Langkawi Diserang Bronok


Hujan lebat berserta angin kencang sejak beberapa hari lalu mungkin mencemaskan penduduk pulau ini, namun fenomena alam tersebut turut melimpahkan rezeki buat masyarakat setempat khusus di kawasan Kuala Teriang dan Kuala Muda di sini.

Sejak beberapa hari lalu kawasan tersebut 'diserang' bronok atau nama saintifiknya acaudina molpadioides iaitu sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat yang kelihatan memenuhi kawasan berselut dan pesisir pantai di lokasi berkenaan membuatkan masyarakat setempat termasuk kakitangan sebuah resort berhampiran tidak menang tangan memungut hidupan laut tersebut.


Pengurus Jualan dan Pemasaran Ombak Villa Langkawi, Mohd. Hafiz Ramli berkata, pihaknya menyedari kawasan pantai di resort tersebut mula dipenuhi dengan hidupan laut yang memiliki tekstur licin dan mempunyai beberapa warna antaranya coklat kehitaman atau merah jambu semasa proses pembersihan pantai dilaksanakan kakitangannya.

"Biasanya bronok ditemukan di kawasan berselut namun kali ini agak berbeza kerana angin kencang bersama ombak kuat menyebabkan kita jumpa bronok jauh hingga kawasan berpasir di pantai ini.

"Di Langkawi setiap Ogos dan September memang dinantikan oleh penduduk sekitar bagi memungut dan mengumpul bronok yang enak dijadikan kerabu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bronok yang sudah dibersihkan akan diadun bersama sambal kelapa, cili, lengkuas, kerisik menjadi makanan eksotik dan wajib cuba sekiranya berkunjung ke pulau peranginan bebas cukai ini.

Sementara itu, Pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Daerah Langkawi, Azahar Hassan berkata, kejadian bronok ditemukan dalam kelompok yang banyak di kawasan pantai berpasir berlaku disebabkan oleh hujan lebat bersama angin kencang.

Beliau berkata, kebiasaannya bronok ditemukan di kawasan berselut dan percaya kejadian bronok terdampar di kawasan pantai berpasir berlaku akibat dibawa oleh arus dan ombak kuat.

"Kawasan Kuala Teriang sehingga Pasir Berdengung, Kuala Muda memang kawasan pertumbuhan hidupan laut tersebut dan sering menjadi sumber pendapatan nelayan sekitar kawasan tersebut.

“Kejadian bronok ditemukan dengan banyak di kawasan berpasir di pantai tersebut mungkin berlaku disebabkan oleh arus dan ombak kuat yang membawa bronok ke kawasan pantai berpasir," katanya. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/08/langkawi-diaerang-bronok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penuhi Pantai Langkawi Penduduk Tak Menang Tangan Kutip Bronok

Penuhi Pantai Langkawi Penduduk Tak Menang Tangan Kutip Bronok

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 326 hits
Hujan lebat berserta angin kencang sejak beberapa hari lalu mungkin mencemaskan penduduk pulau ini namun fenomena alam tersebut turut melimpahkan rezeki buat masyarakat setempat khusus di kawasan Kuala Teriang dan Kuala Muda di sini Sejak b...
Timbalan Menteri Diserang Gara Gara Samakan Skuad Sabil Dengan Pak Guard Dari Bangladesh

Timbalan Menteri Diserang Gara Gara Samakan Skuad Sabil Dengan Pak Guard Dari Bangladesh

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 490 hits
KUALA LUMPUR 26 Ogos Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin didapati telah memadam hantaran kontroversi beliau yang mengaitkan Skuad Sabil UMNO dengan pekerja warganegara Bangladesh Semakan Utusan Online dalam akaun ...
Bandar Bm Diserang

Bandar Bm Diserang

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 662 hits
Storied town under attack Monday 26 Aug 2019By
Ketahui Makanan Yang Bagus Ketika Diserang Anxiety Amp Depresi

Ketahui Makanan Yang Bagus Ketika Diserang Anxiety Amp Depresi

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 254 hits
Sains setuju bahawa makanan merupakan alat yang berkuasa dalam menangani individu yang depresi atau tertekan dan penuh dengan rasa kebimbangan Bagi individu yang mengalami masalah tekanan dan kebimbangan mereka akan tertarik untuk memakan m...
Kami Tak Akan Mula Tapi Ketika Kami Diserang Solusinya Hanya Jihad Masjid Pertahan Rusuhan Papua

Kami Tak Akan Mula Tapi Ketika Kami Diserang Solusinya Hanya Jihad Masjid Pertahan Rusuhan Papua

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 375 hits
Sejak beberapa minggu yang lalu ribuan etnik Papua mengadakan demonstrasi dan rusuhan di Kota Manokwari dan Jayapura di Papua Tindakan tersebut dikatakan sebagai tanda protes layanan dan penghinaan terhadap pelajar etnik Papua di Surabaya J...
Masuk Islam Tapi Hati Busuk Kritik Aziz Harun Twitter Micheal Ang Diserang Netizen

Masuk Islam Tapi Hati Busuk Kritik Aziz Harun Twitter Micheal Ang Diserang Netizen

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 815 hits
Semalam berlangsung minggu ketiga konsert Big Stage musim kedua yang menyaksikan penyanyi dari Brunei iaitu Aziz Harun menarik diri dari rancangan tersebut mengejutkan ramai pihak dan peminat BACA Tidak mahu ketinggalan memberi pendapat pel...
Mula Mula Keluarga Tak Percaya Wanita Kongsi Pengalaman Diserang Anxiety Sampai Rasa Tak Mahu Hidup

Mula Mula Keluarga Tak Percaya Wanita Kongsi Pengalaman Diserang Anxiety Sampai Rasa Tak Mahu Hidup

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 329 hits
Mungkin bagi manusia normal perasaan risau dan cemas setiap kali nak melakukan sesuatu yang luar pada jangkaan itu dianggap biasa Tetapi bagi anda yang mengalami masalah cemas yang berlebihan walaupun ia dianggap biasa itu tidak normal dan ...
Tular Video Kejadian Pemandu E Hailing Didakwa Kena Samun Diserang Penjenayah

Tular Video Kejadian Pemandu E Hailing Didakwa Kena Samun Diserang Penjenayah

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 426 hits
Beberapa hari yang lalu tular satu video yang menunjukkan rakaman cubaan curi motorsikal milik penunggang perkhidmatan penghantaran makanan Terbaru satu lagi kejadian hampir sama juga didakwa melibatkan pemandu perkhidmatan e hailing dilapo...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang