Jika si manja masih lagi kecil, jangan lupa pasangkan baby car seat ya?
Namun, harus diingatkan juga agar bayi dan anak-anak yang masih kecil perlu duduk di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang yang direka khas untuk usia dan berat mereka.
Jangan pula anda meletakkan kerusi tersebut di tempat duduk sebelah pemandu kerana ia adalah tindakan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan bayi terhumban ke depan jika kenderaan brek mengejut!
#3. Sediakan makanan
Ibu bapa perlu memenuhkan kereta dengan makanan dan minuman kegemaran anak dan juga anda sendiri. Ini bertujuan untuk mengelakkan kelaparan sepanjang perjalanan jauh anda.
Ketika ini, anda juga boleh melonggarkan sedikit peraturan pemakanan dan berikan mereka makanan ringan atau makanan segera yang digemari mereka.
#4. Sediakan pakaian
Selain makanan, pakaian juga penting. Ibu bapa perlu menyediakan secukupnya pakaian yang diperlukan oleh setiap ahli keluarga. Selain itu, sediakan juga kain atau tisu yang mudah anda capai sekiranya berlaku kecemasan kepada anak anda seperti muntah atau luka!
#5. Tetapkan peraturan
Ibu bapa perlu bersikap lebih tegas terhadap anak-anak dengan menetapkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang perjalanan anda menuju destinasi. Misalnya, anda boleh membuat peraturan agar anak anda meminta izin terlebih dahulu sebelum membuka tingkap, bumbung suria atau menukar saluran radio.

#6. Sediakan pelbagai bentuk hiburan untuk anak anda
Ini adalah penting bagi memastikan anak anda kekal ceria dan bersemangat sepanjang perjalanan. Anda boleh menyediakan pelbagai bentuk hiburan seperti permainan yang boleh selamat untuk dimainkan di dalam kereta. Jika anak anda seorang yang gemar menonton kartun, pasangkan dvd cerita kegemaran mereka agar mereka kekal terhibur.
#7. Bawa kamera
Anda sudah pasti tidak mahu terlepas daripada merakam setiap detik dan kenangan percutian anda bersama pasangan tercinta dan anak-anak. Bersama-sama, anda boleh merakam setiap keindahan yang anda temui sepanjang perjalanan anda menuju ke destinasi pilihan.
#8. Menyanyi dan menari bersama anak anda
Sekali-sekala, tidak salah jika anda mengubah watak ibu bapa yang tegas dan menjadi ibu bapa yang ‘happy go lucky’. Pasangkan lagu kegemaran anda seisi keluarga sambil menyanyi dan menari bersama-sama. Ini akan mencipta sebuah ritual dan pengalaman yang sangat indah dalam memori anak anda.
Kesimpulannya, tiada sebarang masalah sekiranya anda mahu bawa anak naik kereta untuk perjalanan jauh. Cuma, pastikan anda ikuti tip dalam artikel ini terlebih dahulu ya!
Kredit: Hello Doktor

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Bila Naik Kereta Nak Berjalan Jauh, Anak Selalu Pening & Muntah Dalam Kereta Kan? Cuba Cara Ini Untuk Atasinya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bila-naik-kereta-nak-berjalan-jauh-anak-selalu-pening-muntah-dalam-kereta-kan-cuba-cara-ini-untuk-atasinya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Habuk Lekat Pada Langsir Patut Anak Tak Sihat Ini Cara Betul Nak Bersihkan

Banyak Habuk Lekat Pada Langsir Patut Anak Tak Sihat Ini Cara Betul Nak Bersihkan

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 169 hits
Biarpun langsir bersaiz besar dan mungkin agak tebal ia tetap boleh dicuci menggunakan mesin basuh Jika dibiarkan lama tergantung tanpa dibersihkan tidak elok juga untuk kesihatan Ia akan mengumpul debu hama yang boleh menyebabkan masalah p...
Nak Anak Pandai Perfect Tapi Ni Kesilapan Mak Ayah Selalu Buat Masa Ajar Anak

Nak Anak Pandai Perfect Tapi Ni Kesilapan Mak Ayah Selalu Buat Masa Ajar Anak

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 221 hits
Anak kecil kita bukan dilahirkan terus jadi pandai Perlu diajar dari awal untuk mengenal satu satu pelajaran dengan baik Pun begitu nak mengajar anak membaca misalnya perlukan teknik yang betu Jauh sekali kita berkasar dengan anak Itu kesil...
Langkah Demi Langkah Cara Nak Automasikan Jualan Anda Dengan Website

Langkah Demi Langkah Cara Nak Automasikan Jualan Anda Dengan Website

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 159 hits
Tahukah anda dengan website kita boleh automasikan jualan produk kita Tak perlu layan tel whatsapp dan sebagainya Tapi bagaimanakah caranya Bayangkan kita selalu dapat email alert beritahu jualan masuk ja Tak perlu nak layan whatsapp bagai ...
Masalah Nak Buat Copywriting Boleh Cuba Teknik Ini

Masalah Nak Buat Copywriting Boleh Cuba Teknik Ini

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 188 hits
Ramai yang alami masalah buntu nak cari idea bila nak buat copywriting untuk iklankan produk yang ingin kita promosi Tapi jika kita tahu struktur dan caranya ia akan jadi lebih mudah Tapi masalahnya setiap hari nak kena tulis ayat iklan yan...
5 Cara Hilangkan Senggugut Yang Mungkin Korang Boleh Cuba

5 Cara Hilangkan Senggugut Yang Mungkin Korang Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 259 hits
5 CARA HILANGKAN SENGGUGUT YANG MUNGKIN KORANG BOLEH CUBA Ada ke dikalangan korang yang mengalami sakit senggugut yang teruk Macam mana korang atasinya Setiap wanita pasti akan mengalami mimpi ngeri bila senggugut datang Ia boleh menganggu ...
Tips Ckom Cara Nak Hantar Komik Secara Online

Tips Ckom Cara Nak Hantar Komik Secara Online

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 222 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya menerima banyak pertanyaan akan hal ini Untuk itu disini saya telah buat video khas menerangkan bagaimana untuk menghantar komik secara online melalui website Matkomik Tonton video dibawah untuk lebi...
Suami Fatin Afeefa Dikecam Kerana Berlagak Sekali Ada Orang Cuba Nak Dedahkan Kisah Silam Dia

Suami Fatin Afeefa Dikecam Kerana Berlagak Sekali Ada Orang Cuba Nak Dedahkan Kisah Silam Dia

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 287 hits
Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang sekali lagi menjadi perhatian orang ramai selepas tular sebuah rakaman sesi live di aplikasi TikTok
Tengah Malam Pun Tak Tidur Lagi Nak Bagi Anak Mudah Tidur Awal Doktor Kongsi Tip

Tengah Malam Pun Tak Tidur Lagi Nak Bagi Anak Mudah Tidur Awal Doktor Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 367 hits
Pening dibuatnya bila anak masih tak tidur walaupun sudah lewat malam Kepenatan ibu bekerja bertambah bila mana anak tidak mahu tidur Sudahnya esok pagi susah hendak bangun ke sekolah Rupanya banyak cara untuk pastikan anak tidur awal Tip y...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord