Penuhi Pantai Langkawi Penduduk Tak Menang Tangan Kutip Bronok


Hujan lebat berserta angin kencang sejak beberapa hari lalu mungkin mencemaskan  penduduk pulau ini, namun fenomena alam tersebut turut melimpahkan rezeki buat masyarakat setempat khusus di kawasan Kuala Teriang dan Kuala Muda di sini.
Sejak beberapa hari lalu kawasan tersebut ‘diserang’ bronok atau nama saintifiknya acaudina molpadioides iaitu sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat yang kelihatan memenuhi kawasan berselut dan pesisir pantai di lokasi berkenaan membuatkan masyarakat setempat termasuk kakitangan sebuah resort berhampiran tidak menang tangan memungut hidupan laut tersebut.

Loading… Pengurus Jualan dan Pemasaran Ombak Villa Langkawi, Mohd Hafiz Ramli berkata pihaknya menyedari kawasan pantai di resort tersebut mula dipenuhi dengan hidupan laut yang memiliki tekstur licin dan mempunyai beberapa warna antaranya coklat kehitaman atau merah jambu semasa proses pembersihan pantai dilaksanakan kakitangannya.
”Biasanya bronok ditemukan di kawasan berselut namun kali ini agak berbeza kerana angin kencang bersama ombak kuat menyebabkan kita jumpa bronok jauh hingga kawasan berpasir di pantai ini.
Bronok yang sudah dibersihkan akan diadun bersama sambal kelapa, cili, lengkuas, kerisik menjadi makanan eksotik dan wajib cuba sekiranya berkunjung ke pulau peranginan bebas cukai ini.
”Di Langkawi setiap Ogos dan September memang dinantikan oleh penduduk sekitar bagi memungut dan mengumpul bronok yang enak dijadikan kerabu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu Pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Daerah Langkawi, Azahar Hassan berkata kejadian bronok ditemukan dalam kelompok yang banyak di kawasan pantai berpasir berlaku disebabkan oleh hujan lebat bersama angin kencang.
Beliau berkata kebiasaannya bronok ditemukan di kawasan berselut dan percaya kejadian bronok terdampar di kawasan pantai berpasir berlaku akibat dibawa oleh arus dan ombak kuat.
”Kawasan Kuala Teriang sehingga Pasir Berdengung, Kuala Muda memang kawasan pertumbuhan hidupan laut tersebut dan sering menjadi sumber pendapatan nelayan sekitar kawasan tersebut. Kejadian bronok ditemukan dengan banyak di kawasan berpasir di pantai tersebut mungkin berlaku disebabkan oleh arus dan ombak kuat yang membawa bronok ke kawasan pantai berpasir,” katanya.  — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/penuhi-pantai-langkawi-penduduk-tak-menang-tangan-kutip-bronok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penduduk Langkawi Gempar Fenomena Belalai Air

Penduduk Langkawi Gempar Fenomena Belalai Air

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 673 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Langkawi Diserang Bronok

Langkawi Diserang Bronok

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 723 hits
Hujan lebat berserta angin kencang sejak beberapa hari lalu mungkin mencemaskan penduduk pulau ini namun fenomena alam tersebut turut melimpahkan rezeki buat masyarakat setempat khusus di kawasan Kuala Teriang dan Kuala Muda di sini Sejak b...
Jangan Ada Campur Tangan Politik Dalam Kes Perundangan Ph Perlu Tegakkan Rule Of Law

Jangan Ada Campur Tangan Politik Dalam Kes Perundangan Ph Perlu Tegakkan Rule Of Law

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 647 hits
Jangan Ada Campur Tangan Politik Dalam Kes Perundangan Ph Perlu Tegakkan Rule Of Law
Bebas Penjara Vanessa Angel Malah Bikin Kontroversi Lewat 5 Hal Ini Ayahnya Sampai Lepas Tangan

Bebas Penjara Vanessa Angel Malah Bikin Kontroversi Lewat 5 Hal Ini Ayahnya Sampai Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 359 hits
Sempat nangis nangis saat masih di penjara Vanessa kini justru makin terang terangan memancing kritikan publik Jangan jangan tobat sambel nih
Jam Tangan Mengingati Allah Dan Didik Diri Disiplin Awali Solat

Jam Tangan Mengingati Allah Dan Didik Diri Disiplin Awali Solat

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 619 hits
Bismillah Dalam kesibukan kita menongkah arus dunia adakalanya kita alpa akan panggilan yang Maha Esa Mungkin bukan semua tetapi tiada di antara kita yang sempurna Saya juga begitu Kesibukan kerja bersosial dan keluarga mahupun dengan hanya...
Mahkamah Dunia Boleh Dibicara Suami Nadya Syahera Upload Gambar Tangan Digari

Mahkamah Dunia Boleh Dibicara Suami Nadya Syahera Upload Gambar Tangan Digari

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 867 hits
Selepas kemelut rumah tangga yang dikongsi oleh suami pelakon Nadya Syahera Fizul Nawi sebelum ini di media sosial mendapat perhatian netizen nama suami pelakon itu sekali lagi menjadi bualan ramai BACA Vokalis Kumpulan Rock Ditahan Polis M...
Kerjasama Umno Pas Rapuh Di Tangan Mic Mca

Kerjasama Umno Pas Rapuh Di Tangan Mic Mca

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 483 hits
Kerjasama Umno Pas rapuh di tangan MIC MCA Oleh August 31 2019Menjelang termeterainya kerjasama rasmi antara Umno dan Pas pada 14 September depan pemerhati politik masih sangsi formula politik itu mampu dilaksanakan memandangkan terdapat du...
3 Resipi Mudah Masakan Asli Terengganu Air Tangan Nor Haini Mamat

3 Resipi Mudah Masakan Asli Terengganu Air Tangan Nor Haini Mamat

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 1013 hits
Sajian masakan Terengganu asli bukan semua yang handal membuatnya Air tangan orang yang memasaknya turut menyumbang pada kelazatan Di Kafe Masakan Terengganu Asli di perkarangan Masjid Bandar Kinrara ia cukup terkenal dengan menu nasi dagan...
Merdeka Tok Ayah Buah Tangan Hadi Untuk Rakyat Malaysia

Merdeka Tok Ayah Buah Tangan Hadi Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 729 hits
MALAYSIAKINI Presiden PAS Abdul Hadi Awang mencuri tumpuan apabila tampil dalam satu video pendek menceritakan tentang maksud kemerdekaan di hadapan sekumpulan kanak kanak Video selama lebih 3 minit itu menampilkan Abdul Hadi duduk sambil m...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd