Cuaca Panas Guru Pelajar Dibenar Pakai T Shirt Sukan Setiap Hari Kpm



Cyberjaya: Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tidak akan dilaksanakan sekiranya ada sekolah yang memohon penutupan sekolah untuk sementara waktu berikutan cuaca panas melampau.

Bagaimanapun, hari persekolahan mungkin diganti mengikut tarikh yang akan ditentukan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum), Kementerian Pendidikan (KPM), Dr Ahmad Rafee Che Kassim, berkata perkara itu terkandung dalam garis panduan yang sudah dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini.

"Apabila sekolah ditutup, kita akan lihat sejauh mana (situasinya). Kalau tempohnya panjang, kita akan lihat mekanisme (dilaksanakan) sebelum ini.

"Dalam garis panduan KPM juga dinyatakan, kalau sekolah tutup ia mungkin perlu diganti.

"Jadi pihak Pengarah Pendidikan Negeri akan maklumkan bila tarikh sesuai untuk ganti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Disebabkan itu tidak ada PdPR," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pra Pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 dan Sambutan Aidilfitri Industri Perbukuan di sini, hari ini.

Hadir sama, Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Mohd Khair Ngadiron.

Ahmad Rafee berkata, hari pertama persekolahan kembali dibuka hari ini, pihaknya belum menerima laporan daripada mana-mana sekolah mengenai masalah berkaitan cuaca panas.

Katanya, KPM juga tidak menetapkan jangka masa tertentu sekiranya sesebuah sekolah ditutup berikutan isu berkenaan.

Sebaliknya, beliau berkata, keputusan semasa dibuat mengikut keadaan cuaca semasa sebagaimana laporan harian dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Katanya, KPM turut memberikan kelonggaran kepada warga sekolah termasuk pelajar dan guru untuk memakai t-shirt sukan setiap hari semasa sesi persekolahan.

"Bukan hanya pelajar yang boleh mengenakan t-shirt Pendidikan Jasmani (sukan), guru pun dibenarkan memakai t-shirt.

"Sebagai solidariti kepada warga pendidik, warga KPM akan turut memakai t-shirt esok," katanya.

Berhubung mekanisme bagi penutupan sekolah, menurutnya, ia tertakluk kepada garis panduan yang telah dikeluarkan KPM iaitu suhu melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

"Pihak sekolah boleh memohon untuk penutupan sekolah kepada pihak pendaftar atau Pengarah Negeri (masing-masing). Pengarah Negeri akan keluarkan kelulusan serta merta berhubung perkara ini.

"Mekanismenya sudah ada, cuma syor KPM supaya semua pihak khususnya di sekolah untuk pantau kesihatan murid dan guru pastikan aktiviti di luar, dalam keadaan cuaca panas sebegini dielakkan. Buatlah aktiviti di dalam kelas.

"Selain itu, ibu bapa juga dinasihatkan supaya membekalkan air kepada anak-anak dan beri ingatan kepada mereka supaya minum air secukupnya," katanya.

Sabtu lalu, satu garis panduan dikeluarkan KPM susulan situasi semasa cuaca panas di beberapa lokasi di seluruh negara ketika ini.

Menurut pekeliling itu, semua aktiviti luar perlu dihentikan jika status suhu harian bagi cuaca panas berada pada tahap amaran pertama dengan suhu tertinggi melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut, manakala sekolah dibenar untuk ditutup sekiranya keadaan cuaca panas berada pada tahap amaran 2 dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius bagi tempoh sama.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/05/cuaca-panas-guru-pelajar-dibenar-pakai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Murid Amp Guru Dibenarkan Memakai Pakaian Sukan Ketika Cuaca Panas Untuk Elak Komplikasi Kesihatan

Murid Amp Guru Dibenarkan Memakai Pakaian Sukan Ketika Cuaca Panas Untuk Elak Komplikasi Kesihatan

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 275 hits
Murid guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan diberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesih...
Kpm Benarkan Pakai Baju Sukan Di Sekolah Bermula Hari Ini

Kpm Benarkan Pakai Baju Sukan Di Sekolah Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 205 hits
KPM Benarkan Pakai Baju Sukan Di Sekolah Bermula Hari Ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyetujui memberikan kebenaran khas kepada murid guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk mengenakan pakaian sukan yang sopan selama cuaca pan...
Sekolah Dibenar Tutup Jika Suhu Melebiji 37 Darjah Celsius Tiga Hari Berturut Kpm

Sekolah Dibenar Tutup Jika Suhu Melebiji 37 Darjah Celsius Tiga Hari Berturut Kpm

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 242 hits
Imej hiasanSHAH ALAM Kementerian Pelajaran Malaysia membenarkan pentadbir untuk menutup sekolah sekiranya cuaca panas berada pada tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut turut Menerusi sur...
Tidak Perlu Cuti Saran Sekolah Benarkan Pelajar Pakai Pakaian Sukan

Tidak Perlu Cuti Saran Sekolah Benarkan Pelajar Pakai Pakaian Sukan

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 117 hits
TIDAK perlu tangguh pembukaan sekolah atau lanjutkan cuti susulan keadaan cuaca panas di negara ini kata Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia Anuar Ahmad Beliau sebaliknya mencadangkan agar pela...
Cuaca Panas Murid Tak Perlu Uniform Baju T Sukan Memadai Pensyarah

Cuaca Panas Murid Tak Perlu Uniform Baju T Sukan Memadai Pensyarah

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 670 hits
Imej hiasanKUALA LUMPUR Tidak perlu tangguh pembukaan sekolah atau lanjutkan cuti susulan keadaan cuaca panas di negara ini kata Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia Anuar Ahmad Beliau sebalikny...
Kpm Lapor Polis Susulan Hebahan Palsu Tiket Penerbangan Percuma Kepada Guru

Kpm Lapor Polis Susulan Hebahan Palsu Tiket Penerbangan Percuma Kepada Guru

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 132 hits
SHAH ALAM Kementerian Pendidikan Malaysia menegaskan bahawa hebahan berkenaan tiket penerbangan percuma pada musim perayaan seperti yang diuar uarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial adalah palsu dan berniat untuk mengeliru...
Bidadari Tanpa Sayap Iu Adakan Pesta Piza Buat Pelajar Kurang Upaya Pada Hari Kanak Kanak

Bidadari Tanpa Sayap Iu Adakan Pesta Piza Buat Pelajar Kurang Upaya Pada Hari Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 112 hits
Betul lah orang cakap dalam rezeki kita pasti akan ada rezeki orang lain juga kan ARTIKEL BERKAITAN Pada 4 Mei Yayasan Kebajikan Milal telah mengumumkan bahawa penyanyi dan pelakon IU telah menghadiahkan piza kepada pelajar Sekolah Milal se...
Akan Ada Acara Khusus Di Monas Setiap Momen Hari Raya

Akan Ada Acara Khusus Di Monas Setiap Momen Hari Raya

papar berkaitan - pada 25/4/2023 - jumlah : 136 hits
Pemprov DKI Jakarta akan mengadakan acara khusus di Monumen Nasional secara rutin pada momen momen hari raya Rencana itu diungkapkan Penjabat Gubernur DKI Jakarta Heru Budi Hartono saat membuka rangkaian Monas Week yang akan berlangsung pad...
Keputusan Bekas Pelajar Saman Guru Ponteng Diketahui 18 Julai

Keputusan Bekas Pelajar Saman Guru Ponteng Diketahui 18 Julai

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 203 hits
Para pelajar yang kemukakan saman sivil bersama barisan pegiam mereka Rentetan Kes Pelajar saman seorang guru Bahasa Inggeris selepas 7 bulan ponteng mengajar di sebuah sekolah menengah di Kota Belud Sabah Keputusan saman bekas pelajar terh...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Umur 21 Terlibat Dalam Mesyuarat Penajaan Ukm

Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi Back In Action Lakonan Jamie Foxx Cameron Diaz



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Yong Tau Foo Homemade

Remaja Perempuan Hilang Lepas Naik Teksi E Hailing Ke Tempat Kerja Di Ipoh

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

Official Position Of The State Government Of Sabah In Relation To The Constitutional Right To Claim The 40 Percent

2 Pegawai Polis Johor Terbunuh Suspek Dikaitkan Dengan Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiyah