Penuh Keliling Katil Benda Berbungkus Semua Pandang Aku Pemuda Dakwa Dirasuk Gara Gara Lawat Rumah Hantu
Bagi anda yang pernah tinggal di asrama berkemungkinan pernah melihat situasi kekecohan bila berlaku histeria. Dengan jeritan di sana sini, renungan rakan yang dahulunya ceria berasa begitu menyeramkan serta rakan yang sebelumnya lemah lembut boleh bertindak kasar hingga boleh mencederakan diri sendiri.
Semuanya gara-gara jasad mereka dikawal oleh makhluk halus bernama jin.
Kita hanya melihat dari luar, namun hanya mereka sahaja yang dapat menghuraikan bagaimana rasanya apabila dirasuk.
Jom kita baca perkongsian seorang pemuda, Khey Amir yang menceritakan secara jelas detik-detik dirasuk.
Menurut Khey, suatu hari, rakan-rakannya merancang untuk ke taman tema bagi meraikan hari lahir dua orang daripada mereka. Malam sebelum itu, Khey bekerja seharian sehingga 3 pagi, membuatkan dirinya berasa amat penat, namun tidak dapat terlelap kerana berasa tidak tenang.
“Hihi.. kau tunggu nanti tau..”
Sebaik sahaja bersuka ria di taman tema tersebut, maka bermulalah episod seram seterusnya di rumah banglo sewaan mereka.
“Macam ada orang perhati aku kat sebalik tingkap”
Suara memberi salam
“Badan aku gerak sendiri, merangkak ke ruang tamu”
“Aku nampak benda besar terbang dari atas banglo terus tembus arah aku..”
“Dorang tak dengar aku cakap, hanya nampak aku cuma gelak-gelak”
“Dia seorang je aku tengok dah lemah, sebab tu aku uji dia,” kata benda tu sambil mengilai.
Baca doa yang arwah ayah ajar
Setelah semalaman ‘berperang’ dengan makhluk tersebut, mereka semua akhirnya berangkat pulang pada keesokan hari.
“Aku masuk dulu dalam kereta. Bila dah nak keluar dari pagar, aku tertoleh ke belakang ke rumah banglo tu. Aku nampak ada nenek melambai-lambai dekat aku.
“Terus aku istighfar dan kawan aku terus tutup mata aku suruh jangan tengok,” ujar Khey.
Khey turut berkongsi beberapa keping gambar setibanya mereka di rumah berkenaan, sebelum kejadian tersebut berlaku.
“Gmbr kedua muka aku dah pucat mata berkaca.” -Khey.
“Dapur tu lah aku merangkak dari sofa ni ke meja tu.” -Khey.
“Ni pengambaran paling jelas situasi dalam cerita aku tu. Bilik tu lah aku tidur, and emoji yg aku buat tu. Kt situ lah aku nampak kakak tu duk usha aku tepat.” -Khey.
“Ini lah ruang tamu puaka tu. Haa ni aku snap sebab aku nampak ada org jenguk kat pintu tu. Sila lah ZOOM!! Kau akan nampak sesuatu yang tengah mengintai pandang aku yang berwajah putih bermuka tengkorak!
“Kalau ikut mata aku. Aku memang nampak jelas detail masa ni. Ya Allah ngeri!
Berikutan itu, Khey turut meninggalkan pesanan buat semua,
“Sumpah aku taubat dah dengan semua ni. Aku pesan kat korang, cukupkan lah tenaga tu. Rehat la secukupnya supaya benda-benda lain tak mudah nak kawal diri korang.
“Mana yang jenis nampak tu! Aku pesan.. jangan brseorangan. Jangan menegur. Jangan mencari kalau diri tu tengah lemah,” katanya.
Sumber: Khey Amir
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/10/04/penuh-keliling-katil-benda-berbungkus-semua-pandang-aku-pemuda-dakwa-dirasuk-gara-gara-lawat-rumah-hantu/