Lokasi Gathering Makan Makan Dengan Kawan Yang Paling Rare Di Kuala Lumpur
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan hebat. Soalan berapa lama korang tak keluar makan atau gathering bersama dengan kawan-kawan. Tidak kiralah kawan zaman sekolah ker atau zaman kolej mahupun universiti. Mesti rindu duduk ramai-ramai dan juga sembang tak ingat dunia pastu bahan kawan sendiri hehehe seronoknya
Korang rasa ada lagi ke moment-moment tersebut zaman sekarang ni. Yer lah kalau lepak keluar ngan kawan-kawan pun semua duk sibuk main telefon bimbit masing-masing. Kalau tak chating atau like kat sosial media korang sibuk main game online sekarang kan dah banyak
Cuba kita lupakan semua itu sementara bila keluar bersama kawan lama. Hanya itu sahaja masa dan peluang yang ada untuk korang habis masa bersama kawan lama zaman membesar dulu. Mungkin boleh lepak kat tempat makan yang special sikit. Kalau tak tahu nak pergi mana mari Maha perkenalkan satu restoran makan terbaik di Kuala Lumpur ni.
Ramai nampak orang update dan juga kongsikan keseronokkan bukan sahaja makan tapi juga suasan restoran ini. Tempat yang Maha maksudkan ini adalah Restoran Fatin Kitchen yang terletak di Danau Kota Setapak. Kalau korang Google atau buat carian kat sosial media dah cukup popular juga tempat ini kerana menyajikan menu masakan bertaraf 5 bintang tapi pada harga 2 bintang sahaja
Kalau korang datang lepak tak makan atau minum kat sini tak sah jugakan. Apa kata cuba menu pilihan terbaik di sini antaranya seperti Nasi Lemak Rendang Rusa perhhhhh terbaik. Siapa suka makan kambing boleh pilih Kambing Bakar Mongolia Style macam mana lak tu rupanya. Serta satu lagi Nasi Lemak Kalasan. Semua menu ni disediakan oleh seorang bekas chef dari hotel lima bintang
Lepas ni kalau korang lepak kat restoran ni confirm tak akan main game sahaja korang mesti akan fokus kepada makanan yang ada dan juga kusyuk bersembang. Itulah tujuan untuk korang gathering bersama kawan-kawan kan. Maha sendiri pun nak ajak kawan zaman universiti makan sini jom korang hehehe
Kalau korang tengok dari gambar yang orang ramai kongsikan ni memang tempat ni sangat luas dan juga boleh buat pelbagai lagi aktiviti lain. Korang boleh plan untuk buat annual dinner, majlis seminar, sambutan hari jadi, makan-makan dengan keluar, Candle Light Dinner, pelancaran produk dan banyak lagi lah
Kalau korang ada plan nak datang sini lepak-lepak atau nak cuba semua menu menarik mereka boleh lah datang kerena restoran ni buka setiap hari dari pukul 12.00 tengah hari sampai 12.00 tengah malam. Tapi kalau korang nak oder online pun boleh kerana mereka menyediakan service penghantaran terus ke rumah korang
Tapi bagi Maha datang makan sini lagi syok kot kerana suasana dan juga dekorasi yang menarik dalam restoran ni. Mereka boleh ubah mengikut acara dan juga suasana yang korang nak. Nanti kalau korang datang makan sini boleh lah tinggalkan komen kita kongsi apa yang menarik agar ramai orang boleh mendapat pengalaman terbaik di sini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua
Sebarang maklumat lanjut tentang promosi layari :Facebook : https://www.facebook.com/fatinkitchenofficialInstagram : https://www.instagram.com/fatinkitchenhq Laman web : https://fatinskitchen.oddle.me/en_MY
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2020/08/lokasi-gathering-makan-makan-dengan.html