Penting Dan Cara Letak Nama Waris Penama Dalam Kwsp


hi there, bila Nami lahir tahun lepas, antara perkara yang mrs pip nak buat ialah letak nama Nami sebagai nama waris / penama dalam akaun KWSP mrs pip & mr.Husband

last year mrs pip try buat di kwsp beaufort malangnya sistem kwsp pula down , jadi terpaksa cari hari lain yang mr.Husband boleh temankan. 
Kebetulan Nami tak sihat sangat hari Isnin 4.11.19 tu, terus mr.Husband ambil emergency leave dan sekali harunglah mrs pip ajak mr.Husband settlekan penamaan kwsp yang terbantut sejak last year

sekarang nak buat penamaan bukan macam dulu. no more isi borang secara manual. kena buat online di kwsp, bahagian e-perkhidmatan ada komputer disediakan untuk pendaftaran

Yang tak reti nak guna komputer, jangan risau. Ada pegawai yang membantu. Jangan panik jangan nervous, kalau ikut arahan pegawai tu, sure boleh buat, hehe

letak nama waris / penama dalam KWSP 
Cara letak nama waris / penama di akaun KWSP ⤵⤵⤵

✔ Anda masuk pejabat kwsp, kalau handphone number tak update, no kwsp tak ingat, it is ok ya ... pigi mesin layan diri kat dlm pejabat kwsp tu, masukkan IC dan upate phone number dan cetaklah penyata kwsp anda

✔ lepas tu, pigi bahagian e-perkhidmatan yang ada sediakan komputer untuk anda isi penamaan. Kalau tak ada e-kwsp, tak pa boleh register terus online. 
✔ Kalau ada e-kwsp, tapi lupa username dan password, boleh klik lupa username dan password, nanti sistem akan minta no. IC kalau tak silap, lepas tu tekan TAC, dan nombor TAC kena check kat handphone . 
✔ Sebab tu penting untuk anda UPDATE phone number kat mesin layan diri tu ya kalau phone number berubah

✔ dah dapat TAC, boleh isi kat sistem dan sistem akan bagi akses untuk buat password baru. Jangan lupa utk save password terbaru anda

letak nama waris / penama dalam KWSP 
✔ Dah masuk dalam sistem e-kwsp, bolehlah pilih PENAMAAN, dan pilih berapa banyak nak tambah nama waris. Kemudian bolehlah masukkan nama waris , no. kad pengenalan waris , tarikh lahir waris, dan bahagian nisbah untuk waris

✔ dah siap semua semua, pastikan semua details tu betul ya, dan save dan teruskan untuk dicetak

✔ Selesai cetak penyata penamaan tu, silalah ambil no. giliran dan tunggu untuk dipanggil ke kaunter

✔ (DI SARANKAN) PASTIKAN ANDA MEMBAWA SEMUA KAD PENGENALAN WARIS YANG ANDA BARU SAHAJA DAFTARKAN SECARA ONLINE DI BAHAGIAN E-PERKHIDMATAN TADI, KERANA PEGAWAI DI KAUNTER PERLU MENYEMAK NO KAD PENGENALAN DAN NAMA WARIS DENGAN TEPAT.
✔ selesai disemak, pegawai di kaunter akan meminta anda menandatangani borang penamaan beserta cop jari untuk pengesahan, dan pegawai di kaunter akan berikan satu slip salinan untuk simpanan anda

Done

letak nama waris / penama dalam KWSP 
Kenapa penting letak nama waris / penama dalam KWSP ???

👉 Kalau ada yang belum tahu, mrs pip nak share kenapa penting letak nama waris / penama dalam KWSP

👉 Apabila pemilik akaun KWSP meninggal dunia sebelum umur yang dibenarkan untuk membuat pengeluaran kwsp, maka semua duit di dalam kwsp tersebut HANYA BOLEH DIAMBIL OLEH WARIS YANG DIDAFTARKAN DI DALAM KWSP SAHAJA

👉Sekiranya pemilik KWSP meninggal dunia tanpa meletakkan nama waris, maka proses membuat tuntutan oleh kaum keluarga (next of kin) boleh memakan masa yang lama, jadi kesian dekat waris2 dekat terutamanya bagi pasangan suami/isteri dan anak anak dalam membuat tuntutan

👉ataupun anak2 yang menanggung belanja ibubapa dia sepenuhnya, di mana ibubapa 100 peratus bergantung dengan duit anak. Sekiranya si anak meninggal dunia, sekurang kurangnya ada juga simpanan untuk orang tua dia guna untuk menampung perbelanjaan

Kes tuntutan kwsp >>> bergaduh sesama ahli keluarga 😢😢😢 ⤵⤵⤵
Kes begini banyak terjadi, kesian dekat waris sebenar yang ada masanya kena buli oleh ahli keluarga yang lain

Jadi, di sinilah nama waris memainkan peranan penting. Kita tak pernah tahu dalam keadaan apa kita akan pergi selamanya. 
Jadi , letaklah nama waris dalam kwsp anda. Niatkanlah simpanan kwsp tu adalah sedekah untuk waris2 kita sekiranya kita pergi menghadapNYA, dan semoga dengan duit yang ada membantu waris2 kita melalui kehidupan tak banyak mana tapi at least ada sedikit rasa kesenangan

Alhamdulillah, mrs pip dan mr.Husband sudah pun mengemaskini nama nama waris bagi akaun kwsp kami. Insya allah, panjang umur dapatlah kami merasa wang simpanan ni bersama waris waris kami

mrs pip dah niat, duit kwsp ni mrs pip nak guna untuk pendidikan anak anak dan beli rumah, insya allah. 
Dan satu lagi, duit kwsp boleh dikeluarkan pada usia 50 tahun baik bagi lelaki mahupun perempuan, tetapi AKAUN 2 SAHAJA ya. AKAUN 1  hanya pada usia 55 tahun

Semoga penerangan dan perkongsian maklumat ni membantu anda semua

Cheers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2019/11/penting-dan-cara-letak-nama-waris-penama-di-kwsp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah Nombor 1 Penting Sangat

3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah Nombor 1 Penting Sangat

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 461 hits
3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah Nombor 1 Penting Sangat Salam semua Sekarang ni dah ramai yang berjinak jinak untuk menjadi seorang youtuber Kawan kawan blogger ni pun rasa ramai jugak youtuber kan Nak jadi seorang y...
Cara Untuk Dapatkan Subscribers Letak Video Watermark Panduan Youtube 1

Cara Untuk Dapatkan Subscribers Letak Video Watermark Panduan Youtube 1

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 567 hits
Cara Untuk Dapatkan Subscribers Letak Video Watermark Panduan Youtube 1 Salam semua di youtube dashboard analitik ni kalau perasan pihak youtube sentiasa update tips tips untuk youtuber di luar sana bagaimana nak tingkatkan lagi kualiti vid...
Cara Cek Akun Google Kita Sedang Aktif Di Perangkat Apa Saja

Cara Cek Akun Google Kita Sedang Aktif Di Perangkat Apa Saja

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 322 hits
Pernah merasakan ada aktivitas aneh yang terjadi pada handphone Android kita Misal seperti riwayat browsing yang tidak dikenal atau daftar game yang jelas jelas tidak terinstall atau malah bisa mengirimkan pesan email dan verifikasi akun ya...
Rahsia Didik Anak Cara Ustazah Siti Nor Bahyah Ada Peluang Peluk Baru Tak Cepat Mengamuk

Rahsia Didik Anak Cara Ustazah Siti Nor Bahyah Ada Peluang Peluk Baru Tak Cepat Mengamuk

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 469 hits
Rahsia didik anak supaya dengar cakap dan tidak memberontak perlu diketahui oleh setiap ibu bapa Peranan sebagai ibu bapa dalam mendidik anak bukan urusan yang mudah lantaran perlau membentuk nilai nilai positif dlam diri anak Jika silap tu...
Cara Membuat Visa Jepang Buat Kamu Yang Belum Punya E Paspor Empat Hari Jadi Kok

Cara Membuat Visa Jepang Buat Kamu Yang Belum Punya E Paspor Empat Hari Jadi Kok

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 344 hits
Mumpung musim gugur nih di Jepang yuk rame rame ke sana Siapa tau ketemu Naruto dan Sasukeee
Cara Kawal Anak Main Gadget Dengan Da Vinci Kids App

Cara Kawal Anak Main Gadget Dengan Da Vinci Kids App

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 448 hits
Cara Kawal Anak Main Gadget Kalau dilihat pada hari ini gadget bukan lagi satu kehendak Tapi lebih kepada keperluan Ya satu keperluan untuk yang dah berumur 18 tahun ke atas Tapi macam mana pula dengan anak anak kita yang baru nak kenal dun...
Ketahui Cara Malaikat Bagitahu Ajal Sudah Sampai

Ketahui Cara Malaikat Bagitahu Ajal Sudah Sampai

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 222 hits
Ketahui cara malaikat bagitahu ajal sudah sampai para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa Tidakkah Kau memberikan Aba aba atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih ha...
Cara Kesan Pemandu Kes Langgar Lari

Cara Kesan Pemandu Kes Langgar Lari

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 379 hits
Cara kesan pemandu kes langgar lari biasanya pihak yang melarikan diri selepas melanggar kenderaan orang ini terdiri daripada mereka yang tidak bertanggungjawab dan mahu lepas tangan daripada membayar ganti rugi kepada pemilik kenderaan yan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding