Penutupan Hari Sekolah Perlu Diganti Tidak Perlu Pdpr Kpm


Imej hiasan

CYBERJAYA: Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tidak akan dilaksanakan sekiranya ada sekolah yang memohon penutupan sekolah untuk sementara waktu berikutan cuaca panas melampau. 
Bagaimanapun, hari persekolahan mungkin diganti mengikut tarikh yang akan ditentukan oleh Pengarah Pendidikan Negeri masing-masing. 
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum), Dr Ahmad Rafee Che Kassim, berkata perkara itu terkandung dalam garis panduan yang telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini. 
"Apabila sekolah ditutup, kita akan lihat sejauh mana (situasinya). Kalau tempohnya panjang, kita akan lihat mekanisme (dilaksanakan) sebelum ini. 
“Dalam garis panduan KPM juga dinyatakan, kalau sekolah tutup ia mungkin perlu diganti. Jadi pihak Pengarah Pendidikan Negeri akan maklumkan bila tarikh sesuai untuk ganti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) disebabkan itu tidak ada PdPR," katanya. 
Beliau ditemui selepas Majlis Pra Pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 dan Sambutan Aidilfitri Industri Perbukuan di Tamarind Square, hari ini. Hadir sama, Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Mohd Khair Ngadiron. 
Ahmad Rafee turut memberitahu, setakat hari pertama persekolahan kembali dibuka hari ini, belum ada laporan diterima daripada mana-mana sekolah mengenai masalah berkaitan cuaca panas. 
Jelasnya, KPM juga tidak menetapkan jangka masa tertentu sekiranya sesebuah sekolah ditutup berikutan isu berkenaan, sebaliknya keputusan dibuat mengikut keadaan cuaca semasa sebagaimana laporan harian dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). 
KPM turut memberikan kelonggaran kepada warga sekolah termasuk pelajar dan guru untuk memakai kemeja-T sukan setiap hari semasa sesi persekolahan. 
"Bukan hanya pelajar yang boleh mengenakan kemeja-T Pendidikan Jasmani (sukan), guru pun dibenarkan memakai kemeja-T. Sebagai solidariti kepada warga pendidik, warga KPM akan turut memakai kemeja-T esok," katanya. 
Berhubung mekanisme bagi penutupan sekolah, ia tertakluk kepada garis panduan yang telah dikeluarkan KPM iaitu suhu melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut. 
“Pihak sekolah boleh memohon penutupan sekolah kepada pihak pendaftar atau Pengarah Negeri (masing-masing). Pengarah Negeri akan keluarkan kelulusan serta merta berhubung perkara ini. 
“Mekanisme sudah ada, ...cuma syor KPM supaya semua pihak khususnya di sekolah untuk pantau kesihatan murid dan guru. Pastikan aktiviti di luar dalam keadaan cuaca panas sebegini dielakkan. Buatlah aktiviti dalam kelas. 
"Selain itu, ibu bapa juga dinasihatkan supaya membekalkan air kepada anak-anak dan beri ingatan kepada mereka supaya minum air secukupnya," katanya. 
Sabtu lalu, satu garis panduan dikeluarkan KPM susulan situasi semasa cuaca panas di beberapa lokasi di seluruh negara ketika ini. 
Menurut pekeliling itu, semua aktiviti luar perlu dihentikan jika status suhu harian bagi cuaca panas berada pada tahap amaran pertama dengan suhu tertinggi melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut, manakala sekolah dibenar untuk ditutup sekiranya keadaan cuaca panas berada pada tahap amaran 2 dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius bagi tempoh sama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/05/penutupan-hari-sekolah-perlu-diganti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Benarkan Pakai Baju Sukan Di Sekolah Bermula Hari Ini

Kpm Benarkan Pakai Baju Sukan Di Sekolah Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 390 hits
KPM Benarkan Pakai Baju Sukan Di Sekolah Bermula Hari Ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyetujui memberikan kebenaran khas kepada murid guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk mengenakan pakaian sukan yang sopan selama cuaca pan...
Sekolah Dibenar Tutup Jika Suhu Melebiji 37 Darjah Celsius Tiga Hari Berturut Kpm

Sekolah Dibenar Tutup Jika Suhu Melebiji 37 Darjah Celsius Tiga Hari Berturut Kpm

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 440 hits
Imej hiasanSHAH ALAM Kementerian Pelajaran Malaysia membenarkan pentadbir untuk menutup sekolah sekiranya cuaca panas berada pada tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut turut Menerusi sur...
Garis Panduan Kpm Yang Rasmi Bagi Penutupan Sekolah Dan Institusi Pendidikan Lain

Garis Panduan Kpm Yang Rasmi Bagi Penutupan Sekolah Dan Institusi Pendidikan Lain

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 252 hits
Garis Panduan KPM Yang Rasmi Bagi Penutupan Sekolah dan Institusi Pendidikan Lain Terbaru surat rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai situasi sekarang bagaimana kita menghadapi situasi cuaca iklim ...
Kongres Setuju Jika Lanjut Cuti Sekolah Bersasar Laksana Pdpr

Kongres Setuju Jika Lanjut Cuti Sekolah Bersasar Laksana Pdpr

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 223 hits
Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia KUALA LUMPUR Kesatuan Kebangsaan Guru Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia mencadangkan kerajaan memberikan lanjutan cuti persekolahan bersasar hanya kepada ...
Cadangan Cuti Sekolah Bersasar Laksana Pdpr Bagi Negeri Negeri Alami Cuaca Panas Melampau

Cadangan Cuti Sekolah Bersasar Laksana Pdpr Bagi Negeri Negeri Alami Cuaca Panas Melampau

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 482 hits
KESATUAN Kebangsaan Guru Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia mencadangkan lanjutan cuti persekolahan bersasar buat negeri yang benar benar terkesan dengan cuaca panas melampau Presidennya Jasni Md Kechik berkata pihaknya menyambut ba
Kpm Tidak Akan Wujudkan Lagi Jawatan Guru Sandaran Di Sekolah

Kpm Tidak Akan Wujudkan Lagi Jawatan Guru Sandaran Di Sekolah

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 188 hits
Imej hiasanKementerian Pendidikan tidak bercadang untuk mewujudkan semula jawatan guru sandaran bagi menangani isu kekurangan guru di seluruh negara Sebaliknya mereka menawarkan pengambilan secara one off yang mula dibuka pada bulan lalu Me...
Cuaca Panas Guru Pelajar Dibenar Pakai T Shirt Sukan Setiap Hari Kpm

Cuaca Panas Guru Pelajar Dibenar Pakai T Shirt Sukan Setiap Hari Kpm

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 170 hits
Cyberjaya Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah tidak akan dilaksanakan sekiranya ada sekolah yang memohon penutupan sekolah untuk sementara waktu berikutan cuaca panas melampau Bagaimanapun hari persekolahan mungkin diganti mengikut ta...
Kpm Arah Tutup Sekolah Jika Suhu Lebih Melebihi 37 Darjah Celcius

Kpm Arah Tutup Sekolah Jika Suhu Lebih Melebihi 37 Darjah Celcius

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 716 hits
Ni KPM Arah Tutup Sekolah Jika Suhu Lebih Melebihi 37 darjah Celcius Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan garis panduan berkaitan dengan penutupan sekolah semasa cuaca panas yang berlaku di beberapa lokasi di seluruh negara Menu...
Koleksi Senarai Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2023 Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2023 Yang Menarik

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 673 hits
Setiap tahun ucapan Hari Raya Aidilfitri sudah menjadi kezaliman untuk rakyat Malaysia Untuk tahun 2023 pelbagai contoh ucapan yang boleh anda gunakan untuk mengucapkan selamat kepada yang tersayang Hari Raya Aidilfitri merupakan antara per...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan