Cara Untuk Dapatkan Subscribers Letak Video Watermark Panduan Youtube 1
Cara Untuk Dapatkan Subscribers Letak Video Watermark | Panduan Youtube #1 | Salam semua, di youtube dashboard analitik ni, kalau perasan, pihak youtube sentiasa update tips - tips untuk youtuber di luar sana bagaimana nak tingkatkan lagi kualiti video korang. Bagaimana cara nak naikkan views video korang, cara nak dapatkan subscribers dan banyak lagi. Bagusnya team youtube ni, Sebab sis perasan memang banyak tips - tips yang pihak youtube bagi.
Cuma yang perlu sekarang tindakan kita, tiada tindakan tak adalah hasil ya. Yang tips dari video tu tak sempat nak tontonnya. Ada sekali tonton sekali imbas.
Baru - baru ini pun sis ada terbaca update dari youtube macam mana nak menarik orang subscribe channel kita. Tak lah kata 100 % jadi ya, sekurangnya ada usaha sikit nak naikkan subscribers macam mana.
Yang mana dah ada channel tu cuba buat macam ni. Tapi bila sis baca komen - komen orang, macam - macam bagi tahu kalau channel yang dah monetisasi tak apa lah buat macam ni. Tapi sis rasa yang belum boleh monetisasi pun rasa boleh buat kan.
Kalau sebelum ni, sis edit video pun memang letak icon gambar "subscribe", mana tahu kan terdetik hati orang bila tonton nak subscribe channel kita ke.
Lagi satu, penting untuk "brand awareness" untuk channel kita. Nak suruh orang kenal channel kita.
Baca sini : 3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat
Cara Untuk Dapatkan Subscribers Letak Video Watermark | Panduan Youtube # 1
Ok, jom tengok tutorial sekejap, senang jer nak buat. InsyaAllah bila letak macam ni, dah la automatik sendirinya setiap video yang ada dalam channel kita semua nampak. Kalau ada 100 video di channel kita, 100 video tu memang nampak. Sekali buat sekali dapat macam tu lah. Tak payah buat banyak kali.
Sekiranya orang yang tengah tonton tu nampak icon kat bawah bahagian sebelah kanan sikit, kalau mereka nak subscribe, mereka akan terus subscribe channel kita. Senang kerja kita sikit.
Banyak tips lain macam mana nak naikkan subscribers tapi tak apa kita follow panduan yang diberi oleh pihak youtube sendiri. Team mereka sendiri pun tak putus - putus bagi tutorial nak tolong content creator di luar sana.
1. Pertama sekali, buka youtube studio beta, dan korang terus klik "setting".
2. Dah klik akan keluar macam gambar di atas dan seterusnya klik "channel".
3. Seterusnya akan keluar seperti gambar di atas dan klik "branding".
4. Seterusnya,korang boleh klik "choose image" dan pilih lah gambar png yang bersesuaian untuk diletakkan di dalam video korang. Kalau boleh cari lah gambar png macam icon youtube tu ke yang ada "subscribe now".
5. Untuk "display time" tu, sis pilih untuk "entire video", maknanya bermula dari mula - mula video start sampai habis video. Rasa itu lagi bagus, sebab yang tengah menonton akan perasan apa benda lah kata bawah ni hii. Terus rasa ingin tahu, mana tahu mereka nak klik kat situ kan.
6. Bila dah siap semua, icon tu akan muncul di sebelah kanan bawah sikit. sis cuba nak klik video, memang nampak icon tu bila kita lalukan mouse ke arah icon tersebut. Tapi nampak kecik pulak. Bila kita lalukan mouse atas icon tu, akan keluar nampak tak nama sis tu. Di situ, kalau ada orang yang tengah menonton video kita, mereka boleh klik untuk subscribe channel kita.
Esoknya, ada pertambahan dalam 10 subscribers dalam sehari, ok lah tu sikit - sikit lama - lama jadi bukit. Yang penting terus ambil tindakan ya.
Kesimpulannya
Bagi yang baru ada channel youtube, benda pertama sekali fikir, mestilah cara nak dapatkan subscribers macam mana kan. Dan sis rasa ini adalah salah satu tips untuk branding channel masing - masing. Bila orang tengok pun nampak wow sangat.
Sis pun ikut panduan yang youtube bagi jugak . Sebab itu, kalau boleh jangan terlepas pandang kalau ada apa - apa update dari pihak youtube. Sekian itu sahaja, harap dapat cuba lah tutorial mudah ini. Jangan lupa, jemput subscribe channel sis ya.
Link youtube : https://www.youtube.com/c/WaniSukarno
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2019/09/cara-untuk-dapatkan-subscribers-letak-video-watermark.html