Kongres Setuju Jika Lanjut Cuti Sekolah Bersasar Laksana Pdpr


Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) mencadangkan kerajaan memberikan lanjutan cuti persekolahan bersasar hanya kepada negeri yang terkesan dengan cuaca panas melampau.

Presidennya, Jasni Md Kechik, berkata pihaknya menyambut baik jika kerajaan melaksanakan pelanjutan cuti sekolah bagi mengelak lebih ramai kanak-kanak mengalami strok haba.

Bagaimanapun, beliau berkata bagi mengelak bilangan hari bersekolah tidak mencukupi bagi tempoh 190 hari, pihak sekolah boleh melaksanakan Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seperti dilakukan sebelum ini.

"Guru dan pelajar sudah berpengalaman melaksanakan PdPR dan mereka boleh melaksanakan sesi itu dengan baik jika perlu melakukannya ketika cuaca panas melampau sekarang," katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jemaah Menteri akan berbincang keperluan untuk melanjutkan cuti persekolahan.

Katanya, selain cadangan itu, kerajaan juga sudah mengkoordinasikan kerjasama dengan kerajaan negeri dan kementerian berkaitan bagi membantu rakyat menghadapi fenomena ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, laporan berhubung mesyuarat berkaitan serangan strok haba sudah diserahkan kepadanya dan usaha penyelarasan antara kementerian serta jabatan terbabit dalam soal ini juga sedang dijalankan.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan dua kematian yang disahkan akibat strok haba membabitkan seorang bayi perempuan berusia 19 bulan dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Kelantan.

Selasa lalu, mangsa pertama Muhamad Syamil Aqil dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan Balai dekat Bachok pada jam 9.27 pagi dipercayai akibat strok haba dan dehidrasi, diikuti laporan seorang kanak-kanak perempuan, Nur Imani dari Kampung Kota di Kota Bahru dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.20 pagi pada hari sama.

Sementara itu, Jasni berkata, sekiranya tiada lanjutan cuti persekolahan, pihak sekolah boleh melonggarkan sedikit syarat pemakaian baju sekolah untuk keselesaan pelajar.

"Elakkan pemakaian tali leher atau 'jaket' dalam kalangan pelajar untuk keselesaan mereka. Selain itu, guru juga perlu mengingatkan pelajar sentiasa minum air dan mengamalkan amalan kesihatan yang perlu bagi mengelak serangan strok haba.

"Ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan memantau tahap kesihatan anak dan bertindak segera sekiranya terdapat simptom strok haba pada anak masing-masing," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/04/kongres-setuju-jika-lanjut-cuti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadangan Cuti Sekolah Bersasar Laksana Pdpr Bagi Negeri Negeri Alami Cuaca Panas Melampau

Cadangan Cuti Sekolah Bersasar Laksana Pdpr Bagi Negeri Negeri Alami Cuaca Panas Melampau

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 473 hits
KESATUAN Kebangsaan Guru Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia mencadangkan lanjutan cuti persekolahan bersasar buat negeri yang benar benar terkesan dengan cuaca panas melampau Presidennya Jasni Md Kechik berkata pihaknya menyambut ba
Cuaca Panas Cadangan Lanjut Cuti Sekolah Perlu Dibincang Jemaah Menteri Tpm

Cuaca Panas Cadangan Lanjut Cuti Sekolah Perlu Dibincang Jemaah Menteri Tpm

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 362 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jemaah Menteri perlu berbincang untuk melanjutkan cuti sekolah berikutan fenomena gelombang haba Katanya perkara tersebut perlu dilakukan susulan fenomena haba panas yang mel...
Cuaca Panas Kabinet Sabah Bincang Lanjut Cuti Sekolah

Cuaca Panas Kabinet Sabah Bincang Lanjut Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 304 hits
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif Gambar fail NSTPKOTA KINABALU Sebarang keputusan mengenai cadangan melanjutkan cuti persekolahan di Sabah berikutan cuaca panas ketika ini akan dibawa untuk perbincang...
Cuti Sekolah Mungkin Dilanjutkan Berikutan Cuaca Panas Melampau

Cuti Sekolah Mungkin Dilanjutkan Berikutan Cuaca Panas Melampau

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 323 hits
JEMAAH Menteri akan berbincang keperluan untuk melanjutkan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri atau sebaliknya berikutan fenomena cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini Memetik laporan Harian Metro Timbalan Perdana Menteri...
Fenomena Panas Cuti Sekolah Dilanjutkan Perlu Perbincangan Tpm Zahid

Fenomena Panas Cuti Sekolah Dilanjutkan Perlu Perbincangan Tpm Zahid

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 286 hits
Gambar hiasanPONTIAN 28 April Jemaah Menteri harus berbincang sama ada cuti sekolah perlu dilanjutkan susulan fenomena haba panas yang melanda negara ketika ini sehingga menyebabkan dua kematian melibatkan kanak kanak kata Timbalan Perdana ...
Tidak Perlu Cuti Saran Sekolah Benarkan Pelajar Pakai Pakaian Sukan

Tidak Perlu Cuti Saran Sekolah Benarkan Pelajar Pakai Pakaian Sukan

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 185 hits
TIDAK perlu tangguh pembukaan sekolah atau lanjutkan cuti susulan keadaan cuaca panas di negara ini kata Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia Anuar Ahmad Beliau sebaliknya mencadangkan agar pela...
Sekolah Rosak Dilanda Ribut Pelajar Diberi Cuti Awal

Sekolah Rosak Dilanda Ribut Pelajar Diberi Cuti Awal

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 226 hits
Keadaan SK Ujong Batu Kangar rosak teruk selepas bumbung diterbangkan ribut petang tadi PETALING JAYA Cuti sekolah sempena Aidilfitri bagi pelajar Sekolah Kebangsaan Ujong Batu Jalan Mengkuang Layar Kangar diawalkan selepas bumbung bangunan...
Penutupan Hari Sekolah Perlu Diganti Tidak Perlu Pdpr Kpm

Penutupan Hari Sekolah Perlu Diganti Tidak Perlu Pdpr Kpm

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 191 hits
Imej hiasanCYBERJAYA Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah tidak akan dilaksanakan sekiranya ada sekolah yang memohon penutupan sekolah untuk sementara waktu berikutan cuaca panas melampau Bagaimanapun hari persekolahan mungkin diganti ...
Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Building An Online Marketing Plan

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

What Are The Benefits Of Chiku Fruit

Perempuan Melawan Lara

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran