Bila Semua Benda Kita Share Dengan Bff Tahu Tahu Mengandung Pun Sekali
Apabila kita disahkan hamil, sudah tentulah gembira. Kita pun teruja berkongsi berita kehamilan ini dengan teman-teman rapat. Tup-tup seminggu dua selepas itu, kita pula dikejutkan dengan berita kehamilannya! Pernahkah anda mengalami situasi begini? Mengandung sama waktu dengan teman baik, jarak kehamilan pun tak jauh.
Minggu ni kita bersalin, esok lusa dia pula. Sebenarnya, mengikut sebuah kajian yang dijalankan oleh National Longitudinal Study of Adolescent health (ADD Health) di Amerika Syarikat sekitar tahun 1990-2000 menemui bukti kebanyakan responden mereka hamil pada waktu yang sama seperti teman-teman baik mereka.
Artikel Menarik: [Elak Buat Scan Waktu hamil Sebab Nak Suprise Jantina Anak. Silap, Kalau Fikir Begitu]
Satu lagi hasil kajian dari sebuah jurnal oleh American Sociological Association, seorang wanita hamil mempunyai aura kehamilan yang boleh berjangkit kepada teman-teman rapat mereka. Namun dalam kajian ini, menegaskan bahawa aura kehamilan ini bukan sahaja merebak melalui psikologi tetapi juga bulan persenyawaan (dari sudut bilogi).
Sesuatu kehamilan ini boleh mempengaruhi teman-teman rapat wanita hamil tersebut untuk memiliki anak walaupun mereka tidak merancang untuk mempunyai cahaya mata ketika itu.
BAGAIMANA BOLEH BERJANGKIT?
Rasa membuak-buak mahu jadi ibuApabila melihat teman rapat sudah hamil, sudah tentu wanita ini teruja dan bersemangat untuk mengandung juga.
Excited tengok teman hamilPada awalnya mungkin tidak merancang untuk hamil, tetapi selepas ada teman terdekat yang mengandung terus terasa mahu hamil. Hamil pada waktu yang sama, membolehkan ibu hamil boleh berkongsi dengan pengalaman dan sama-sama membuat pemeriksaan kandungan. Seronoknya!
Artikel Menarik: [Waktu Mengandung Makan Kicap, Kulit Anak Gelap. Kalau Makan Sayur, Anak Jadi Incredible Hulk Ke?]
Tak mahu ‘tertinggal’Kebanyakan wanita mungkin bertambah teruja untuk hamil apabila melihat teman-teman rapat sudah mempunyai anak. Tambah pula apabila ada teman yang sama-sama hamil terutamanya jika mereka hamil anak kedua atau seterusnya, mungkin sudah ada pengalaman dan akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka.
Artikel Menarik: [Jangan ‘Mengelat’ Minum Susu Waktu Hamil, Takut Lepas Bersalin Nanti Gigi Jadi Longgar]
Bukan waktu hamil sahaja yang dipengaruhi, tetapi jumlah anak! Sebuah laporan kajian pada tahun 2014 oleh Demographic Research mendapati kaitan antara hubungan dengan teman baik bukan sahaja mempengaruhi waktu kehamilan, tetapi jumlah anak. Memandangkan kebanyakan wanita sekarang mempunyai ramai teman baik, mungkin lebih rapat dari keluarga yang boleh mempengaruhi seseorang wanita itu untuk hamil pada waktu yang sama seperti temannya.
Sumber: Mother.ly
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/10/bila-semua-benda-kita-share-dengan-bff.html